“Semoga Murah Rezeki Dia” – Pemilik Kedai Belanja Pelanggan Makan Lepas Tengok Ramai Beratur Panjang
Dari gerai menjual kuih-muih, sate, air balang, apam balik, nasi ayam, semuanya dibayar oleh pemilik jenama pakaian Choii ini untuk diberikan secara percuma kepada para pelanggan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersedekah merupakan satu amalan yang sangat digalakkan dalam agama Islam.
Pernah tak anda dengar konsep ‘Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain’? Walaupun anda bersedekah dengan nilai yang sedikit, tetapi percayalah si penerima itu pasti akan berasa sangat gembira.
Tak dapat bersedekah dengan jumlah yang banyak, sikit pun cukup. Malah, senyum pun dikira satu sedekah juga.
Baca Artikel Berkaitan: Imam Masjid Terlibat Kemalangan Sempat Hulur Sedekah Sebelum Meninggal Dunia
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tersentuh Lihat Pakcik Selalu Belanja Rakan-rakan Makan, Owner Restoran Beri Diskaun Sehingga 90%
Baca Artikel Berkaitan: “Ibu Tak Cukup Duit” – Tindakan Individu Belanja Kanak-kanak Makan Buat Ramai Sebak
Pemilik Jenama Pakaian Belanja Makan Kepada Pelanggan Yang Beratur Panjang Luar Kedai
Berbicara tentang amalan bersedekah, seorang pemilik sebuah jenama pakaian Choii iaitu Faris Azri mengambil kesempatan untuk memberi semula kepada para pelanggannya.
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@farisazrii_), Faris memperlihatkan situasi di mana orang ramai sanggup beratur panjang di hadapan premisnya untuk mendapatkan baju keluaran terbaharu dari Choii.
Dia punya beratur panjang tu sampai melepasi empat hingga lima premis yang turut berada di dalam bangunan sama. Ada yang terpaksa sambung barisan di jalan raya juga.
“Disebabkan ramai yang beratur macam ni, aku rasa nak buat surpriese sikitlah,” ujarnya.
Nak tahu kejutan apa yang dilakukan oleh anak muda ini?
Dia dilihat singgah ke lima gerai jualan makanan yang berada di hadapan kedainya dan membeli kesemua hidangan yang dijual.
Hidangan itu kemudiannya disedekahkan kepada para pelanggannya yang sedang beratur panjang di hadapan premis.
Dari gerai menjual kuih-muih, sate, air balang, apam balik, nasi ayam, semuanya dibayar oleh pemuda bernama Faris ini.
Malah, salah seorang peniaga itu pula seolah-olah tidak percaya dengan rezeki yang diperolehi itu selepas pemuda terbabit menyatakan dia mahu membayar kesemua makanan jualan mereka.
Lebih menyentuh hati lagi, Faris membayar kesemua hidangan itu dengan memberikan bayaran lebih dari yang sepatutnya.
Selepas berjumpa dengan semua peniaga itu, Faris memberitahu kepada pelanggannya untuk mengambil apa jua makanan yang dijual berhampiran premisnya itu secara percuma.
“Rezeki apa yang kita ada hari ini, bukan semua hak kita, ada hak orang lain juga. Selagi mana kita boleh berbisnes, memberi manfaat kepada orang lain, In Shaa Allah, Allah pelihara,” kata pemilik premis Choii itu.
Video tersebut berjaya meraih perhatian sehingga mendapat 2.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Masyarakat Puji Kebaikan Yang Dilakukan Oleh Pemilik Jenama Pakaian Itu
Aksi pemilik kedai Choii yang terletak di Batu Maung, Pulau Pinang itu menerima banyak respon positif dari orang ramai kerana baik hati untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat.
Masyarakat turut mendoakan agar perniagaan Faris semakin maju selepas bersedekah kepada para pelanggannya.
“Rezeki dia masuk lepas tu dia kongsi rezeki dengan orang lain pula. Semoga makin maju jaya Faris,” kata netizen.
Sementara itu, sesetengah individu pula berpendapat bahawa video tersebut boleh memberi inspirasi orang orang ramai untuk terus kuat mencari rezeki agar dapat bersedekah dan membantu masyarakat.
“Disebabkan video ni, ramai akan termotivasi untuk kaya-raya supaya dapat bantu ramai orang. Rezeki ni, semua Allah punya. Kita diberi amanah untuk mengagih rezeki Allah,” ujar netizen.
Latar Belakang Tentang Jenama Choii
Bagi anda yang tidak mengenali jenama ini, Choii merupakan pakaian jenama tempatan yang diusahakan oleh individu bernama Faris Azri sejak tahun 2014.
Dengan memiliki 43,900 pengikut di Instagram (@choiiworldwide), menyasarkan peminat-peminat ‘streetwear’ sebagai pelanggan mereka di serata Malaysia.
Sehingga kini, jenama ini memiliki satu butik fizikal mereka iaitu di Batu Maung, Pulau Pinang.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.