“Tolong Periksa Sebelum Hidang” – Wanita Kecewa Croissant Lemau & Berkulat
Dakwa wanita itu, croissant berperisa keladi itu seolah-olah sudah disimpan lebih daripada lima hari sehingga menyebabkan ia berkulat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes makanan rosak yang dijual di premis F&B (food and beverage) dilihat semakin berleluasa pada masa kini. Seperti sebelum ini, seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas melihat karipap yang dibelinya mempunyai kulat. Lebih jijik lagi, kuih tersebut sudah pun berlendir.
Selain itu, ada juga kes di mana seorang pelanggan lelaki menjumpai ulat sampah dalam hidangan nasi lemak. Bukan satu ada dua, tetapi banyak betul serangga perosak dalam bungkusan berkenaan.
Lelaki itu dalam masa sama meminta para peniaga untuk cakna tentang faktor kebersihan dan berhenti jika tidak tahu cara mengendalilkan makanan dengan betul.
Baca Artikel Berkaitan: “Karipap Sampah!” – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Karipap Dijual Pakej Dengan Inti Berlendir & Berkulat
Baca Artikel Berkaitan: “Hilang Selera!” – Lelaki ‘Kembang Tekak’ Jumpa Banyak Ulat Dalam Bungkusan Nasi Lemak
Wanita Kesal Croissant Dah Rosak Siap Ada Kulat
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@rawpawfections) apabila seorang wanita mendedahkan tentang keadaan pastri croissant yang dibeli olehnya di sebuah kafe.
Menerusi klip perkongsian, kelihatan terdapat kulat pada bahagian bawah croissant berperisa keladi itu. Perkara tersebut disedari olehnya selepas dia makan beberapa gigitan pastri berkenaan.
Bukan itu sahaja, croissant terbabit juga dikatakan lemau dan sejuk seolah-olah ia tidak segar serta sudah lama disediakan.
“Ingatkan dia akan panaskan sebelum serve tapi tidak sama sekali. Dah la lemau lepas tu rasa macam roti bantat (berat dan padat).
“Ketara dah tak elok dan ya saya periksa semula dan seperti yang korang nampak sudah berkulat. Saya rasa benda ni dah lebih lima hari (dibiarkan) dekat tempat display,” dakwanya.
Wanita Harap Pemilik F&B Cakna Tentang Pengendalian Makanan
Tambah pelanggan itu, hantaran ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada pekerja F&B agar sentiasa mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual.
“Saya tak buat aduan. Saya post ni untuk wujudkan kesedaran kepada semua F&B di luar sana agar sentiasa periksa semula makanan sebelum dihidangkan. Tak boleh rasa tapi boleh lihat boleh bau.
“Sebab saya tak buat aduan kerana (niat) singgah (ke kafe) untuk rehatkan badan sekejap selepas perjalanan yang jauh. Masa tu saya tengah stres tentang kerja jadi tak nak tambahkan lagi dengan benda ni,” ujar pelanggan tersebut di ruangan kapsyen.
Wanita berkenaan bagaimanapun berkata pemilik kedai telah pun cakna tentang isu makanan yang sudah rosak itu.
@rawpawfections Note: I did not complaint sebab tu I post this just to create an awareness to fnbs out there.. please re-check ur food sebelum serve, tak boleh rasa tapi boleh lihat boleh bau 🙂 reason I tak complaint sebab singgah utk rehatkan badan sekejap after a long drive and masa tu I tgh stress pasal kerja jadi taknak tambahkan lagi dengan benda ni #taksukagaduh ♬ som original – Vic
Ramai Risau Kulat Pada Croissant Boleh Undang Keracunan Makanan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa geli melihat keadaan croissant yang sudah tidak elok.
“Ew. Macam manalah orang boleh niaga macam ni. Produk yang dibakar silalah jual yang segar ya,” kata seorang individu.
Malah ramai yang berkata pengambilan makanan sebegitu mampu membahayakan kesihatan pengguna.
“Bukan setakat kena minta refund. Pastikan awak jaga keadaan kesihatan. Jangan main-main, saya pernah masuk wad kecemasan sebab keracunan makanan di hotel. Sayur salad di bufet dia basi,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu turut mengingatkan bahawa setiap makanan yang disediakan di premis perlu dibuang jika tidak habis dijual selepas tamat tempohnya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Aku yang kerja bakeri dulu pun kalau roti tak habis terus aku hancurkan makanan. Gila betul ni dah sampai berkulat jual dekat pelanggan. Kena keracunan makanan jenuh,” kata seorang pengguna TikTok.
Laporkan Kepada KKM Jika Kualiti Makanan Dibeli Tak Elok
Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tamat tarikh luput, tercemar serta rosak.
Platform dan cara-cara membuat aduan adalah seperti berikut:
- Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
- Hubungi talian BKKM atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC): 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
- Facebook BKKM.
- Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
Baca Artikel Berkaitan: Puluhan Lipas Dalam Rak Simpan Bahan Makanan, 2 Premis Di Medan Selera Di Pulau Pinang Diarah Tutup 2 Minggu
Baca Artikel Berkaitan: “Asal Boleh Masak Je Jual” – Chef Wan Dedah Ramai Peniaga Tak Tahu Cara Betul Kendali Makanan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram