Now Reading
[Video] TikToker Kongsi 3 Kedai Makan Paling Best Sepanjang Buat Food Review Tahun 2024

[Video] TikToker Kongsi 3 Kedai Makan Paling Best Sepanjang Buat Food Review Tahun 2024

Antara hidangan ‘food review’ yang menjadi kegemaran Jason sepanjang tahun 2024 adalah Durian Crepe Rabi dan Apam Telur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum mencuba mana-mana hidangan terutamanya makanan viral, ada sesetengah individu akan mencari video di mana orang ramai membuat ‘review’ menu berkenaan terlebih dahulu.

Bila sebut ‘food review’, antara nama yang dikenali ramai adalah seorang pengguna TikTok (@scaredtodie) iaitu Jason Chen.

Cakap je makanan yang murah atau mahal, Jason akan mencubanya sendiri untuk memberi pandangan secara jujur berkenaan hidangan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Jason’s Kaptac Visit Ends In Positive Outcome For All Future Customers

TikToker Jason Kongsi 3 Kedai Makan Terbaik Yang Pernah ‘Review’ Ketika Tahun 2024

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@scaredtodie), Jason menutup tirai pengalamannya membuat ‘review’ makanan sepanjang tahun 2024 dengan berkongsi tiga premis terbaik yang pernah dicuba olehnya.

Sebelum mendedahkan tiga tempat itu, Jason menyenaraikan beberapa kedai makan dengan hidangan yang turut diberi pujian iaitu:

#1. Amachi’s Palagaram
https://www.tiktok.com/@scaredtodie/video/7350608620708465921

Hidangan yang menjadi kegemarannya di Amachi’s Palagaram adalah Apam Telur dengan Sambal Kelapa yang berharga RM5.50.

“Sampai ke hari ini saya ingat rasa dia sebab sangat unik dan ia sememangnya menggunakan resepi turun-temurun,” kata Jason.

Berdasarkan carian kami, premis mereka di SS17, Subang Jaya telah ditutup dan kini sedang mencari lokasi baharu untuk membuka semula cawangan mereka.

#2. Torigen Ramen
@scaredtodie

weh did this place just opened or you all just been gatekeeping it 😤 malaysiafood foodreview ramen makanlokal jasonfoodreview scaredtodie

♬ original sound – Jason – Jason 🇲🇾

TikToker Jason telah mencuba sendiri menu premis ini dengan memesan Torigen Ramen Original Flavour yang berharga RM16.90 (tanpa telur) dan RM19.60 (dengan telur).

“Saya suka sup ramen yang pekat dan Torigen Ramen antara kedai yang ada sup ramen paling pekat pernah saya cuba,” ujar Jason.

Penulis sendiri pernah mencuba hidangan dari Torigen Ramen dan ternyata memang sedap dan teringat sampai ke hari ini. Memang kena repeat!

  • Lokasi: 4th floor, Lot 10, J’s Gate Dinning, Shopping Centre, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 11am hingga 2:30pm dan 5pm hingga 9pm.
#3. Sainah Cafe
@scaredtodie

we woke up 6am, drove 25 ish minutes just to get to sainah cafe by opening hour @ 7am because it was already our return flight day and we DID NOT want to be told this kolok merah is sold out kolok mee is both of our top favs for noodles btw 🥹 #malaysiafood #foodreview #makanlokal #jasonfoodreview #scaredtodie #klfoodie #sarawakfoodie #kuchingfood

♬ original sound – Jason – Jason 🇲🇾

Sainah Cafe yang terletak di Kuching, Sarawak ini turut mendapat pujian daripada Jason selepas mencuba menu mereka iaitu Mi Kolok Merah bersama Wantan yang berhanya berharga RM10.

Katanya kalau mereka ke Sarawak lagi, confirm akan singgah ke Sainah Cafe lagi.

  • Lokasi: No. 4, Ground Floor, Setia Commercial Centre, Jalan Setia Raja, 93350 Kuching, Sarawak.
  • Waktu operasi: Dibuka Isnin hingga Sabtu jam 7am hingga 2:30pm.

Ini 3 Menu Paling Sedap Yang Dicuba Oleh Jason Sepanjang Tahun 2024

Dalam banyak-banyak makanan yang dicuba oleh Jason pada tahun lepas, pastinya ada yang berjaya memikat hatinya sehingga boleh menyenaraikan tiga menu terbaik seperti di bawah:

#1. Asshryshoshedap

Hidangan Spagethi Salted Egg Prawn berharga RM32 dari Asshryshoshedap menjadi juara di hati Jason dalam kesemua makanan yang pernah dicuba olehnya pada tahun 2024.

Dengan markah yang diberi sebanyak 9.8 per 10, hidangan tersebut meraih pujian kerana ia dimasak dengan cukup ‘simple’ tetapi mempunyai rasa yang mengagumkan.

“Saya suka mereka masak hidangan ini dengan cukup simple. Rasa krim Salted Egg dalam menu ini dan rasa cili memang kombinasi yang sebati. Malah lima ekor udang yang diberikan pun segar dan teman wanita saya memang suka betul,” jelas Jason.

  • Lokasi: No 24, Nongchik Riverside, Jalan Kolam Ayer, 80200 Johor Bahru, Johor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 12pm hingga 12am.
#2. Crepe Rabi
@scaredtodie

tried a sample of this durian crepe at an event and wanted to see if their in-store batch is as good before i recommend to uolls #jasonfoodreview #makanlokal #malaysiafood #foodreview #scaredtodie #klfoodie

♬ original sound – Jason 🇲🇾 – Jason 🇲🇾

Nak dijadikan cerita, Jason kebetulan sahaja merasa hidangan ini semasa menghadiri sebuah majlis sebelum mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke kedai fizikal mereka.

Pada awalnya dia teragak-agak untuk mencuba Durian Crepe Rabi berharga RM15 dari kedai tersebut, tetapi siapa sangka suapan pertama membuatkan dia terus ‘jatuh cinta’ dengan hidangan berkenaan.

“Kalau anda mengidam nak makan durian, crepe ini confirm boleh puaskan craving anda,” ujarnya lagi.

  • Lokasi: 48, Jalan PJU 7/16, Mutiara Homes, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka Isnin hingga Sabtu jam 9am hingga 5pm.
#3. Restoran Palgaeook

Ayam Korea BBQ yang dihidangkan di Restoran Palgaeook menjadi salah satu kegemarannya terutamanya hidangan Soy Chicken dengan harga RM33.

Boneless Chicken Neck dengan sos kicap istimewa (RM35) pun katanya sedap juga kerana seolah-olah memberi rasa perapan seperti sate.

  • Lokasi: 42-G, Jalan 27/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Rabu (12pm hingga 3pm dan 5pm hingga 12am).

Di akhir video ‘wrap up’ tersebut, Jason berharap agar dia dapat menerokai lebih banyak lagi hidangan yang menarik dan sedap untuk tahun 2025 pula.

Sebagai info, Jason atau nama sebenarnya Jason Chen merupakan individu yang kerap membuat food review mengikut kedai pilihannya serta apabila dicadangkan oleh pengguna media sosial yang lain.

@scaredtodie

fyi i understand some of these spots might have consistency issues or maybe price hikes but harap they are still as good or better to this day la 2025 ill finally have more time to cuba try test even MORE food outside of KL ❤️ #malaysiafood #foodreview #makanlokal #jasonfoodreview #scaredtodie #klfoodie

♬ original sound – Jason 🇲🇾 – Jason 🇲🇾

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd