Now Reading
[Video] Kutip RM5 Hingga RM10, Lelaki Pertikai Tindakan Warga Asing Jadi ‘Ulat Parkir’ Di Bukit Bintang

[Video] Kutip RM5 Hingga RM10, Lelaki Pertikai Tindakan Warga Asing Jadi ‘Ulat Parkir’ Di Bukit Bintang

Menerusi video, perakam turut menunjukkan tindakan salah seorang ulat parkir menunjukkan simbol ibu jari seperti bagus kepada pemandu yang memasuki ‘tapaknya’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan Kuala Lumpur merupakan salah satu kawasan yang sibuk dan pesat dengan pembangunan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ia menjadi tarikan kepada orang ramai bukan sekadar untuk pekerjaan bahkan pelancongan.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan keadaan di sana sesak dan adakalanya sukar untuk mendapatkan parkir.

Susulan itu, ada yang mengambil kesempatan apabila menjadi ‘ulat parking’ dan mengambil keuntungan demi kepentingan diri sendiri.

Lelaki persoal tindakan segelitir individu didakwa warga asing jadi ulat parkir

Baru-baru ini, seorang lelaki mempersoalkan tindakan segelintir individu yang dipercayai warga asing cuba mengambil kesempatan dengan menjadi ulat parkir di kawasan Bukit Bintang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @bckupacc99, lelaki itu memaklumkan dia sedang berada di Jalan Balemi berdekatan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan menyedari terdapat individu yang menjadi ulat parkir.

“Aku perhati dekat sini, ada orang Myanmmar ni kan, satu grup ni kan. Baju oren yang sebelah aku tu ada baju oren, kau tahu dia buat apa? Ni ulat-ulat parking ni,” dakwanya.

Malah lelaki itu, turut menunjukkan tindakan salah seorang daripada ulat parkir yang ketika itu sedang menunjukkan simbol ibu jari kepada pemandu yang memarkir kereta di ‘tapaknya’.

Warga asing ambil RM5-10 untuk parkir

Melihat perkara itu berlaku di hadapan mata, ia secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya kepadanya adakah ada pihak berkuasa tempatan ada memantau kegiatan haram pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

“Ha ni kau tengok ni. Ni dalam grup sana tu, gilir-gilir. Sorang-sorang, aku adalah duduk dekat parkir ni dalam 10-15 minit aku perhati je. Setiap kali kereta parking memang RM5, RM10,” ujarnya lagi.

Malah dia turut meminta pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memeriksa kawasan tersebut.

Ada yang terpaksa beri kerana takut keselamatan kenderaan

Menjengah ke ruangan balas ramai, ada yang berpendapat adakalanya mereka terpaksa memberikan wang kepada ulat parkir ini kerana bimbang jika kenderaan diapa-apakan.

Ada juga yang mengatakan kumpulan ulat parkir itu sudah pun dikenakan tindakan selepas video terbabit tular di Facebook.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan perkara sama sewaktu parkir di kawasan lain.

“Nak bagi, bukan hak mereka. Tak nak bagi, calar kereta.”

This image has an empty alt attribute; its file name is ulat-parking-1.jpg

“Dah kena angkut dah. Sebab video ni viral dekat grup Facebook, imigresen datang angkut. Jadi mari lah kita netizen bantu dengan laporkan atau viralkan. Tangkap je orang macam ni”

This image has an empty alt attribute; its file name is ulat-parking-2.jpg

“Kalau ada penguatkuasaan berkala memang semua akan auto hilang dan duduk dalam rumah kedai masing-masing. Takut kena tangkap dan diangkut. Peliknya hari bekerja pun ramai yang berkeliaran di kawasan ini”

This image has an empty alt attribute; its file name is ulat-parking-3.jpg

“Konon tolong jaga lah tu, pernah sekali aku tak bayar. Bukan ramai lagi dia bawa geng…”

This image has an empty alt attribute; its file name is ulat-parking-4.jpg


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd