Now Reading
[Video] Nenek Tunggu Cucu Ambil SPM Sambil Mengaji Luar Dewan Buat Ramai Sebak

[Video] Nenek Tunggu Cucu Ambil SPM Sambil Mengaji Luar Dewan Buat Ramai Sebak

Menerusi video, kelihatan nenek berkenaan duduk berseorangan sambil membaca Yasin di sebuah meja yang berada di luar dewan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kejayaan seseorang di dalam kehidupan mahupun dalam pelajaran atau kerjaya sebenarnya adalah berkat doa orang sekeliling yang menyayangi mereka.

Apatah lagi jika individu tersebut adalah ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, datuk dan nenek serta sebagainya.

Mereka ini bukan sahaja akan menitip doa sebaliknya sanggup berkorban apa sahaja asalkan insan yang disayangi dapat hidup selesa dan berjaya dunia akhirat.

Nenek sanggup tunggu cucu jawab peperiksaan SPM di luar dewan

Perkara ini samalah seperti yang dilakukan oleh seorang warga emas ini sehingga menarik perhatian ramai dengan tindakannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @c_s.ihsan di TikTok, awalnya kelihatan berada di luar dewan sebuah sekolah menengah Maktab Rendah Sains Mara Lenggong, Perak.

Kelihatan pintu dewan tersebut ditutup kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang dijalankan.

Tidak lama kemudian, perakam menunjukkan satu sosok tubuh seorang wanita warga emas yang sedang duduk berdekatan dewan sambil membaca di sebuah meja.

Duduk tunggu sambil baca Yasin dan berzikir

Warga emas itu dipercayai adalah nenek kepada salah seorang pelajar yang sedang menjawab kertas peperiksaan SPM.

Nenek itu dikatakan setia menunggu cucunya diluar dewan sambil membaca Yasin dan berzikir.

“Cucu dalam dewan peperiksaan SPM, nenek menunggu di luar baca Yasin dan zikir untuk cucu,” tulis Ihsan di ruang kapsyen.

@c_s.ihsan

cucu dalam dewan peperiksaan SPM..nenek menunggu di luar baca yassin dan zikir utk cucu. #foryou #foryoupage #fyp #mrsmlenggong

♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92

Kehilangan ibu pada Oktober tahun lalu

Melihat di ruangan komen, ada yang memaklumkan cucu kepada warga emas itu baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada Oktober 2024. Berita sedih itu turut disahkan oleh Ihsan menerusi komen balas.

Perkongsian video itu turut membuatkan segelintir daripada pengguna media sosial tersebut berasa sebak dan terkenangkan datuk serta nenek mereka.

Ada juga yang berkongsi pengalaman ibu mereka melakukan perkara yang sama dengan nenek berkenaan sewaktu mereka mengambil peperiksaan besar seperti SPM.

“Ya, Allah sebiji macam arwah nenek saya yang besarkan saya dari kecil. Nenek baca Yassin demi nak saya berjaya. Sampai saya jadi doktor sempat balik dan nenek hembus nafas dengan tangan saya juga, betapa dia rindu cucu”

This image has an empty alt attribute; its file name is nenek-tggu-cucu-1.jpg

“Walaupun jika cucunya tak secemerlang mana nanti, percayalah akhlak cucu tersebut sangat mulia”

This image has an empty alt attribute; its file name is nenek-tggu-cucu-2.jpg

“Sama macam wan dan atok. Terima kasih wan dan atok”

This image has an empty alt attribute; its file name is nenek-tggu-cucu-3.jpg


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd