Now Reading
Kagum Kereta Axia Jimat Minyak Hingga Nak Beli, Hantaran Wanita Ini Undang Pelbagai Reaksi

Kagum Kereta Axia Jimat Minyak Hingga Nak Beli, Hantaran Wanita Ini Undang Pelbagai Reaksi

Jelas wanita itu, dia merasakan kereta model Axia itu mempunyai penjimatan minyak yang banyak selepas mencuba dan membezakan dengan kereta sebelum ini menerusi jarak perjalanan yang sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kereta merupakan salah satu pengangkutan yang sering digunakan oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia ini untuk ke sesebuah destinasi.

Sebagai contoh ada yang memilih memandu kereta untuk ke tempat kerja kerana jarak rumah yang jauh atau tiada kemudahan awam berdekatan.

Bercakap mengenai kereta pasti ramai di antara kita yang akan mempertimbangkan pelbagai perkara sebelum membeli sesebuah kenderaan contohnya kos penyelenggaraan, prestasi, bayaran ansuran, penjimatan minyak dan banyak lagi.

Luah kagum dengan kereta Axia sampai rasa nak beli satu untuk diri sendiri

Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa kagumnya di Threads selepas pertama kali membawa kereta Perodua Axia.

Malah rasa kagum itu turut membuatkan dia seperti ingin membeli model berkenaan untuk kegunaan sendiri.

“Tak pernah pandu kereta Axia dan seangkatannya. Ni pertama kali pandu kereta Axia, kawan bagi pinjam sebab kereta saya kemalangan.

“Saya tak sangka dengan minyak dia. Punyalah jimat, RM50 untuk tangki penuh? Mesti dapatkan satu kereta Axia untuk diri saya,” kata individu itu.

Undang pelbagai reaksi, kereta Axia tak selesa untuk perjalanan jauh

Namun luahannya itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang berpendapat penggunaan kereta tersebut mengikut keperluannya.

Ada yang mengatakan enjin yang kecil membuatkan penggunaan minyak pada kereta tersebut kurang. Namun untuk penggunaan perjalanan yang jauh ia tidak selesa.

Individu itu bagaimanapun memaklumkan perbandingan yang dilakukannya itu adalah berdasarkan kereta dan jarak yang dipandunya sebelum ini dengan Axia yang dipinjam dari rakan.

Hantaran itu kemudiannya menjadi tular di X apabila dikongsikan oleh @localrkyt dan berpendapat bagi individu yang sudah biasa hidup tidak bermewahan seperti memakai kereta besar, kereta Axia adalah okay jika ingin digunakan untuk pemanduan jauh.

Ada yang kata Axia mampu milik dan serbaguna

Selain itu, ada juga mengatakan sekiranya mempunyai perjalanan yang jauh dan lasak adalah baik jika mengambil sisi enjin 1.5. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan dan keselesaan seseorang.

Dalam pada masa sama, ada juga yang berkongsi pengalaman mengatakan Axia adalah sebuah kenderaan yang mampu milik dan tidak mempunyai masalah jika ingin dibawa untuk perjalanan jauh.

Malah mereka turut berpendapat kereta Axia juga mempunyai kos penyelenggaraan yang murah berbanding kenderaan lain.

Ada juga menyifatkan keselesaan merupakan perkara yang subjektif kepada setiap individu. Ini kerana setiap orang mempunyai maksud ‘selesa’ yang berbeza sebagai contoh kewangan, jumlah penumpang dan banyak lagi.

“Saya pakai Axia 2018. Kereta dan sampai ke Penang dari Johor Bahru tiada masalah. Kecil memang kecil setara dengan harga & keselesaan setara dengan harga. Cuma point A ke Point B, perjalanan tiada masalah.”

“Selesa kereta ni subjektif sangat. Ada orang selesa bawa manual ekzos bising, ada orang selesa naik kereta jenis absorber keras, ada orang selesa naik kereta macm belon membuai-buai…”

“Kak ipar dan abang ipar aku elok je raya atau cuti panjang balik Kuala Terengganu naik Axia. Anak dua dah. Dari dia orang kahwin sampai anak pertama umur dah 6 tahun elok je…”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd