Now Reading
[Video] Rakyat Malaysia Pertikai Aksi Wanita Dipercayai Pelancong Asing ‘Busking’ Tanpa Permit Di Bukit Bintang

[Video] Rakyat Malaysia Pertikai Aksi Wanita Dipercayai Pelancong Asing ‘Busking’ Tanpa Permit Di Bukit Bintang

Kelihatan dua orang wanita dipercayai pelancong asing sedang menyanyi di kaki lima sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan Malaysia menjadi salah satu lokasi yang menjadi pilihan ramai pelancong asing apabila mahu bercuti ke luar negara sama ada secara solo mahupun dengan keluarga atau rakan-rakan.

Ini kerana negara kita kaya dengan masyarakat yang saling tolong-menolong selain daripada dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Buat mereka yang suka ‘food hunting’, Malaysia adalah ‘syurga makanan’.

Namun, ada di antara pelancong asing ini yang dipercayai cuba untuk mengambil kesempatan terhadap kebaikan rakyat Malaysia dengan meminta sedekah atau mengemis bagi menampung kos percutian.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geram Lihat Pelancong Mengemis Minta Duit Untuk Makan & Tiket Flight

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pasangan Pelancong Asing Minta Tumpang Ke Taman Negara Undang Pelbagai Reaksi

Pelancong Asing Didakwa Busking Di Bukit Bintang Tanpa Permit Sah

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@azmi.atan4), kelihatan dua orang wanita dipercayai pelancong asing sedang menyanyi lagu ‘Die With A Smile’ di kaki lima sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, kelihatan sebuah topi juga diletakkan di atas kerus plastik difahamkan sebagai tempat untuk membolehkan orang ramai meletakkan duit yang mahu diberikan.

Walau bagaimanapun, aksi ‘busking’ menggunakan mikrofon dan pembesar suara jenis mudah alih itu dipercayai dilakukan tanpa mendapat permit yang sah daripada pihak berkuasa.

“Ini pelancong asing busking depan MyNews Bukit Bintang. Warga tempatan kena mohon permit baru boleh busking. Maacm mana nak kira ni,” ujar pemilik video.

Video berkenaan yang meraih 226,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial.

Orang Ramai Luah Tak Puas Hati Lihat Pelancong Asing Didakwa Busking Di Kaki Lima

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata masyarakat Malaysia dilihat tidak bersetuju melihat aksi dua orang wanita dipercayai pelancong asing itu melakukan aktiviti ‘busking’ tanpa permit sah.

“Senang mereka nak melancong, tak payah bawa duit banyak. Cari duit bila dah sampai destinasi,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, orang ramai turut mempertikaikan tugas pihak berkuasa dalam membendung perkara ini daripada berlaku secara berleluasa.

Sementara itu, pengguna media sosial juga mempersoalkan sama ada laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan.

Sumber: TikTok (@azmi.atan4)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd