“Sampai Tak Nak Keluar Kereta” – Gelagat Driver E-Hailing Layan Penumpang Ajak Borak Curi Perhatian
Kelihatan penumpang itu seperti tidak mahu keluar daripada kenderaan meskipun sudah sampai ke rumah kerana terlalu seronok berbual dengan pemandu e-hailing tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, dengan teknologi canggih masa kini, orang ramai boleh berkomunikasi menerusi alam maya dengan begitu pantas tanpa perlu bersemuka.
Walaupun peranti moden ini mampu memberi kesenangan lebih-lebih lagi buat mereka yang terlalu sibuk, namun ia juga ada impak negatifnya tersendiri. Sebagai contoh, emosi yang dirasai ketika bersembang dengan orang lain adalah tidak sama.
Terutamanya buat individu yang lebih dewasa, kebanyakan golongan tersebut lebih seronok jika mempunyai rakan untuk meluangkan masa bersama dan berborak secara berdepan.
Pemandu E-Hailing Layan Penumpang Ajak Borak
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@santy_meng86) apabila seorang pemandu e-hailing dikenali sebagai Kak Meng berkongsi telatah salah seorang penumpang wanita.
Menerusi video dahscam tersebut, kelihatan penumpang berkenaan sakan berborak dengan pemandu itu tentang pelbagai jenis topik. Berbual tentang minyak wangi, rumah tangga, konten lucu di media sosial dan banyak lagi.
“POV: Penumpang terlalu mesra alam. Dia happy go lucky. Seronok borak dengan dia, deep sangat,” ujar Kak Meng.
Penumpang Sampai Tak Nak Keluar Kereta Sebab Gembira Berbual
Perkara yang menjadi tumpuan adalah Kak Meng melayan penumpang terbabit dengan sangat mesra seolah-olah seperti rakan yang sudah lama berkenalan.
“Eh bila aku nak bekerja (kalau) dengar kau borak ni,” kata pemandu itu di dalam video tersebut.
Lebih mencuri perhatian apabila pemandu berkenaan memarkir kenderaan di depan rumah penumpang buat seketika untuk menghabiskan topik yang dibualkan. Oleh disebabkan terlalu rancak tertawa, penumpang tersebut sehinggakan tak mahu keluar dari kereta.
Pemandu Lega Dapat Gembirakan Penumpang
Dengar daripada gelak tawa si penumpang, boleh rasa bahawa dia sangat gembira dapat berbual-bual tentang perkara yang rawak dengan pemandu yang baru sahaja dikenalinya pada hari itu.
“Punca-punca aku tak dapat (capai) target, tapi tak apalah jika dapat melepaskan stres penumpang, layan je,” kata Kak Meng di ruangan kapsyen.
@santy_meng86 punca2 aku xdapat target,tapi xpe lah jika dapat melepaskan stress penumpang…layan je.. #mesra #mesraalam #fypシ゚viral #melaka #passenger ♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn 🤍
Ramai Gembira Lihat Makcik Yang Puas Berbual Dengan Pemandu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menghargai tindakan Kak Meng kerana melayan penumpang tersebut.
“Sebelum ni saya memang kurang bercakap bila di sekolah menengah. Tapi sekarang saya sedar best sebenarnya sembang dengan orang. Sampai saya tutup telefon jika abang dan akak e-hailing ajak borak.
“Saya suka tengok orang gembira bila berbual dengan saya. Saya sedar hidup sekarang lebih baik sebab beri peluang kepada individu lain bercakap dengan saya. Saya dulu benci orang, terima kasih kepada ibu saya kerana cuba yang terbaik untuk berbual dengan saya,” kata seorang warganet.
Malah, ramai juga beranggapan segelintir individu dalam generasi ini kurang berkomunikasi secara bersemuka.
“Sebenarnya kak zaman moden ni dah kurang sangat perbualan sebenar. Banyak orang buat hal sendiri dengan telefon. Bila dapat borak macam ni mesti seronok sangat akak tu,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga berkata tindakan murni pemandu itu sedikit sebanyak menceriakan hari si penumpang selain menghilangkan tekanannya.
“Besar betul pahala akak ni. Layankan lah kak mungkin dia pun sunyi tak ada tempat bercerita. Zaman sekarang ni manusia melekat je dengan gajet mungkin dia puas dapat berborak dengan akak,” kata seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: “Senang Betul Cari Kawan” – Lelaki Ini Selamba Join Sekumpulan Nenek Lepak Depan Rumah
Baca Artikel Berkaitan: Layan Isteri Berborak Jika Suami Mahu Jadi Lebih Bijak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram