Now Reading
“Jangan Persoal, Tu Hari Special Dia” – Ramai Beri Pandangan Tentang Topik ‘Intimate Wedding’

“Jangan Persoal, Tu Hari Special Dia” – Ramai Beri Pandangan Tentang Topik ‘Intimate Wedding’

Antara sebab utama mengapa pengantin memilih untuk menganjurkan majlis perkahwinan berskala kecil (intimate wedding) adalah bagi mengurangkan kos perbelanjaan dengan bajet yang terhad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pasangan pasti ada impian dan idea tersendiri dalam merealisasikan majlis pernikahan. Ada yang memilih untuk menjemput ramai tetamu selain menganjurkan kenduri besar-besaran.

Tetapi ada juga memilih kesederhanaan dan menggemari kenduri kahwin yang lebih simple dengan kunjungan tetamu yang sedikit.

Seperti masa kini, anda boleh lihat majlis pernikahan berskala kecil atau lebih dikenali sebagai ‘intimate wedding’ sudah menjadi satu trend di kalangan masyarakat. Majlis sedemikian kebiasaannya menitikberatkan kualiti daripada kuantiti.

Baca Artikel Berkaitan: “Kreatifnya Keluarga Ni!” – Ramai Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bertemakan ‘Melayu Klasik’ [Video]

Perkara Yang Berlaku Apabila Pengantin Anjur Majlis Kenduri Skala Kecil

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila syarikat menawarkan pakej majlis perkahwinan dikenali sebagai The Avenue Space (@theavenuespace) berkongsi tentang senario yang dilalui oleh para pengantin apabila menganjurkan hari istimewa mereka.

Menurut syarikat berkenaan, ramai individu yang tidak tahu kenalan rapat mereka sudah berkahwin. Hal ini kerana mereka tidak diundang atas sebab pasangan pengantin melakukan majlis persandingan secara ‘tertutup’ yang mana hanya tetamu tertentu sahaja menerima jemputan.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: The Avenue Space

Sebagai contoh, keluarga terdekat dari sebelah lelaki dan juga perempuan, kenalan rapat serta saudara mara. Selalunya, jemputan yang diperuntukkan untuk majlis pernikahan berskala kecil ini adalah 100 hingga 300 orang.

Ada juga pihak tuan rumah yang menjemput kurang dari 100 orang tetamu berbanding majlis biasa yang boleh mencecah ribuan individu.

“Agak-agak dalam hati korang cakap apa (apabila tidak dijemput)?” tanya The Avenue Space.

@theavenuespace Dalam hati – You’re not close enough to me to be invited sis 😝 #intimatewedding #weddingmalaysia #cyberjaya #fyp ♬ original sound – LOLA YOUNG LIVE

Faktor Pasangan Pengantin Pilih Untuk Anjurkan Majlis Perkahwinan Berskala Kecil

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang membuatkan pasangan mempelai memilih untuk menganjurkan majlis pernikahan berskala kecil. Antaranya:

  • Tidak suka majlis terlalu sesak
  • Ingin meraikan hari istimewa dengan insan yang betul-betul rapat
  • Lebih mudah bergaul dengan bermesra dengan tetamu yang sedikit
  • Ruangan majlis pernikahan berskala kecil lebih selesa
  • Mengurangkan kos perbelanjaan dengan bajet yang terhad
  • Elakkan pembaziran
Sumber: Pexels/Amimy Kitchen

Menerusi carian kami, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga pernah memberi pencerahan mengenai isu pembaziran semasa majlis perkahwinan.

Menurut beliau, mengadakan majlis secara besar-besaran sehingga menyebabkan pembaziran adalah tidak dibolehkan. Ini kerana terdapat larangan yang jelas dari al-Quran dan al-Sunnah.

Firman Allah SWT:

وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (٢٦﴾‏ إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya: “Janganlah kamu membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

[Surah al-Isra’: 26-27]

Baca Artikel Berkaitan: “Acik Nak Juga” – Wanita Dipercayai Tetamu Minta Tapau Lauk Walaupun Kenduri Belum Mula [Video]

Ramai Sokong Idea Majlis Kenduri Skala Kecil

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi dan pandangan daripada orang ramai. Sesetengah individu dilihat menyokong keputusan para pengantin untuk melakukan majlis berskala kecil.

“Kena mula normalisasi majlis perkahwinan intimate ni. Bajet sedang elok dan tak serabut macam kenduri (besar-besaran),” kata seorang warganet.

Malah ramai juga berhasrat untuk menganjurkan intimate wedding untuk hari istimewa mereka.

Sumber: TikTok (@theavenuespace)

Harap Orang Ramai Tak Terasa Jika Tidak Dapat Undangan Majlis

Pun begitu, segelintir individu berkata niat mereka untuk melakukan majlis sebegitu terhalang akibat ahli keluarga yang kurang bersetuju dengan idea tersebut.

Sementara itu, ramai juga mengingatkan individu untuk tidak kecil hati selain menghormati pilihan pengantin sekiranya tidak dijemput ke majlis pernikahan mereka.

Bagaimanapun ada juga sesetengah pihak yang terasa jika tidak dijemput lebih-lebih lagi jika pengantin merupakan kenalan rapat.

“Benda sama terjadi dekat aku. Kawan pejabat post dekat media sosial kenduri dia tapi ajak kawan-kawan rapat je. Terasa juga. Masa tu la teringat yang macam-macam aku pernah tolong di sebagai kawan. Tak apalah tak baik ungkit,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@theavenuespace)

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geram Lihat Tetamu Kenduri Kahwin Lepak Lama Di Meja Hingga Ada Jemputan Lain Terpaksa Makan Di Lantai [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd