Now Reading
Hotel Di Sabah Dikecam Gara-gara ‘Tiada Signage’ Bahasa Melayu & Inggeris, Ini Penjelasan Sebenar

Hotel Di Sabah Dikecam Gara-gara ‘Tiada Signage’ Bahasa Melayu & Inggeris, Ini Penjelasan Sebenar

Dakwanya lagi, hanya papan tanda dengan bahasa Mandarin dan Korea sahaja yang dilihat semasa sedang mencari lokasi kolam renang di hotel berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, pernah timbul isu mengenai papan tanda Malaysia yang dikatakan tidak ditulis dalam beberapa bahasa sehingga mencetuskan kontroversi dalam kalangan penduduk tempatan mahupun luar negara.

Malah, wujud sesetengah pelancong dari China yang mendakwa mereka tidak mahu lagi datang ke Malaysia kerana tidak banyak papan tanda dengan bahasa Mandarin.

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir juga pernah mengetengahkan isu ini selepas beliau meluahkan rasa kecewa dan bimbang melihat penggunaan bahasa Mandarin yang digunakan secara meluas di sebuah kompleks pusat beli belah di Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong China Serik Datang Malaysia Kerana Sukar Berkomunikasi & Kurang Papan Tanda Bahasa Cina

Baca Artikel Berkaitan: Isu DBKL Tegur Premis Guna Papan Iklan Bukan Bahasa Melayu Jadi Topik Hangat Di Media Sosial

Pihak Hotel Didakwa Tidak Sediakan Papan Tanda Bahasa Melayu Dan Inggeris

Dalam satu hantaran dimuat naik di platform Threads, seorang pengguna yang menginap di sebuah hotel di Sabah mendakwa premis tersebut tidak menyediakan papan tanda berbahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.

Dakwanya lagi, hanya papan tanda dengan bahasa Mandarin dan Korea sahaja yang dilihat semasa sedang mencari lokasi kolam renang di hotel berkenaan.

“Apalah nak jadi dengan Sabah tanah air ku. Jangankan Bahasa Melayu, English pun tiada. Sebagai penduduk tempatan, sedihlah. Kita nak cari kolam renang di hotel ni, susah betul sampai kena tanya pekerja dia,” ujar pengguna Threads berkenaan.

Sumber: Threads

Ramai Luah Rasa Bengang Lihat Papan Tanda Hotel Di Sabah Tiada Bahasa Kebangsaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa tidak puas hati selepas papan tanda di sebuah hotel yang dikatakan tidak menyediakan informasi dalam bahasa yang mudah difahami oleh rakyat tempatan.

“Ini Malaysia ke? Tak ada common sense langsung,” kata netizen.

Malah, ada juga yang tidak percaya bahawa perkara ini berlaku di Malaysia selain wujud sesetengah masyarakat yang meminta agar isu ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Buat report please. Tak kisahlah ada sejuta pelancong dari China atau Korea, ini Malaysia,” ujar netizen.

Sumber: Threads

Ini Penjelasan Sebenar Dari Hotel Tersebut

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Promenade Hotels & Resort, pihak hotel di Kota Kinabalu, Sabah itu menyedari isu yang tular di media sosial melibatkan papan tanda di premis mereka dan tampil memberikan penjelasan sebenar.

“Sebagai jenama tempatan yang mempunyai hubungan rapat dengan pelancong tempatan mahupun antarabangsa, kami sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa papan tanda arah kami merangkumi bahasa yang paling banyak digunakan.

“Dalam hantaran media sosial baru-baru ini, kami terkejut papan tanda bahasa Cina dan Korea kami ditonjolkan secara negatif walaupun versi bahasa Inggeris diletakkan bertentangan dengannya.

Walau bagaimanapun untuk mengurangkan sebarang salah faham daripada kembali berulang, kami telah menggabungkan dua papan tanda menjadi satu untuk memudahkan para pelancong,” jelas pihak hotel dalam kenyataan mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd