Now Reading
[Video] Anak Hadiahkan Telefon Baru, Reaksi Si Ayah Bikin Ramai Terharu

[Video] Anak Hadiahkan Telefon Baru, Reaksi Si Ayah Bikin Ramai Terharu

Wanita ini membeli telefon baharu dari jenama Realme C75 kepada ayahnya disebabkan oleh telefon yang lama sudah tidak boleh digunakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau bercerita bab ibu bapa, pastinya ramai yang akan tersentuh hati dan sebak mengenangkan segala pengorbanan mereka membesar kita sejak dari bayi sehingga menjadi dewasa pada hari ini.

Tidak dinafikan semakin dewasa ini, kurang waktu yang diluangkan bersama mereka kerana sibuk dengan kerjaya.

Tetapi dalam kesibukan itu, sekali-sekala tanyalah khabar mereka. Mana tahu ada perkara dan masalah yang mahu diluahkan kepada anak tersayang.

Bapa Terharu Anak Hadiahkan Telefon Baharu

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@lilyyanaanawar), wanita ini berkongsi kisah ketika membuat kejutan di kedai makan kepada ayahnya dengan menghadiahkan sebuah telefon bimbit baharu.

Katanya telefon yang digunakan oleh bapanya itu sudah rosak dan telefon sementara yang dipakai pula cepat habis bateri.

Selain itu, simpanan memori telefon sementara itu yang sudah penuh juga menyebabkan bapanya tidak lagi boleh merakam kenangan menggunakan gajet tersebut sebagai kenangan.

Sumber: TikTok (@lilyyanaanawar)

Bagi menggembirakan hati bapanya, wanita ini membeli telefon baharu dari jenama Realme C75 dan memberikannya ketika si ayah sedang memandang ke arah lain.

Apabila ditoleh semula ke meja, ayahnya tertanya-tanya tentang kotak berwarna kuning yang dilihatnya itu sambil berkata ‘Apa ni?’.

Selepas membuka kotak itu, ayahnya tersenyum gembira apabila menyedari anaknya memberikan telefon bimbit baharu.

Cukup dengan seukir senyuman telah dapat menggambarkan perasaan si bapa yang terharu dengan hadiah daripada anaknya itu.

@lilyyanaanwar

dah lama hp rosak.. hp yg pakai sementare plak asyik hbs bateri n memory full x dpt nak record2 ..semoga ayah sihat selalu 🫶🏻🫶🏻#iwanttosay #fypage #family

♬ original sound – 💕lilyyanaanwar💕 – 💕lilyyanaanwar💕

Pengguna Media Sosial Sebak Lihat Reaksi Si Ayah

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihah reaksi yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan selepas menerima kejutan dari anak perempuannya.

Malah, beberapa netizen turut mendoakan kesejahteraan bapa pemilik video ini agar sentiada diberikan kesihatan yang baik.

“Tumpang bahagia. Moga ayahnya sihat-sihat selalu,” ujar pengguna media sosial.

Dalam pada itu, seorang netizen pula memuji bagaimana anak-anak pada zaman ini menghargai orang tua mereka dan menganggap ia secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada individu di luar sana.

“Saya suka tengok zaman sekarang dah mula ada rasa hargai orang tua. Bagus TikTok begini ada video macam ni. Boleh bagi kesedaran untuk anak-anak menghargai orang tua kita,” ujar pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk berbakti dan memberi kegembiraan kepada ibu bapa. Amin.

Baca Artikel Berkaitan: Belum Pernah Miliki Kereta Baru, Bapa Sebak Anak Beri Hadiah Proton X50

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Terharu Anak Hadiahkan Motosikal, Dulu Dijual Untuk Bayar Yuran Kolej

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Bagi Jambangan Duit Untuk Ibu Bapa Ketika Konvokesyen Kerana Ingin Balas Jasa [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd