Now Reading
Tular Adik-beradik Warga Emas Gigih Cari Rezeki, Peniaga Titip Pesanan Buat Anak Muda

Tular Adik-beradik Warga Emas Gigih Cari Rezeki, Peniaga Titip Pesanan Buat Anak Muda

Pakcik dan makcik masing-masing berumur 75 serta 78 tahun itu menasihati anak muda untuk sentiasa kuat bagi mencari sumber rezeki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang rajin bekerja walaupun sudah lanjut usia. Seperti baru-baru ini, tular kisah dua adik-beradik warga emas yang gigih meniaga bagi mencari sumber rezeki.

Sehingga ke hari ini (10 Januari), pakcik yang berumur 75 tahun dan makcik berusia 78 tahun itu masih kuat untuk berniaga di kedai makan yang terletak sekitar Medan Selera Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah dengan kuasa viral sebelum ini, gerai tersebut kini sentiasa dipenuhi dengan kedatangan pelanggan yang ingin menyokong bisnes kedua-dua warga emas berkenaan.

Adik-beradik Warga Emas Gigih Meniaga Kerana Tiada Pencen

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@era.je) menyaksikan penyampai radio ERA Muna Bella melawat pakcik dan makcik di gerai makan itu. Difahamkan dua adik-beradik tersebut masih gigih mencari rezeki kerana mereka tiada pencen.

“Alhamdulillah Allah beri kita rezeki kekuatan sikit. Kami berdua sihat. Pencen semua tak ada, tinggal yang ni je la (bisnes kedai makan). Dapat sikit-sikit pun kita bersyukur,” ujar pakcik berkenaan.

Menurut ERA, makanan disediakan licin dijual sejak beberapa hari ini kerana sokongan orang ramai.

“Makcik dan pakcik ni bekerja dua orang je korang. Kuatnya diorang ni! Makanan banyak habis sebab ramai datang dua hari ni 😭 Terima kasih korang!” kata ERA di ruangan kapsyen.

@era.je Replying to @bunga Makcik & Pakcik ni bekerja 2 orang je guys 🥺 Kuatnya diorang ni!! Makanan banyak habis sebab ramai datang 2 hari ni 😭 Terima kasih korang!!! #ERARadioNo1PalingLegit #ChinguERA ♬ original sound – ERA

Pakcik & Makcik Tawar Belanja Makan

Bukan sahaja bersungguh-sungguh berniaga, malah mereka juga bersifat baik hati kerana mahu menawar untuk belanja Muna bersama krew-krew ERA yang lain.

Pun begitu, pihak stesen radio tersebut menolaknya dengan baik dan ingin membayar serta memberikan sedekah kepada makcik serta pakcik terbabit.

Sementara itu, Muna juga berasa terkejut apabila mendapati mereka menjual hidangan dengan sangat murah sebagai contoh menu nasi goreng cendawan ayam berharga RM7 sahaja.

@era.je Replying to @CIK LELA🫥🫥 Dari sini kita tahu niat hati suci pakcik dan makcik ni dalam meniaga 🥺 Baiknya diorang.. Korang support okay kedai makan adik beradik dunia akhirat ni 🥹💚 #ERARadioNo1PalingLegit #ChinguERA ♬ original sound – ERA

Baca Artikel Berkaitan: Video Warga Emas 68 Tahun Masih Gigih Bekerja Jadi Rider GrabFood Buat Ramai Sebak

Harap Anak Muda Sentiasa Kuat Untuk Mencari Rezeki

Berkecimpung dalam dunia F&B (food and beverage) sejak beberapa tahun, anak-beranak ini sempat menitipkan sedikit pesanan dan nasihat kepada generasi muda yang kini sedang bergelut mencari rezeki untuk sesuap nasi.

“Pakcik nasihat anak-anak muda sekarang kuat sikitlah. Jangan banyak tidur, jangan main-main. Bekerja mesti kuat,” kata si adik.

Makcik terbabit juga berharap agar para usahawan berniaga dengan ikhlas dan tidak melakukan taktik kotor atau muslihat bagi mengaut keuntungan.

“Selagi kita masih hidup buatlah kerja dan amalan elok-elok. Kalau kita meniaga, jangan dengki dan khianat. Itulah punca kita cari rezeki,” ujar makcik tersebut.

@era.je Replying to @kyravanderjose Kata-kata untuk anak muda dari orang yang dah makan garam dulu 🥺 Kita doakan makcik pakcik ni diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak lagi 💚#ERARadioNo1PalingLegit #ChinguERA ♬ original sound – ERA

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Warga Emas 78 Tahun Gigih Jual Air Tebu Tepi Jalan Demi Mencari Rezeki Halal

Ramai Ambil Iktibar Atas Nasihat Pakcik & Makcik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak dengan kesungguhan mereka selain meluahkan hasrat untuk berkunjung ke gerai makan itu pada masa akan datang.

Beberapa orang individu turut terinspirasi melihat anak-beranak gembira bekerja menggunakan kudrat yang ada.

“Suka tengok warga emas ni. Selagi ada kudrat usaha kerja. Budak zaman sekarang jangan memilih sangat kerja. Kerjalah asalkan halal dan pekerjaan tu buat korang gembira,” kata seorang pengguna TikTok.

Segelintir individu juga dilihat menghargai segala nasihat yang diberikan oleh pakcik dan makcik tersebut.

“Terima kasih pakcik dan makcik. Doakan saya kuat macam ni, niaga ni banyak dugaan, kadangkala down juga. Moga murah rezeki pakcik dan makcik,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@era.je)

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat Nenek Tua Di Sebalik Kostum Rabbit Merah Masih Gigih Cari Rezeki [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd