[Video] Ini 15 Lokasi Stesen Terpilih Bagi Rapid KL X Mechamato Ride & Catch: Robot Hunt
Penumpang kereta api yang berjaya menyelesaikan cabaran Rapid KL X Mechamato Ride & Catch: Robot Hunt boleh menebus MechaTrain edisi terhad.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Siri animasi Mechamato sememangnya menjadi satu sensasi bagi para peminatnya selepas musim pertama ditayangkan bermula Disember 2021.
Dihasilkan oleh syarikat animasi tempatan Monsta Studios Sdn Bhd, filem Mechamato Movie turut dihasilkan dalam bahasa Jepun susulan sambutan hangat dalam kalangan peminat di Negara Matahari Terbit itu.
Malah, negara turut mencipta sejarah apabila Mechamato menjadi animasi pertama dari luar Jepun yang memenangi ‘Anime Fan Award’.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mechamato Terima Sambutan Hangat, Kanak-kanak Jepun Siap ‘Request’ Kuih Karipap
Baca Artikel Berkaitan: Mechamato Cipta Sejarah Jadi Animasi Pertama Luar Jepun Menang Anugerah Anime Fan Award Di TAAF
Rapid KL Lancar Tren & Bas Mechamato
Terbaharu, Rapid KL pada Sabtu (11 Januari) lalu telah melancarkan tren dan bas bertemakan Mechamato.
Menurut Monsta, inisiatif tersebut dijalankan bagi menarik minat generasi muda untuk menggunakan pengangkutan awam.
Dalam pada itu, kempen Rapid KL X Mechamato ‘Ride & Catch: Robot Hunt’ yang sedang belangsung membolehkan para penumpang mengikut jejak langkah hero animasi berkenaan dalam menangkap robot jahat.
Lebih menarik lagi, mereka yang berjaya menyelesaikan aktiviti tersebut akan dapat menebus produk Mechamato edisi terhad dalam bentuk MechaTrain!
Langkah-Langkah Sertai Ride & Catch: Robot Hunt
Kempen Ride & Catch: Robot Hunt telah bermula sejak 7 Januari dan akan berlangsung sehingga 31 Mei 2025.
Bagi menyertai kempen terbabit, orang ramai boleh berbuat demikian dengan melakukan pembelian MyCityPass bagi satu, dua atau tiga hari di mana-mana stesen keretapi atau hab bas Rapid KL.
Kemudian, bawa resit pembelian tersebut ke mana-mana stesen berikut pada hari sama pas dibeli bagi menebus Stamp Rally Passport:
- LRT Ampang
- LRT Sri Petaling
- LRT Kelana Jaya
- LRT Ampang Park
- Monorail KL Sentral (Aras 1)
- Monorail Titiwangsa
Dapatkan Setem Robot Di 15 Stesen Keretapi Terpilih
Untuk melakukan penebusan MechaTrain, penumpang perlulah mendapatkan sekurang-kurangnya 12 daripada 15 setem bercorak robot di stesen keretapi terpilih. Laluan keretapi dan stesen yang terlibat adalah seperti berikut:
LRT Laluan Kelana Jaya
- Kelana Jaya
- Taman Jaya
- Bangsar
- Kampung Baru
- Ampang Park
LRT Laluan Ampang
- Ampang
- Maluri
- Chan Sow Lin
- Bukit Jalil
- Sri Petaling
Laluan Monorel
- KL Sentral
- Hang Tuah
- Bukit Bintang
- Bukit Nanas
- Titiwangsa
Setiap stesen mewakili robot jahat yang berbeza seperti Troket, Payapi, Koncho dan Emperor Fulus yang pasti dikenali para peminat Mechamato.
Di samping itu, terdapat juga aktiviti ‘Meet & Greet’ di beberapa stesen terpilih iaitu Monorel Hang Tuah, LRT Bukit Jalil serta LRT Kampung Baru.
Penebusan MechaTrain pula boleh dibuat sementara stok masih ada di stesen LRT Ampang, LRT Sri Petaling, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang Park dan Monorel Titiwangsa.
@boboiboy 🚊 Jom jadi #Mechamato dan tangkap semua robot jahat untuk tebus MECHATRAIN edisi terhad! 📅 Ride & Catch: Robot Hunt bersama #RapidKLxMechamato bermula 7 Januari 2025 🔑 Cara Sertai: â¿¡ Beli #MyCityPass (1-hari, 2-hari, atau 3-hari) di mana-mana stesen kereta api atau hab bas #RapidKL ♬ original sound – MONSTA
Baca Artikel Berkaitan: Ayat ‘Bismillah’ Ditukar ‘Kakugo Shiro’ Dalam Mechamato Movie Versi Jepun, Ini Penjelasan Penerbit
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.