Now Reading
[Video] Coklat Cair RM60 Jadi Perdebatan, Harga Disifatkan Mahal & Boleh Jejas Kesihatan

[Video] Coklat Cair RM60 Jadi Perdebatan, Harga Disifatkan Mahal & Boleh Jejas Kesihatan

Menu yang diberi nama ‘Chocolate Tricolour’ itu dijual dengan harga RM60 untuk satu bekas coklat cair seberat 450 gram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia kalau bab-bab makanan viral, memang laju je mereka akan beli. Walaupun terpaksa beratur panjang dalam tempoh yang lama, ada yang sanggup ya!

Walaupun sesetengah menu yang dijual itu sebenarnya boleh dibuat sendiri di rumah, tetapi segelintir masyarakat pastinya tidak mahu ketinggalan dengan menu yang sedang trending di media sosial.

Antara salah satu hidangan yang kini menjadi perhatian pengguna media sosial adalah pencuci mulut berasaskan coklat yang dijual oleh sebuah perniagaan tempatan di Malaysia.

Coklat Cair Tiga Warna Dijual Dengan Harga RM60 Sebekas

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@Miss_Ross3), pengguna media sosial ini berkongsi tentang satu produk baharu dikeluarkan perniagaan tempatan iaitu coklat cair dengan tiga warna berbeza atau diberi nama Chocolate Tricolour.

Menu tersebut yang katanya hanya dijual di Food Fest Kak Nab itu berada dalam lingkungan harga RM60 untuk satu bekas coklat seberat 450 gram.

Tetapi, harganya itu hanyalah untuk satu bekas coklat cair sahaja, tidak termasuk makanan yang mahu dicelup bersama manisan berkenaan seperti marshmellow, brownies, strawberi dan sebagainya.

Sumber: TikTok @sukadessert.hq

Menurut pemilik perniagaan itu, menu ‘dipping sauce’ berkenaan mendapat permintaan ramai sebelum dia mengeluarkan produk tersebut.

Selain itu, pemiliknya yang menggelarkan diri sebagai Auntie Ja juga memberitahu sendiri bahawa dia tidak menggalakkan orang ramai membelinya kerana mengakui harga coklat yang agak mahal.

“Auntie Ja tidak galakkan anda semua beli ya sebab harga coklat sangat mahal dan disebabkan itu juga Auntie Ja tak keluarkan banyak,” jelasnya.

Orang Ramai Pertikai Harga ‘Chocolate Tricolour’ Mahal, Rasanya Pula Manis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat berpendapat bahawa harga jualan untuk sebekas coklat cair itu adalah terlalu mahal dan mereka boleh mendapat hidangan yang lebih berbaloi dengan harga berkenaan.

“Kenapa nak beratur bayar coklat harga RM60? Harga tu boleh buat belanja keluarga makan lagi bagus. Nak coklat sedap, pergi beli Godiva, Laderach, Patchi baru betul,” kata pengguna TikTok.

Selain itu, netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan hidangan manisan tersebut dan menggeleng kepala apabila menu ini seolah-olah mengajak orang ramai untuk membelinya.

“Manisnya. Kenapalah nak ajak orang ramai untuk ada habit pemakanan seperti ini? Lebih baik buat benda yang lagi berfaedah,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang menganggap harga yang mahal itu boleh menjadi faktor tidak ramai yang membelinya dan sekaligus mengurangkan jumlah penghidap obesiti.

“Baguslah makanan tak sihat mahal. Kuranglah orang obes,” luah pengguna media sosial.

Sumber: TikTok

Malaysia Masih Negara ‘Tergemuk’ Di Asia?

Data dalam Tinjauan Kebangsaan dan Kesihatan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati sekitar 54.4% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan (32.6%) dan mengalami obesiti (21.8%).

Terdahulu, satu kajian dalam jurnal perubatan British The Lancet pada 2014, menggelar Malaysia sebagai negara paling obes di Asia.

Namun satu kajian yang diterbitkan pada September 2024 mendapati bahawa prevelans berat badan dan obesiti di Brunei adalah lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu 62.8%.

Malah, Survei Kesehatan Indonesia (SKI) 2023 melaporkan kadar obesiti 23.4% di republik tersebut lebih tinggi jika dibandingkan dengan Malaysia.

Vietnam pula sememangnya negara di Asia Tenggara dengan prevelans berlebihan berat badan dan obesiti paling rendah.

Dalam masa sama, harus diingat bahawa Malaysia menjadi negara di Asia Tenggara dengan kadar diabetes tertinggi, malah kelima tertinggi di dunia.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: “Diabetes Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Bukan Perkara Membanggakan” – Perdana Menteri

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mat Saleh Gelar Malaysia Negara ‘Tergemuk’, Buat Perbandingan Dengan Vietnam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd