Now Reading
“Aurat Dia!” – Wanita Kritik Warga Asing Guna Kipas & Aircond Ketika Rehat Dalam Surau Undang Kecaman

“Aurat Dia!” – Wanita Kritik Warga Asing Guna Kipas & Aircond Ketika Rehat Dalam Surau Undang Kecaman

Wanita dikenali sebagai Fatiehah itu berkata individu dipercayai pekerja pembersihan telah membazirkan harta kerajaan kerana memasang kipas dan penghawa dingin dalam masa yang sama ketika berehat dalam surau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui setiap pekerjaan mempunyai cabarannya tersendiri. Buat mereka yang bergelar pekerja pembersihan (cleaner), pasti anda akan cepat berasa penat kerana perlu membersihkan kawasan sekitar.

Ramai juga di kalangan golongan tersebut harus meredah cuasa panas terik bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu, tidak pelik jika mereka cepat berasa letih dan ingin berehat sebentar sebelum meneruskan tugas.

Namun siapa sangka tindakan menggunakan harta awam semasa berehat juga menjadi isu buat segelintir pihak.

Pekerja Pembersihan Pasang Penghawa Dingin & Kipas Ketika Rehat Dalam Surau

Tular satu hantaran di laman TikTok (@fth.md) apabila seorang wanita dikenali sebagai Fatiehah berkongsi suasana di dalam surau kaum Hawa.

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang wanita sedang dalam keadaan terbaring. Salah seorang daripadanya dipercayai pekerja pembersihan pula dilihat berehat di hadapan kipas yang dipasang.

Menurut Fatiehah di ruangan komen, pekerja pembersihan itu telah menggunakan kipas berdiri meskipun penghawa dingin (air conditioner) sudah dipasang.

Dalam klip sama, kelihatan pekerja terbabit tidak menganggu sesiapa di sana dan hanya terbaring di hadapan kemudahan yang diperuntukkan untuk orang awam itu.

“Sepatah dua kata korang. Macam mana nak tegur spesis macam ni?” tanya Fatiehah di kapsyen hantaran.

@fth.md sepatah dua kata gais. Mcm mana nk tegur spesis mcm ni? ##fypage #fyp ♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

Wanita Tak Puas Hati Warga Asing ‘Membazir’ Guna Harta Kerajaan

Tindakan wanita yang berehat depan kipas walhal penghawa dingin sudah dipasang itu bagaimanapun membuatkan Fatiehah rasa kurang senang. Jelasnya, pekerja berkenaan telah menggunakan hak kerajaan sewenang-wenangnya.

“Saya bukan pertama kali awak. Dah banyak kali kena macam ni, dengan geng dia sekali. Aircond dah pasang lama dah memang sejuk.

“Kita nak naik angin tak semestinya (kipas) kena (dari) syarikat sendiri. Harta kerajaan guna sesuka hati. Dekat rumah pandai berjimat pula😁,” dakwa Fatiehah.

Dakwa Fatiehah lagi, pekerja itu sudah lama berehat di situ dan tidak sepatutnya menggunakan harta benda kerajaan terbabit.

Sumber: TikTok (@fth.md)

Orang Ramai Kritik Wanita Kerana Berang Pekerja Pembersihan Guna Harta Kerajaan

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata orang ramai dilihat mengecam wanita yang mempersoalkan tindakan pekerja pembersihan yang ingin berehat sebentar di dalam surau.

“Sebabkan dia warga asing kau jadikan isu. Orang kita pun ramai je buka aircond dan pasang kipas. Sekarang musim panas, dekat rumah pun orang pasang dua-dua tu. Ya Allah semoga terhindar dari penyakit hati,” kata seorang individu.

Malah, ramai juga berkata pekerja berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Harta kerajaan tu hak awam kak. Kita ni cuma menjaga je. Asalkan diorang tak rosakkan benda tu, biarlah dia,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa kecewa dengan individu yang memandang rendah terhadap golongan yang berehat di tempat ibadah berkenaan.

“Mak aku selalu rehat dekat surau. Sedih rupa-rupanya ada pandangan orang macam ni 😭,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@fth.md)

Ramai Bengang Wanita Dedah Aurat Pekerja

Dalam pada itu, ramai juga menegur Fatiehah kerana merakam individu lain sesuka hati tanpa kebenarannya. Bukan itu sahaja, wanita berkenaan secara tidak langsung telah mendedahkan aurat pekerja terbabit.

“Pergi surau untuk solat tu bagus dah kak. Tapi kan hati tu kena bersih sikit ya. Jangan busuk hati sangat. Akak rakam diorang ni aurat terdedah ada minta izin ke?” tanya seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@fth.md)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd