[Video] ‘Effort’ Suami Hadiahkan Isteri Cincin Emas Kerana Bakal Lahirkan Anak Bikin Ramai Sebak
Menerusi video tular, kelihatan si isteri dikenali sebagai Noratikah menitiskan air mata ketika menyedari si suami meletakkan kotak cincin emas di hadapannya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang bergelar isteri sudah tentu anda berasa gembira apabila pengorbanan anda sebagai seorang ibu dihargai oleh suami.
Bukan sahaja menyiapkan segala keperluan anak-beranak dan hal di rumah, malah golongan ini juga yang melahirkan cahaya mata selepas sembilan bulan menjaga zuriat di dalam kandungan.
Dalam tempoh itu pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui oleh kaum Hawa sebagai contoh kenaikan berat badan mendadak, gangguan emosi, penat, loya serta muntah, sakit badan dan banyak lagi. Paling ketara adalah perubahan mood tidak kira masa.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Alami Gangguan Emosi Ada Risiko Meroyan? Ketahui Faktor & Cara Mencegah
Suami Buat Kejutan Untuk Isteri Di Kedai Makan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang suami dikenali sebagai Izzat (@izzatkefli) berkongsi momen dirinya membuat kejutan untuk isteri tercinta iaitu Noratikah.
Menerusi video perkongsian, Izzat dilihat sedang merakam si isteri yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan.
Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan meminta Noratikah untuk memandang ke arah belakang seolah-olah untuk menunjukkan sesuatu.
Mengambil peluang yang ada, Izzat dengan segera mengeluarkan kotak cincin emas dan meletakkan di hadapan pasangannya. Isterinya lantas terdiam seketika seperti terkejut sebaik menyedari kotak hadiah yang tidak disangka itu.
Hadiah Cincin Emas Bersempena Dengan Ketibaan Anak Ke-2
Kelihatan Noratikah juga memandang ke arah bawah dan tersenyum sebelum menitiskan air mata kerana berasa sebak.
Difahamkan, hadiah cincin emas itu adalah sebagai satu bentuk penghargaan buat si isteri yang sedang mengandungkan anak ke-2 mereka. Ia juga sebagai hadiah buat Noratikah yang bakal melalui proses melahirkan anak tidak lama lagi.
“Terima kasih kerana bakal melahirkan keturunan Izzat yang ke-2, I love you,” kata Izzat di ruangan kapsyen video.
@izzatkefli @NoratikahTumiain #alhamdulillah❤️ ♬ Lelaki Ini – Album Version – Anuar Zain
Ramai Sebak & Puji Suami Kerana Pandai Hargai Isteri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat si isteri yang menangis selepas menerima hadiah cincin itu.
“Saya pula yang nangis. Tak semua suami mampu gambarkan cara mereka menghargai isteri. Tahniah dan semoga lancar rezeki seorang suami yang hargai isteri mereka,” kata seorang individu.
Malah ramai juga memuji Izzat kerana berusaha membahagiakan dan menunjukkan penghargaan kepada Noratikah kerana mengandungkan anak mereka.
“Terima kasih bang sebab pandai menghargai seorang wanita yang bergelar isteri. Harga mahal ke murah ke kami (wanita) tak pandang, yang penting abang hargai,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga sempat menitipkan doa agar pasangan suami isteri ini sentiasa berbahagia di sisi masing-masing.
“Terima kasih bang sebab hargai isteri! Semoga cinta korang akan sampai ke syurga abadi. Amin,” kata seorang wanita.

















Baca Artikel Berkaitan: Lihat Isteri Bersalin Buat Tajul Insaf dan Lebih Hargai Isteri
Baca Artikel Berkaitan: “Bahagia Tak Perlu Mewah Pun” – Suami Isteri Beli Hadiah Harga RM2.40 Untuk Anniversary Dipuji Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram