“Dah Tak Ada Privasi Dah” – Penduduk Kondo Dakwa Orang Luar Penuhi Kolam Renang
Wanita itu mendakwa kolam renang di kondominium yang didudukinya kini penuh dengan orang luar yakni pelanggan rumah inap.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dinafikan banyak pemilik rumah yang menjana pendapatan sampingan dengan menawarkan servis perkhidmatan rumah inap antaranya menerusi aplikasi seperti Airbnb.
Kebiasaannya rumah inap di kawasan popular dengan pemandangan yang menarik akan menjadi rebutan orang ramai lebih-lebih lagi kalau dapat tengok ‘view’ sekitar ibu kota.
Namun perkara ini membuatkan sesetengah penduduk di kawasan perumahan itu dikatakan tidak selesa dengan aktiviti yang dilakukan oleh segelintir pemilik rumah tersebut.
Penduduk Dakwa Kolam Renang Di Kawasan Rumah Penuh Dengan Warga Asing
Menerusi ciapan dimuat naik semula di laman X (@mhmmdhsm), seorang wanita dipercayai penduduk di sebuah kondominium berhampiran Kuala Lumpur dilihat merungut selepas melihat keadaan kolam renang di rumahnya.
Berdasarkan kenyataan pada video berkenaan, fasiliti itu didakwa telah dipenuhi oleh ‘orang luar’ iaitu pelanggan rumah inap.
Kalau anda dengar dengan teliti, boleh tahan meriah juga suasana di kolam renang tersebut, seolah-olah berada di taman tema air.
Orang Ramai Pertikai Rungutan Wanita Terbabit
Walau bagaimanapun, rungutan wanita tersebut terhadap situasi berkenaan telah menerima reaksi yang berbeza dari pengguna media sosial.
Salah seorang netizen berpendapat wanita itu sepatutnya perlu peka dengan keadaan yang berlaku apabila dia mengambil keputusan untuk tinggal di perumahan yang dipenuhi dengan perkhidmatan rumah inap.
“Akak beli rumah je tapi akak tak beli swimming pool tu pun. Hidup ni kena la kongsi-kongsi, nama pun rumah kondominium. Sendiri salah duduk rumah yang ada airbnb,” luah netizen.
Akak beli rumah je tapi akak tak beli swimming pool tu pun hidup ni kene la sharing2 nama pun rumah condo.
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) January 9, 2025
Sendiri salah duduk rumah yang ada airbnb pic.twitter.com/YEwhjz1HQo
Pada masa yang sama, sesetengah pengguna media sosial juga berpendapat kolam renang berkenaan memang akan digunakan oleh orang ramai dan bukanlah bersifat kolam peribadi yang agak privasi.
“Tak faham ya. Lain la kalau orang serbu private pool dekat dalam rumah dia,” ujar netizen.
Sementara itu, segelintir pengguna X juga memberi cadangan agar wanita berkenaan membuat aduan berhubung rungutan itu kepada pihak pengurusan kondominium berbanding merungut dia media sosial.
“Bising kat media sosial buat apa. Baik bising masa mesyuarat agong perumahan,” luah netizen.
“Kalau nak bising pun sila bising kat management sebab benarkan Airbnb. Orang Malaysia ni kaya-kaya, ramai beli rumah buat aset je bukan nak duduk,” kata seorang lagi netizen.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.