“Tak Jangka Berlaku” – Pihak Katering Refund Bayaran Pakej Walau Majlis Batal Saat Akhir
Pihak katering Juq Kitchen itu berkata, mereka membuat keputusan tersebut kerana masih belum membeli atau menempah barangan mentah dari pembekal.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Impian para pasangan pastinya mahu mendirikan rumah tangga dan menghalalkan hubungan yang sudah lama terbina. Namun sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan Allah SWT menentukan segalanya.
Kadangkala perancangan untuk berkahwin terbatal dengan sekelip mata hanya kerana pergaduhan dan perselisihan faham di antara pihak lelaki dan juga wanita. Dalam sesetengah kes, bakal pengantin ini sempat membatalkan majlis sebelum sempat melakukan sebarang persiapan.
Namun ada juga segelintir yang memutuskan hubungan di saat akhir hingga menyebabkan perbelanjaan dan kos dilaburkan untuk majlis persandingan rugi begitu sahaja.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Kisah Tak Jadi Kahwin Ketika Hari Bahagia, Lelaki Perjelaskan Situasi Sebenar [Video]
Bakal Pengantin Batalkan Perkahwinan 2 Minggu Sebelum Majlis
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila syarikat katering dikenali sebagai Juq Kitchen (@juqkitchen) yang berlokasi di Melaka berkongsi kisah sebuah keluarga yang terpaksa membatalkan majlis perkahwinan anaknya.
Menurut Juq Kitchen, pihak lelaki telah memutuskan pertunangan sekaligus menyebabkan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung lagi dua minggu itu terpaksa dibatalkan.
“Maaf puan terpaksa cancel katering. Pihak lelaki batalkan pertunangan. Nanti puan bagi nombor akaun (bank) katering,” kata pelanggan tersebut.
Pihak Katering Beri Bayaran Balik Termasuk Deposit Kepada Pelanggan
Berasa kesal dengan nasib yang menimpa belah perempuan itu, pihak katering berkata mereka akan memulangkan semula bayaran awal dilakukan termasuklah deposit untuk pakej terbabit.
“Perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Barang-barang untuk masak katering pun belum beli. Kita refund 100% pembayaran kepada pelanggan.
“Insya-Allah siapa pernah berurusan dengan kami mesti tahu. Kami akan pulangkan segala deposit yang telah dibuat sekiranya tidak jadi ambil katering dari kami,” jelas syarikat terbabit.
Pihak Katering Belum Beli Barang Mentah
Walaupun hari majlis sudah hampir tiba, namun pihak katering menjelaskan mereka belum lagi menempah barang-barang mentah daripada pembekal. Di akhir perkongsian, syarikat berkenaan turut mendoakan agar urusan sebelah perempuan dipermudahkan.
“Semoga Allah beri ketenangan kepada keluarga puan dalam menghadapi ujian ini,” ujar Juq Kitchen.
@juqkitchen Perkara yang tidak di jangka akan berlaku . Barang2 untuk masak katering pon belum beli kita refund 💯 payment pada Customer . Insya Allah siapa pernah berurusan dengan kami mesti tahu , kami akan pulangkan segala deposit yang telah di buat sekiranya tidak jadi ambil kateribg dari kami #katering #kateringmelaka #kateringsedapmelaka #kateringasampedas #kateringasampedas #kateringsedapmelaka #melaka #fooddeliverymelaka #kateringkahwin #melakafoodie ♬ Kekasih Bayangan – Cakra Khan
Ramai Puji Tindakan Murni Pihak Katering Kerana Tidak Berkira Dalam Bisnes
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan pihak katering kerana berhati mulia untuk memberikan semula bayaran dikenakan kepada pelanggan yang terkesan itu.
“Syukur masih ada katering macam ni yang faham situasi dan permudahkan urusan. Jujur dan ikhlas dalam bisnes. Semoga terus maju,” kata seorang warganet.
Malah, ramai juga berkata sikap murni pihak katering sedikit sebanyak akan membantu keluarga sebelah perempuan yang kini dilanda ujian.
“Alhamdulillah, ringan beban pihak pengantin perempuan. Ada ujian Allah bagi, ada hikmah Allah limpahkan terutama pihak tuan yang sudi refund pembayaran. Saya orang luar pun rasa terhutang budi dengan sikap katering seperti tuan,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa sedih melihat kes perkahwinan terbatal di saat akhir yang semakin meningkat pada masa ini.
“Tak tahulah sekarang ni tengah trend nikah tak jadi. Jiran aku dah beberapa orang bakal pengantin tak datang hari nikah mereka. Kasihannya,” kata seorang pengguna TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: Lagi 2 Bulan Nak Nikah Bakal Suami Minta Batalkan Majlis, Mahu Cerai Jika Perkahwinan Diteruskan [Video]
Boleh Saman Tunang & Tuntut Pampasan Jika Batalkan Perkahwinan
Memang tidak dapat dinafikan pembatalan majlis perkahwinan secara tiba-tiba akan menyebabkan kerugian yang sangat tinggi iaitu boleh mencecah ribuan ringgit.
Walau bagaimanapun usah bimbang, sebenarnya anda boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan tersebut dengan membawanya ke mahkamah kerana telah menyebabkan anda mengalami kerugian.
Menurut peguam dikenali sebagai Datuk Wan Azmir Wan Majid, mangsa juga boleh mendapatkan semula pampasan daripada bekas pasangan sekiranya si dia ada berjanji untuk membayar wang perbelanjaan perkahwinan.
Namun adalah penting untuk anda menyimpan setiap resit perbelanjaan sebagai bahan bukti.
Baca Artikel Berkaitan: “Simpan Semua Resit”- Peguam Dedah Boleh Saman Tunang Jika Batalkan Perkahwinan [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram