Now Reading
[Video] “Kaki Jadi Tangga” – Anggota APM Bantu Calon SPM Naik Trak Bikin Ramai Terharu

[Video] “Kaki Jadi Tangga” – Anggota APM Bantu Calon SPM Naik Trak Bikin Ramai Terharu

Trak yang tinggi menyebabkan segelintir dari pelajar khususnya wanita sukar kerana terbatas dengan pakaian yang dipakai dan terpaksa memijak kaki anggota APM sebagai tangga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (6 Januari) negara dikejutkan dengan berita tanah runtuh yang berlaku di Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang.

Kejadian tanah runtuh itu turut menyebabkan laluan terhalang namun tiada sebarang nyawa dilaporkan terkorban.

Insiden menyebabkan laluan lalu lintas terhalang sementara menunggu kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Anggota APM gunakan kaki sebagai tangga bantu calon SPM naik trak

Susulan daripada insiden bencana alam itu, anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dilihat turut tampil membantu beberapa individu yang terkesan antaranya adalah calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bos_mfanz di TikTok, kelihatan beberapa calon SPM sedang menaiki kenderaan seperti trak pihak berkuasa untuk ke sekolah bagi menduduki peperiksaan.

Namun apa yang menarik perhatian, kelihatan seorang anggota APM dilihat sanggup menggunakan kakinya sebagai tangga untuk dipijak oleh para pelajar yang ingin menaiki trak.

Ini kerana ketinggian trak membuatkan segelintir daripada pelajar sukar untuk menaikinya khususnya pelajar perempuan kerana menggunakan kain dan skirt.

Malah dalam video turut dapat dilihat dengan jelas beberapa pelajar memakai uniform memijak kaki anggota terbabit sewaktu ingin menaiki trak

“Anggota APM Cameron Highlands sediakan tangga kaki untuk kejayaan calon SPM yang terkandas tanah runtuh,” tulisnya dalam video tersebut.

Ramai kagum dengan tindakan anggota APM

Tindakan mulia yang dilakukan oleh anggota itu membuatkan orang ramai yang menonton video berkenaan kagum dengan keikhlasannya sewaktu bertugas.

Malah ada yang memberikan tabik hormat atas tindakan anggota berkenaan. Ada juga menyifatkan ia adalah satu pengorbanan yang besar dilakukan oleh anggota terbabit.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan anggota APM tersebut sentiasa dimurahkan rezeki dan disayangi oleh orang-orang baik.

“Terima kasih orang hebat APNM. Semoga setiap pijakan tu mendapat ganjaran pahala daripada Allah.”

“Bagi aku anggota keselamatan ini, dia fikir yang terbaik untuk segala hal dalam tugasan. Aku pernah di tempat anda, salam dari vateran Tentera Laut Diraja Malaysia.”

“Salute to abang-abang APNM”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd