Now Reading
“Kesian Dia Nampak Lemah” – Kanak-kanak Jual Jagung Ketika Demam Buat Ramai Hiba

“Kesian Dia Nampak Lemah” – Kanak-kanak Jual Jagung Ketika Demam Buat Ramai Hiba

Wanita dikenali sebagai Piha itu berkata, kanak-kanak tersebut bertindak memberi jagung berkenaan secara percuma selepas dia tidak mahu membelinya hanya kerana mahu pulang ke rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap individu diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Ada yang dibesarkan dengan keadaan mewah serta cukup serba-serbi tetapi ada juga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sebelum ini, tular kisah seorang kanak-kanak perempuan yang sedang tidur di pembahagi jalan raya ketika sedang hujan.

Lebih membuatkan ramai sebak apabila adik itu turut memegang payung dan terdapat bungkusan plastik berwarna merah berisi buah mangga di sebelahnya. Difahamkan, anak kecil itu belum habis menjual buah tersebut hingga menyebabkannya terpaksa tunggu lama di sana.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Sedihya!” – Budak Jual Mangga Tepi Jalan Tertidur Ketika Hujan Buat Ramai Sebak

Pelanggan Kongsi Kisah Kanak-kanak Beri Jagung Tanpa Bayaran

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kedaipihaa) apabila seorang wanita dikenali sebagai Piha berkongsi kisah seorang kanak-kanak yang gigih mencari rezeki.

Menurut Piha, seorang kanak-kanak lelaki telah datang kepadanya ketika sedang menjamu selera di kedai makan untuk menjual jagung. Namun tindakan budak lelaki itu yang sedikit aneh membuatkan pelanggan tersebut tertanya-tanya.

“Satu kejadian yang tidak dijangka. Biasa bila ada orang tawar jual-jual makanan, kami dengan sopan cakap tak apa, terima kasih. Tapi lain pula kali ini.

“Kanak-kanak ni tiba-tiba hempas barang jualan dia atas meja kemudian cakap, ‘Tak apa ambillah’ dan berlalu pergi. Clueless sangat,” kata Piha.

Kanak-kanak Letih Jual Jagung Kerana Tak Sihat

Dia kemudian memanggil semula anak kecil berkenaan dan bertanya tentang situasinya. Piha meluahkan rasa terkejut selepas mendapat tahu bahawa sebenarnya kanak-kanak tersebut tidak bermaya kerana kurang sihat.

“Muka dia nampak letih. Rupanya tengah demam dan baru lepas kena cucuk (suntikan) dengan doktor.

“Tapi dia cakap kena habiskan jualan sebab mak tunggu. Kami borong semua jagung dan minta dia bagi semua pada pelanggan yang ada kemudian minta dia balik ke rumah.

“Kita tidak tahu sisi lain cerita dia, tetapi kita tahu pasti ada sebab Allah SWT menghantarnya kepada kita🫶🏻,” jelas Piha di akhir ruangan kapsyen.

@kedaipihaa

It was unexpected event . benda biasa bila ada org offer jual2 makanan , we politely say takpe terima kasih . but this time not ya . this kid suddenly hempas barang jualan dia atas meja then said "takpelah ambillah " then go . cluelesss sangat . then panggil tanya dia elok2 . his face looks exhausted. rupanya tgh demam , then baru lepas kena cucuk dgn doktor 🥹 but he said kena habiskan jualan dia sebab mak tunggu . we borong semua the jagung and then mintak dia bagi semua pada pelanggan yg ada & ask him to go home 🥹 we dont know the other side of story , but we do know that Allah send him to us for reasons 🫶🏻

♬ Sad Music – Max-Music

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kanak-kanak Jual Jagung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak melihat keadaan kanak-kanak tersebut yang terpaksa menghabiskan jualan hanya kerana mahu berehat.

“Saya tak boleh tengok ni saya nak nangis. Kenapa bagi budak jual tepi-tepi jalan semua. Sampai ke tengah malam pun masih ada yang menjual lagi 😭,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah segelintir individu juga berkongsi kisah kanak-kanak yang menjual sesuatu di tempat awam sebelum ini.

“Dekat Kuantan pun pernah jumpa budak macam ni. Kita kata tak nak beli, tapi dia nampak anak saya macam terliur. Lepas pusing-pusing, tengok dia datang bagi dekat anak saya cakap nak sedekah. Terharu dan tak sampai hati akhirnya saya bagi juga duit dekat dia,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga mempersoal tindakan ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana tidak prihatin dengan keadaan anak dan membiarkan mereka menjual dalam usia muda.

“Memang ramai macam ni. Anak menjual malam-mala, mak ayah duduk kereta main telefon. Anak yang cakap ya sebab kita tanya. Alasan lain nak ajar anak cara cari duit,” dakwa seorang individu.

Segelintir individu turut meminta pihak berkuasa untuk menyiasat aktiviti kanak-kanak yang giat menjual tanpa pemantauan ini.

Sumber: TikTok (@kedaipihaa)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tiada Untung Bang Kalau Tak Habis Jual” – Aksi Lelaki Borong Semua Jualan Kudapan ‘Pastil’ Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Hadiah Paling Bermakna” – Warga Emas Titip Doa Buat Pelanggan Borong Semua Aiskrim Dijualnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd