Now Reading
[Video] Cikgu Gigih Masak Sarapan Buat Calon SPM & STPM Sebelum Mula Exam Curi Perhatian

[Video] Cikgu Gigih Masak Sarapan Buat Calon SPM & STPM Sebelum Mula Exam Curi Perhatian

Antara menu yang dimasak dan disediakan oleh guru untuk para murid dari Sekolah Menengah Kebangsaaan Bedong, Kedah itu adalah roti telur dan Nasi Lemak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai menganggap guru sebagai ibu bapa kedua di sekolah. Mana tidaknya, pelbagai jasa yang dilakukan oleh para pendidik ini. Bukan sahaja berkaitan pelajaran tetapi juga menjaga kebajikan anak murid.

Sebelum ini, seorang guru dari sebuah sekolah pedalaman di Sabah membuktikan kasihnya terhadap anak murid selepas menggunakan elaun sendiri untuk menghiasi kelas. Lebih mencuri perhatian, bilik darjah itu dideko ala-ala kafe!

Menurut cikgu dikenali sebagai Al Tarmizi, inisiatif tersebut dilakukan bagi menyediakan persekitaran kondusif dan kelas yang seronok agar para pelajar selesa menimba ilmu.

Baca Artikel Berkaitan: Usaha Cikgu Pedalaman Guna Elaun Sendiri Deko Kelas Murid Ala Kafe Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cikgu Buat Kek Batik Untuk Murid Guna Coklat Patchi Raih Perhatian Ramai

Guru Semangat Sediakan & Masak Sarapan Untuk Pelajar SPM & STPM

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nurshidahshidah69) apabila seorang guru dikenali sebagai Nur Shidah dari Sekolah Menengah Kebangsaaan Bedong, Kedah berkongsi suasana riuh melibatkan para pendidik dan juga calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan para guru sedang gigih memasak dan menyediakan sarapan buat para pelajar yang akan menduduki kertas peperiksaan.

Segelintir pendidik sedang meletakkan topping sandwic dan sesetengah daripada mereka sibuk memasak roti telur. Kelihatan juga segala kelengkapan memasak tersedia seolah-olah seperti berada di rumah. Memang meriah!

Walaupun masih awal pagi, kelihatan para guru bersemangat dan tersenyum menyediakan alas perut buat murid-murid yang akan menduduki peperiksaan itu.

Difahamkan, ia merupakan hari pertama peperiksaan buat pelajar SPM, dan hari ketiga untuk murid STPM.

“Menu bertambah sumbangan dari pelbagai pihak. Unit kokurikulum sediakan dapur dan gas. Cikgu-cikgu bawa sekali. Terima kasih banyak.

“Nasi lemak sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Dah macam karnival hari keusahawanan. Laju depa (cikgu) buat kerja,” kata Nur Shidah.

Cikgu Doakan Urusan Calon Peperiksaan Dipermudahkan

Cikgu Shidah dalam masa sama turut menitipkan doa agar kesemua calon peperiksaan dapat menjawab ujian dengan baik.

“Hari ini subjek Sejarah. Sangat menakutkan. Insya-Allah kamu (pelajar SPM) boleh menjawab soalan dengan cemerlang. Tenang je, usaha, doa dan tawakal. Good luck juga untuk pelajar STPM. Kejayaan milik kalian akan menyusul,” ujar cikgu itu lagi.

@nurshidahshidah69 Hari-hari yang bermakna buat warga BeSS…#smkbedong #BeSS #mystory #bahagiacarakita ♬ original sound – nurshidahshidah69

Ramai Puji Cikgu Kerana Sudi Sediakan Makanan Buat Para Pelajar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan para pendidik yang prihatin terhadap calon peperiksaan itu.

“Terbaik cikgu-cikgu. Sanggup berkorban duit dan masa untuk anak murid. Semoga batch 07 beroleh keputusan yang cemerlang,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga mengingatkan para pelajar untuk sentiasa menghargai jasa guru yang sudah banyak berkorban.

“Abang dulu tak dapat saat-saat macam ni. Korang (pelajar) patut bersyukur dan hargai segala pemberian cikgu pada korang sepanjang menimba ilmu dengan beliau (cikgu),” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, segelintir individu berkata sesetengah murid tidak sempat bersarapan di rumah sebelum menduduki peperiksaan.

“Alhamdulillah. Kadang-kadang ada anak yang terlalu gabra sampai tak lalu nak makan. Ada juga yang berkejar kerana nak sampai awal sebelum peperiksaan, tak sempat makan dekat rumah. Terima kasih pendidik,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@nurshidahshidah69)

Alhamdulillah, semoga usaha para guru sedikit sebanyak membuatkan para murid selesa menduduki peperiksaan dengan perut yang kenyang.

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kerumun Cikgu Mahu Dapat Markah Extra, Buat Ramai Imbau Zaman Sekolah [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd