Now Reading
Pelanggan Pelik Tomyam Seafood RM7 Tapi Sikit Je, Alasan Peniaga Pula ‘Rare’!

Pelanggan Pelik Tomyam Seafood RM7 Tapi Sikit Je, Alasan Peniaga Pula ‘Rare’!

Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, lauk yang diberikan dalam tomyam seafood itu hanyalah dua ekor udang, lima ketul isi ayam dan tiga ketul sotong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali memesan hidangan di kedai makan, pasti para pelanggan mahu harganya berbaloi dengan kualiti dan kuantiti yang dibayar.

Bayangkan kalau beli nasi lemak dengan harga RM10 tapi telur dadar yang dibeli hanya bersaiz seperti simkad telefon, tak ke mengamuk pelanggan yang membelinya?

Nak dijadikan cerita, situasi seperti ini hampir sama berlaku kepada seorang pelanggan di sebuah restoran baru-baru ini.

Baca Artikel Berkaitan: “Korang Rasa Logik Ke?” – Tindakan Wanita Persoal Beli 4 Jenis Lauk Berharga RM91 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Mahal, Dahla Berapa Batang Je” – Ramai Terkejut Lihat Peniaga Jual Kentang Goreng RM19 [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Beli Nasi Lemak Berharga RM410 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Pelanggan Terkejut Lauk ‘Ciput’ Dalam Tomyam Berharga RM7

Menerusi hantaran dimuat naik semula di laman Facebook Saja Viral, seorang pelanggan berkongsi gambar hidangan tomyam seafood yang dipesan di sebuah kedai makan.

Namun apakan daya, lauk di dalam menu berkenaan membuatkan pelanggan tersebut meluahkan rasa kecewa kerana kuantitinya yang agak sedikit jika dibandingkan dengan harga RM7 yang dibayar.

Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, lauk yang diberikan dalam tomyam seafood itu hanyalah dua ekor udang, lima ketul isi ayam dan tiga ketul sotong.

Peka dengan hidangan yang dipesan, pelanggan tersebut dikatakan bertanya sendiri kepada peniaga tentang kuantiti lauk berkenaan.

Peniaga itu menjelaskan hanya itu sahaja tangkapan yang diperolehi semasa memancing.

“Owner kata ini ialah hasil dia memancing di lautan tomyam RM7.00,” tulis kapsyen hantaran Facebook itu.

Orang Ramai Persoal Kualiti Tomyam Yang Dikatakan Semakin Menurun

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut berpendapat bahawa situasi seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana seolah-olah tidak jujur dalam perniagaan.

Malah, ada juga yang menganggap sudah banyak premis kedai makan yang menjual hidangan tomyam yang dipenuhi dengan bawang dan serai sahaja berbanding lauk-lauknya.

“Sekarang ni tomyam kuah je isi ada isi sikit macam dalam gambar tu. Yang banyak cuma serai dan bawang. Berniaga tak berkat macam tu,” ujar pengguna Facebook.

Mana-mana restoran pun sama. Tomyam bersepah dengan serai je tapi RM12. Sekali tu je la beli,” luah seorang lagi netizen.

Selain itu, sesetengah masyarakat pula mendakwa mungkin harga barangan yang sudah semakin meningkat menyebabkan segelintir peniaga tidak meletakkan bahan-bahan yang banyak dalam hidangan tomyam berkenaaan.

“Sekarang sayur pun dah mahal. Jadi memang tak ada apa sangatlah dalam tomyam tu. Selalunya alasan modal mahal. Itu sajalah alasan mereka,” kata netizen.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd