Now Reading
[Video] Dakwa Tak Ada Stok Minyak Masak Paket, Rupanya Peniaga Sorok Dalam Tong Sampah

[Video] Dakwa Tak Ada Stok Minyak Masak Paket, Rupanya Peniaga Sorok Dalam Tong Sampah

Menerusi video tular, kelihatan dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KPDN) Perak menjumpai 13 paket minyak masak di dalam tong sampah yang disorokkan oleh peniaga kedai runcit di stor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui barang kawalan seperti beras, gula pasir, tepung gandum, minyak masak paket merupakan subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Namun masih banyak pihak yang menyalahgunakannya.

Sebelum ini, seorang pembeli meluahkan rasa berang apabila peniaga kedai runcit bertindak menyorokkan stok minyak masak paket di dalam stor. Kelihatan juga staf kedai tersebut mengangkat stok minyak yang banyak itu ke dalam but sebuah kereta dipercayai milik individu lain.

Walaupun pelanggan terbabit telah mengugut untuk menularkan isu itu, pekerja berkenaan dilihat tetap mengabaikannya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelanggan Berang Dakwa Pekerja Kedai Runcit Sorok Minyak Masak Paket

Pengurus Kedai Runcit Dakwa Minyak Paket Kehabisan Stok

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KPDN) Perak (@kpdn_perak) mendedahkan sikap pengurus kedai runcit yang tidak jujur meniaga.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang pegawai KPDN sedang menyamar sebagai seorang pelanggan untuk membeli minyak paket. Menurut si penjual, minyak masak paket pada ketika itu sudah kehabisan stok.

“Dia sampai (minyak paket) tapi dah hujung tahun ni, diorang (pembekal) masing-masing dah tutup (tak ada) stok,” ujar lelaki terbabit.

Peniaga Simpan Minyak Masak Paket Dalam Tong Sampah

Tidak lama selepas itu, kelihatan dua pegawai KPDN menerjah kedai runcit berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan barangan kawalan. Pihak mereka mendapati peniaga mempunyai lesen yang sah untuk penjualan barang seperti gula, tepung dan juga minyak masak paket.

Apabila memeriksa ruangan rak, pengurus kedai itu menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai stok minyak masak paket. Bagi memastikan perkara tersebut, KPDN telah bertindak menyerbu stor dan mencari barang subsidi terbabit.

Seperti yang disangka, pekerja telah menyorokkan beberapa kampit minyak paket. Lebih teruk lagi, lelaki itu menyimpan barangan terbabit di dalam tong sampah.

“Ini bukan untuk dijual. Ini untuk kegunaan staf saya,” ujar peniaga itu.

Peniaga Dakwa Ada Asingkan Stok Minyak Paket Untuk Dijual Kepada Pelanggan

Tegas pihak KPDN, peniaga sepatutnya mengutamakan penjualan barang kepada pengguna akhir.

“Berapa (minyak paket) dalam (tong sampah) ni? Nampak abang pun tak tahu. Sepatutnya kita ni sebagai peniaga kena jual (barang) dekat end user (pengguna akhir) bukannya kepada individu tertentu,” jelas penguatkuasa.

Kata pekerja itu lagi, dia ada menyimpan sedikit stok untuk dijual kepada pelanggan. Bagaimanapun dia tidak dapat menunjukkan bukti transaksi pembelian kepada pegawai KPDN terbabit.

“Dekat situ dah jelas, kiranya memang tak dipamerkan untuk jualanlah. Kiranya ada berapa ni (minyak), 13? Itu pengakuan abang tak apa kita akan jalankan kita punya tindakan.

“Waktu pegawai kita berpakaian preman (pakaian biasa) datang, abang sendiri ada dekat kaunter. Dan dia sendiri meminta untuk membeli minyak masak paket. Apa yang abang cakap dekat dia? Abang sendiri cakap minyak paket tak ada,” ujar pegawai KPDN berkenaan.

Menurut pihak mereka lagi, peniaga boleh disabit atas kesalahan memiliki barang kawalan tetapi enggan untuk menjual atau di bawah kesalahan menyorokkan barang kawalan.

@kpdn_perak Peniaga Sorok Minyak Masak dalam Tong Sampah.. #harga #minyakmasakpaket #minyakmasak #telukintan #kpdnperak #unitmedia_kpdnperak ♬ original sound – KPDN PERAK

Boleh Didenda RM1 Juta Jika Disabit Kesalahan

Untuk info, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan menyembunyikan minyak masak paket boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan jika disabitkan boleh didenda seperti:

  • Individu: Didenda tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3,000,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
  • Syarikat: Didenda tidak melebihi RM2,000,000. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM5,000,000.

Ramai Bengang Dengan Sikap Penjual Yang Tak Jujur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dengan tindakan peniaga yang menyalahgunakan kuasa sebagai penjual.

Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan peniaga yang menyorokkan barang kawalan.

“Ada satu kedai ni aku pernah tanya minyak masak paket ada ke tak. Dia cakap tak ada. Tiba-tiba pekerja dia bawa beberapa kampit minyak masak masuk dalam stor. Masa tanya cakap tak ada,” ujar seorang pengguna TikTok.

Menurut KPDN, pengguna boleh menyalurkan aduan rasmi kepada pihak mereka secara atas talian di sistem eAduan KPDN.

Sumber: TikTok (@kpdn_perak)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Melaka Serbu Premis Makan, Sorok Minyak Masak Paket & Didakwa Guna Tangkal

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Warga Asing Ditegur & Dihalang Kerana Beli 6 Paket Minyak Masak, Tarik Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd