Now Reading
[Video] Mike Shinoda Kongsi Kisah Pernah Tandatangan Kepala Bayi Peminat Dari Malaysia

[Video] Mike Shinoda Kongsi Kisah Pernah Tandatangan Kepala Bayi Peminat Dari Malaysia

Vokalis Linkin Park, Mike Shinoda juga terkejut apabila bapa kepada bayi itu mahu tandatangan dibuat pada badan kanak-kanak tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila dapat berjumpa dengan artis kegemaran, pastinya ramai peminat yang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan mereka sebagai kenangan.

Kebiasaannya peminat akan meminta tandatangan tersebut dibuat pada barangan peribadi mereka seperti beg, baju, phone case dan sebagainya.

Tetapi aksi seorang peminat ini pula lain daripada yang lain sehingga membuatkan penyanyi itu sendiri terkejut melihatnya.

Penyanyi Linkin Park, Mike Shinoda Kongsi Ada Peminat Suruh Tandatangan Pada Kepala Bayi

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@mythicalkitchen), penyanyi kumpulan Linkin Park, Mike Shinoda ditanya oleh hos yang dikenali sebagai Josh Scherer itu tentang nasihat bagi mereka yang mahu melawat Malaysia dan seseorang secara tiba-tiba menghulur bayi kepada anda.

“Anda tandatangan bayi tersebut. Secara 100%, anda tandatangan bayi tersebut,” kata Shinoda.

Penyanyi itu kemudiannya menceritakan satu pengalaman yang mencuri perhatian apabila berjumpa dengan seorang peminat dari Malaysia dan individu tersebut tidak fasih berbahasa Inggeris.

Walaupun tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa itu, dia telah meminta Shinoda untuk menandatangan ‘sesuatu’ sambil menghulurkan pen marker Sharpie dan vokalis berkenaan tanpa berfikir panjang terus bersetuju untuk melakukannya.

Siapa sangka ‘sesuatu’ yang dimaksudkan itu adalah bayi milik peminatnya itu.

Sumber: TikTok (@mythicalkitchen)

Pada mulanya Shinoda terfikir mungkin dia perlu tandatangan pada pakaian bayi berkenaan, tetapi bukan ya! Peminatnya itu mahu tandatangan dibuat pada badan kanak-kanak tersebut.

“Dia tak nak saya tandatangan pada pakaian bayi itu. Dia nak saya tandatangan pada badan bayi tersebut,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya sama ada dia pernah berjumpa semula dengan bayi berkenaan selepas situasi terbabit, Shinoda berharap kanak-kanak itu tampil ke hadapan dan memperkenalkan dirinya sambil berkata ‘Sayalah bayi yang awak tandatangan dulu’.

Ramai Terhibur Dengan Gelagat Peminat Mike Shinoda Itu

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial tidak dapat menahan ketawa selepas mengetahui aksi menghiburkan yang dilakukan peminat dari Malaysia itu.

Malah ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan individu yang berbuat demikian sehingga membuatkan Mike Shinoda teringat-ingat sampai ke hari ini.

“Bapa siapa ni? Baik mengaku cepat,” kata netizen.

“Agak-agak ayah dia laminate tak tandatangan tu?” gurau pengguna TikTok.

Pada masa yang sama, mereka turut terfikir di manakah bayi tersebut sekarang selepas badannya pernah ditandatangan oleh Shinoda semasa kecil.

Sumber: TikTok

Siapa Mike Shinoda Ini?

Mike Shinoda atau nama sebenarnyanya Michael Kenji Shinoda merupakan seorang ahli muzik, penyanyi rap, penulis lagu, pereka grafik dan juga pengasas kepada kumpulan rock Linkin Park pada tahun 1996.

Dia juga merupakan vokalis utama bagi band tersebut serta pemain gitar irama, pemain keyboard, penulis lagu utama dan penerbit.

Dilahirkan pada 11 Februari 1977 di Agoura Hills, California, Amerika Syarikat, Shinoda kini sudah mencecah usia 47 tahun.

Shinoda telah berkahwin dengan Anna Hillinger pada tahun 2002 dan memiliki tiga orang anak.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd