Now Reading
Individu Jumpa RM550 Di Mesin ATM Gigih Cari Pemilik Atas Talian & Pulangkan

Individu Jumpa RM550 Di Mesin ATM Gigih Cari Pemilik Atas Talian & Pulangkan

Dia dikatakan telah menemui 11 keping wang bernilai RM50 yang telah ‘ditolak’ dari salah satu mesin ATM di Hong Leong Bank.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nak jumpa orang yang jujur dan baik pada masa ini memang agak sukar. Tapi kalau terjumpa golongan ini dalam keadaan yang memerlukan atau terdesak, memang bersyukur sangat.

Malah mereka yang mempraktikkan sikap ini dalam kehidupan seharian juga akan sentiasa disenangi oleh masyarakat kerana tidak kekok untuk membantu orang lain.

Kejujuran ini juga terserlah pada seorang individu di Sungai Petani, Kedah semasa berkunjung ke mesin ATM.

Individu Terjumpa 11 Keping Duit RM50 Di Mesin ATM

Menerusi satu hantaran dimuat naik di dalam sebuah grup Facebook (SP人), individu ini berkongsi kisah ketika dia terjumpa wang tunai berjumlah RM550.

Dia dikatakan telah menemui 11 keping wang bernilai RM50 yang tidak diterima (reject) dari salah satu mesin juruwang 9 pagi semalam (6 Januari) di Hong Leong Bank cawangan Legenda Height, Sungai Petani, Kedah.

Tanpa berfikir panjang, individu berkenaan yang tidak mahu dikenali bertindak memulangkan duit tersebut ke pihak bank.

Justeru niatnya memuat naik hantaran tersebut adalah untuk meminta pemilik wang berkenaan mengambilnya dari kakitangan bank di sana.

Kisah tersebut turut dikongsikan di laman berita Sin Chew Daily.

Sumber: Facebook

Misi untuk menyatukan semula wang dengan pemiliknya telah mencetuskan pelbagai reaksi media sosial yang rata-ratanya memberi pujian terhadap usaha yang dilakukan.

Ada yang kononnya berseloroh dan bertanya mengapa bukan mereka yang menemui wang berkenaan.

Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Dan Jujur

Keadaan ini bukanlah satu situasi yang pelik di Malaysia kerana ramai di antara rakyat kita yang bersikap jujur apabila menemui wang yang bukan milik mereka di tempat awam.

Perkara ini juga dapat dilihat menerusi video eksperimen sosial yang dilakukan oleh pemuda bernama Daus di Kuching yang dilihat sengaja menjatuhkan wang kertas bernilai RM50 di sebuah pusat membeli-belah.

Dalam ‘eskperimen’ itu, dia telah melihat aksi seorang lelaki yang memulangkan semula wang kepada pemiliknya selepas ternampak seseorang tercicir barangan berharga di tempat awam.

Gambar sekadar hiasan.

Selain itu, pernah tular juga tentang sikap jujur seorang pekerja apabila majikannya terlebih masukkan gaji ke dalam akaunnya. Bayangkan gaji sepatutnya adalah RM1,942 tetapi bos termasukkan RM9,142.

Semoga orang-orang yang jujur ini diberikan ganjaran sebaiknya di dunia dan akhirat.

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Termasuk Lebih, Staf Jujur Pulangkan Semula Wang RM7,200 Pada Majikan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Duit Terjatuh: Lelaki Selamba Ambil RM50 Depan Anak & Isteri, Tak Pulangkan Semula

Baca Artikel Berkaitan: Dedah Pernah Ambil Wang Dari Kedai, Bekas Pekerja Minta Maaf & Pulangkan Semula Duit Kepada Bos


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd