Now Reading
[Video] Gelagat Pelajar Teka Kesalahan Tatabahasa Ayat Iklan Dalam Keretapi Raih Pujian

[Video] Gelagat Pelajar Teka Kesalahan Tatabahasa Ayat Iklan Dalam Keretapi Raih Pujian

Selain meminta anak murid mencari kesalahan tatabahasa ayat iklan dalam keretapi, Cikgu Paan turut menerangkan mengapa ia salah agar lebih difahami pelajar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bahasa merupakan salah satu perkara yang sangat penting untuk sesebuah etnik kerana ia merupakan salah satu cara komunikasi yang digunakan oleh sesuatu tempat.

Selain itu, bahasa juga turut melambangkan identiti di sesebuah negara serta budayanya maka penting untuk sesebuah negara sentiasa memperkasakan bahasanya.

Antara cara untuk memperkasakan sesebuah bahasa adalah menggunakannya setiap hari, mempelajari dan menguasai sesuatu bahasa dengan baik khususnya buat mereka yang masih belajar.

Cikgu kongsi anak murid cari kesalahan tatabahasa ayat iklan dalam keretapi

Baru-baru ini, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Paan Zainudin telah berkongsi satu video di TikTok memaparkan caranya mengajar anak murid untuk memperbaiki tatabahasa mereka.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan sekumpulan anak murid lelaki dan perempuan sedang menaiki keretapi.

Sewaktu berada dalam keretapi, Cikgu Paan telah bertanya apakah kesilapan tatabahasa yang ada pada ayat iklan di dalam kenderaan awam berkenaan.

“Citarasa Nasi Kandar… Kini Dirumah Anda,” tulis iklan tersebut.

Jumpa dua kesalahan tatabahasa dalam iklan

Para pelajar lalu menjawab kesalahan yang pertama pada ayat tersebut adalah ‘Citarasa’. Ini kerana ejaan yang sepatutnya adalah jarak seperti ‘Cita rasa’.

Satu lagi kesalahan tatabahasa yang ada dalam ayat tersebut ada ‘Dirumah’ kerana sepatutnya ia di eja jarak seperti ‘di rumah’.

“Sebab apa kena jarak ‘di’? Sebab dia Kata Sendi Nama,” ujar Cikgu Paan.

Cikgu turut terangkan kenapa tatabahasa salah

Malah guru itu turut menerangkan mengapa cita rasa dijarakkan kerana ia merujuk kepada kata majmuk.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan Cikgu Paan turut dilihat sering berkongsi ilmu bahasa Melayu dan juga aktiviti di sekolah.

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengatakan ia adalah satu pendedahan yang bagus untuk pelajar kerana mereka boleh memahami bahasa Melayu dengan lebih baik.

Tidak kurang juga ada yang mengimbau kenangan mereka pernah berdepan dengan perkara sama sewaktu di zaman belajar.

“Weh teringat zaman buat assignment masa Institut Perguruan (IPG). Cari kesalahan tatabahasa papan iklan dekat Kuala Lipis”

This image has an empty alt attribute; its file name is kesalahan-tatabahasa-pada-iklan-1.jpg

“Ini baru betul lawatan sambil belajar”

This image has an empty alt attribute; its file name is kesalahan-tatabahasa-pada-iklan-2.jpg

“Ouh macam ni bagus juga, melancong sambil belajar”

This image has an empty alt attribute; its file name is kesalahan-tatabahasa-pada-iklan-3.jpg

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd