Now Reading
“Ingat Ada Artis K-Pop” – Ramai Bersorak Di KLIA Ketika Hantar Rakan Belajar Ke Overseas Curi Perhatian

“Ingat Ada Artis K-Pop” – Ramai Bersorak Di KLIA Ketika Hantar Rakan Belajar Ke Overseas Curi Perhatian

Difahamkan, pelajar-pelajar tersebut ditaja oleh The Young Talent Development Program (YTP) MARA untuk melanjutkan pengajian di Korea Selatan.

ramai berkumpul di KLIA untuk hantar rakan berlepas ke overseas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap mereka yang bergelar pelajar pasti pernah memasang impian untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Apabila sudah mendapat tawaran, memang tidak boleh digambarkan perasaan gembira pada ketika itu.

Tambah pula dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang menyokong perjalanan pembelajaran anda, sudah tentu akan lebih bersemangat dan sebak. Sebelum ini, tular video menyentuh hati menyaksikan sekumpulan pemuda meraikan rakan mereka yang akan menyambung pelajaran di luar negara.

Dalam klip tersebut, mereka dilihat membentuk satu bulatan mengelilingi si rakan sambil menyanyikan lagu Laskar Pelangi daripada band terkenal Indonesia, Nidji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baca Artikel Berkaitan: “Friendship Lelaki” – Pelajar Ke Overseas Dapat Farewell Rakan-rakan Di KLIA Undang Sebak [Video]

Ramai Berkumpul Di KLIA Untuk Hantar Pelajar Sambung Belajar

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Siti Rosnida (@puanserirosnida) berkongsi suasana meriah dan riuh-rendah di KLIA.

Menurut Puan Rosnida, dia pada awalnya terkejut melihat individu yang terlalu ramai di Balai Pelepasan seolah-olah mereka sedang menunggu untuk menghantar selebriti pulang.

Namun tidak seperti disangka, kehadiran orang ramai itu adalah untuk menghantar rakan-rakan sebaya yang mendapat peluang belajar di luar negara.

Sumber: TikTok (@puanserirosnida)

Jelas seorang pengguna TikTok di ruangan komen, seramai kira-kira 106 orang pelajar di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditawar untuk melanjutkan pengajian di Korea Selatan.

Difahamkan, pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini ditaja untuk mengikuti program Pre-Korea di bawah The Young Talent Development Program (YTP) MARA.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Pelajar Malaysia Di UK Raih Keputusan Cemerlang Dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Sorakan Bergema Di Balai Pelepasan

Bukan sahaja hadir untuk menunjukkan sokongan, malah kenalan rapat yang berkumpul di sana juga bersorak untuk pelajar-pelajar MARA tersebut ketika mereka menuruni eskalator, memang meriah!

Kalau anda lihat sendiri video itu, kedengaran jeritan dan sorakan mereka bergema di Balai Pelepasan berkenaan.

“Ingatkan ada artis rupa-rupanya hantar kawan nak sambung belajar di luar negara. Beruntungnya ada kawan macam ni,” kata Siti Rosnida di kaspyen video.

@puanserirosnida #hantarkawansambungbelajar #klia #airport #klinikkecantikan #klia ♬ original sound – Siti Rosnida

Ramai Teruja Lihat Kesungguhan Kenalan Rapat Datang Bersorak Di KLIA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa kagum melihat kegigihan kenalan rapat yang datang ke KLIA hanya untuk menghantar rakan mereka sambung belajar.

“Alhamdulillah anak saya terbang sekali. Kawan-kawan dia pun ramai datang siap bawa banner. Sahabat sejati namanya. Insya-Allah giliran mereka terbang nanti pakcik datang sokong juga,” ujar seorang lelaki.

Malah ramai juga meluahkan rasa bangga kepada anak-anak yang berjaya menempatkan diri dalam program YTP di Korea Selatan itu.

“Saya ada di sana semalam. Iringi anak murid saya belajar di Korea Selatan. Saya seorang cikgu yang sangat bangga,” kata seorang guru.

Sementara itu, ramai juga berkata bahawa kesungguhan rakan-rakan yang hadir dan datang bersorak sememangnya perlu dihargai.

“Aku kalau kawan-kawan hantar macam ni aku akan ingat mereka ni semua seumur hidup,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@puanserirosnida)

Baca Artikel Berkaitan: Ingin Lanjutkan Pengajian Peringkat PhD? Ini Kelebihan Sambung Belajar Di Norway


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd