Artis Tempatan ‘Touch-up’ Semula Muka Patung Kucing Di Sarawak Gara-gara Mata Terlalu Garang
Artis Gerald Goh mewarnakan mata patung kucing Bulatan Padungan tersebut dengan warna biru sebagai simbol harapan terhadap pembangunan Kuching dan Sarawak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ibu negeri Sarawak, Kuching sememangnya terkenal dengan beberapa patung kucing ikonik yang terletak di sekitar bandarnya.
Salah satu patung kucing yang terkenal di bandar itu adalah patung sekumpulan keluarga kucing di North City Hall.
Walaupun kebanyakan patung ini kelihatan comel, namun ada juga yang kelihatan ‘tidak kena’ di mata sesetengah individu.
Pelukis Warnakan Semula Muka Patung Kucing Bulatan Padungan
Baru-baru ini, tular apabila artis Gerald Goh melukis semula muka satu patung kucing yang terletak di Bulatan Padungan di ibu negeri itu.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Fook Liew, menerusi hantaran di kumpulan Kuching – Then and Now.
Goh telah memberitahu Fook bahawa dia membuat keputusan untuk memperkemaskan muka kucing tersebut kerana tidak tahan melihat matanya yang ‘garang’.
“Lagi teruk, memikirkan sepasang mata yang sama memandang kamera para pelancong,” jelasnya.
Oleh itu, Goh secara sukarelanya mewarnakan semula mata kucing tersebut dan melukiskan mulut yang tersenyum padanya.
Dia juga menjelaskan bahawa mata patung kucing itu diwarnakan dengan warna biru kerana ingin memberikannya ‘True Blue Vision’, iaitu simbol harapan terhadap pembangunan Kuching dan Sarawak secara keseluruhannya.
Orang Ramai Seronok Melihat Muka ‘Baharu’ Patung Kucing
Kreativiti Goh itu sememangnya meraih pujian ramai yang berasa lebih senang hati melihat muka ‘baharu’ patung kucing di Bulatan Padungan itu.
Mereka berterima kasih atas usaha Goh yang membuatkan patung kucing terbabit kelihatan lebih berseri dengan matanya yang bersinar seperti kucing betul.
Malah, ada yang berkata mata kucing itu sebelum ini kelihatan menakutkan seperti mata patung gergasi dalam siri Squid Game.
Menerusi perkongsian pengguna media sosial juga, difahamkan bahawa mata kucing tersebut pernah beberapa kali diwarnakan semula termasuk warna biru, merah dan putih hitam.
“Pernah ada kawan berkunjung ke Kuching dahulu bertanyakan kenapa mata kucing itu berwarna merah. Ia kelihatan garang, tetapi sekarang lebih mesra!” kata seorang pengguna Facebook.
Apa yang mencuit hati adalah apabila beberapa individu turut berkongsi gambar satu patung kerbau dan patung singa yang kelihatan melucukan dan meminta agar Goh memberikan sentuhan kreatifnya.
Patung Kucing Bulatan Padungan Pertama Dibina Di Kuching
Sekadar info, patung kucing di Bulatan Padungan tersebut merupakan patung sedemikian yang pertama dibina di Kuching sekitar tahun 1990an.
Apabila tiba musim perayaan, ia akan dihiasi dengan pakaian tradisional setiap kaum, malah turut dipakaian pelitup muka ketika musim COVID-19!
Selain di Bulatan Padungan, terdapat beberapa lagi lokasi terkenal yang menempatkan patung kucing iaitu:
- Kuching North City Hall Family Cat Statue
- Chan Chin Ann Cat Tower di antara Jalan Chan Chin Ann dan Jalan Padungan
- Kuching Waterfront Bronze Cats
- Malaysia-China Friendship Garden Cat Statue
- Scrap Metal Cat Statue oleh UiTM Kuching di Esplanade
- Muzium Kucing Kuching
Baca Artikel Berkaitan: “Kek Tercantik Bagi Ramadan” – BBC Temu Bual 2 Pembuat Kek Lapis Sarawak Di Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.