“Berani Sebab Besar Ke?” – Axia Jadi Mangsa Buli Jalanan, Kena Himpit Dengan Trak Pikap
Kejadian buli jalanan ini berlaku pada Isnin lalu (6 Januari) di flyover (jejambat) sekitar Jalan Tun Razak menuju ke Sungai Besi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, setiap pengguna jalan raya perlulah mematuhi setiap peraturan ditetapkan dan memandu secara berhemah.
Pun begitu, masih ramai yang berlagak samseng dan bertindak membuli pengguna jalan raya lain hingga mengundang bahaya. Lebih geram lagi apabila pemandu melakukan onar walhal ia adalah kesalahan diri sendiri.
Seperti sebelum ini, seorang individu mendedahkan perbuatan seorang pemandu lori jenis Scania yang memandu secara berbahaya dan cuba untuk melanggar keretanya. Menerusi klip perkongsian, kelihatan lori itu memotong secara melulu dan menghentikan kenderaan tanpa sebab.
Baca Artikel Berkaitan: “Road Bully To The Max!” – Pemandu Lori Berlagak Samseng, Buli Myvi Di NKVE Sudah Ditahan Polis
Axia Jadi Mangsa Buli Jalanan Triton Mitsubishi Di Jejambat
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@dashcamapahariini) menyaksikan situasi tegang yang berlaku di flyover (jejambat) sekitar Jalan Tun Razak menuju ke Sungai Besi.
Menerusi video dahscam itu, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Axia sedang memandu di lorong kiri.
Namun lain pula yang terjadi apabila pemandu kereta terbabit dibuli oleh sebuah trak pikap, Triton Mitsubishi yang datang dari arah jejambat. Untuk info, insiden ini berlaku pada Isnin lalu, 6 Januari.
Dalam klip tersebut, kelihatan kenderaan 4×4 itu terpaksa brek mengejut selepas menyedari keberadaan Axia di lorong kiri. Difahamkan, pemandu Triton itu berasa tidak puas hati kemudian bertindak menghimpit Axia sehingga menyebabkan si pemandu perlu membelok ke kiri agar tidak dirempuh.
Bukan itu sahaja, pembuli jalanan terbabit juga memotong ke lorong kiri secara melulu tanpa memasang lampu signal hingga mengundang bahaya kepada pemandu Axia.
@dashcamapahariini Jalan Tun Razak (Prince Court intersection) flyover heading towards Sg. Besi #fyp #dashcam #trendingvideo #videoviral #foryou ♬ original sound – dashcam.my
Mekanik Bengkel Guna Triton Tanpa Kebenaran
Menurut pengendali akaun TikTok, kes tersebut kini disiasat oleh pihak polis. Difahamkan, pemandu pada waktu kejadian bukan pemilik sebenar Triton terbabit tetapi mekanik sebuah bengkel sekitar Setapak, Kuala Lumpur.
Pomen berkenaan didakwa telah menggunakan kereta tanpa kebenaran pemilik Triton itu.
Orang Ramai Berang Dengan Aksi Pemandu Triton Yang Membuli Pemandu Lain
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bengang dengan aksi pemandu Triton yang berlagak samseng.
“Aku ulang tengok (video) lima kali. Axia tu tak terkeluar langsung dari lorong dia. Apa hal Triton tu nak menggelupur,” kata seorang warganet.
Malah, ramai juga bersetuju bahawa pemandu Axia tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menimbulkan pergaduhan.
“Triton nak pancung terus, tu yang dia marah pemandu Axia. Axia tu duduk di lorong yang betul, tak kacau pun trak pikap,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman mereka apabila menjadi mangsa buli jalanan sebelum ini.
“Pernah kena macam ni dengan Triton juga. Dia yang terkejut lepas tu nak kacau kita. Nasib baik ada kereta perlahan dekat depan. Dia (pemandu 4×4) tak berani buat hal,” kata seorang wanita.
Buli Jalan Raya Adalah Kesalahan Jenayah
Pihak PDRM sebelum ini telah memuat naik hantaran di laman Facebook (Polis Diraja Malaysia) untuk mengingatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan buli jalan raya.
Seseorang itu boleh dikategorikan sebagai pembuli jalan raya apabila mereka melakukan tindakan agresif yang telah melanggar peraturan lalu lintas sehingga boleh merisikokan nyawa orang lain.
Terdapat tiga kategori pembuli jalan raya iaitu:
- Membuli secara fizikal: memukul atau mengugut mangsa.
- Membuli secara mental: mengeji dan memaki hamun mangsa dengan kata-kata kesat.
- Buli jalanan: memandu secara tidak beretika dan dalam keadaan bahaya, mengganggu pemandu lain dan membuat provokasi terhadap mangsa.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menegaskan bahawa perbuatan buli jalanan ini merupakan satu kesalahan jenayah.
Jadi kepada mana-mana individu yang menjadi mangsa buli jalanan, anda diminta untuk segera melaporkan kes tersebut di balai polis berhampiran untuk membolehkan pembuli dikenakan tindakan sewajarnya.
Baca Artikel Berkaitan: “Perbuatan Buli Jalanan Adalah Jenayah” – PDRM
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Memandu Iswara Biru Secara Berbahaya Di JB Sudah Ditahan Polis
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram