Now Reading
[Video] Lori Tangki Terbalik Hempap Kereta Berhenti Di Lampu Isyarat

[Video] Lori Tangki Terbalik Hempap Kereta Berhenti Di Lampu Isyarat

Pemandu lori dan kereta Proton Saga cedera parah, manakala dua individu yang menaiki Toyota Alphard cedera ringan dan tiga lagi terselamat dalam insiden di Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemalangan jalan raya merupakan satu kerisauan bagi para pengguna jalan raya memandangkan ia boleh berlaku secara tiba-tiba malah sehingga menyebabkan kematian dalam sesetengah kes.

Pada hujung tahun lalu, kecoh apabila satu kemalangan nahas di Melaka membabitkan lima kenderaan, termasuk sebuah lori dan bas, menyebabkan tujuh maut di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati tayar sebuah lori tercabut sebelum dilanggar oleh bas yang terlibat dan mengakibatkan kemalangan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Kemalangan Di Melaka: 7 Maut & 33 Mangsa Cedera Libatkan 5 Kenderaan

Lori Terbabas Langgar MPV & Hempap Proton Saga

Semalam (6 Disember), satu video yang dimuat naik di laman X (@update11111) menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah lori treler dan dua kereta.

Menerusi video rakaman dashcam sebuah kereta dari arah bertentangan, dapat dilihat lori treler terbabit hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan jenis MPV Toyota Alphard.

Lori tersebut kemudiannya terhempas secara melintang dan menghempap sebuah kereta jenis Proton Saga yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Sebuah kereta jenis Perodua Kenari pula dilihat hampir terlibat dalam kemalangan tersebut tetapi sempat mengelak.

Lori Terbakar Hingga Api Tersebar Ke Jalan Raya

Sejurus itu, beberapa orang awam segera bergegas untuk membantu mangsa kemalangan berkenaan.

Beberapa rakaman lain yang dimuat naik menunjukkan keadaan apabila lori terbabit telah terbakar.

Malah dapat dilihat api tersebut turut tersebar ke jalan raya sehingga menghalang laluan bagi kenderaan.

Difahamkan insiden itu berlaku di sekitar Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Tonton video penuh DI SINI.

Individu Dakwa Jalan Bermasalah & Bukan Salah Pemandu Lori

Menerusi ruangan komen, seorang individu mendakwa jalan itu sememangnya bermasalah.

Menurutnya, terdapat sesetengah kenderaan yang akan secara tiba-tiba memasuki laluan di sebelah kiri bagi mengelak kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat.

Dia turut berkata bahawa insiden itu berlaku akibat masalah jalan dan bukan salah pemandu lori berkenaan.

Pemandu Lori & Kereta Saga Cedera Parah

Berdasarkan laporan Kosmo, pemandu lori dan kereta Proton Saga dalam kemalangan terbabit cedera parah di bahagian kepala, leher serta tangan. Mereka telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi rawatan.

Di samping itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, dua lelaki yang menaiki kenderaan MPV Toyota Alphard cedera ringan manakala tiga lagi termasuk dua kanak-kanak terselamat.

Ahmad Mukhlis berkata panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya sekitar 2.19 petang semalam dan operasi berjaya dikawal kira-kira jam 2.31pm.

Sehubungan itu, lapan anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor digegaskan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan tiga buah kenderaan keseluruhannya. Ini meliputi kereta Proton Saga dan lori tangki membawa minyak sawit musnah 90% dan 80% manakala MPV tersebut hanya 20%,” katanya.

Menurut laporan oleh Berita Harian hari ini (7 Disember), Superintendan Azaharudin Tajudin berkata sebuah kereta dari arah kanan telah cuba memotong dan secara tiba-tiba memasuki laluan lori tangki yang menyebabkannya hilang kawalan. Jenis dan nombor pendaftaran kereta bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti.

Baca Artikel Berkaitan: Keadaan Tayar Kenderaan Antara Punca Banyak Berlaku Kemalangan Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kemalangan Beberapa Kenderaan Gara-Gara Tak Jaga Jarak Di Lorong Kanan Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 3 Maut, 1 Treler Terbakar Dalam Kemalangan 7 Kenderaan Di LPT


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd