“Tak Ada Common Sense Ke?” – Aksi Wanita Selamba Lipat Baju Depan Mesin Dryer Dobi Buat Ramai Geram
Apabila tindakannya melipat baju di hadapan mesin ditegur, pelaku hanya meminta wanita itu untuk menggunakan mesin yang lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sesetengah individu gemar untuk membasuh pakaian di dobi kerana mahu menggunakan mesin pengering lebih-lebih lagi ketika cuaca hujan.
Tunggu dalam satu hingga satu jam setengah, baju kotor anda sudah siap dibasuh dan dikeringkan. Tak perlu susah payah pergi jemur di ampaian.
Tetapi mesin di dobi ini tidaklah banyak dan kadangkala akan dipenuhi orang ramai terutamanya pada hujung minggu. Boleh dikatakan kena ‘beratur’ jugalah.
Pengguna Dobi Selamba Lipat Baju Sambil Keluarkan Pakaian Dari Dalam Mesin
Berbicara tentang dobi, terdapat satu video yang tular baru-baru ini dimuat naik di laman X (@ricxxxkiddo) memperlihatkan tindakan seorang wanita di dobi layan diri yang mengakibatkan ramai bengang melihatnya.
Dalam rakaman video berkenaan, pengguna dobi tersebut dikatakan selamba melipat bajunya di hadapan mesin sebelum memasukkannya ke dalam beg.
Apa yang membuatkan perakam video itu bengang adalah wanita terbabit dikatakan bersikap mementingkan diri kerana tidak memikirkan orang lain yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan mesin pengering itu.
“Apa masalah awak? Mana ada orang lipat kain depan mesin. Kan ada meja kosong kat sebelah sana? Kenapa nak kena lipat depan mesin?” soal pengguna dobi layan diri yang sedang menunggu giliran.
Apabila ditegur, pelaku hanya meminta pemilik video itu menggunakan mesin yang lain.
“Terang-terang saya ada dua bakul baju dan susah kalau nak guna mesin di bahagian atas,” ujar pengguna dobi yang sedang merakam aksi berkenaan.
Lebih mengeruhkan keadaan lagi, wanita itu tetap terus melipat baju meskipun sudah ditegur oleh individu lain.
Tak pernah dibuat orang lipat baju depan dryer ni. Ini masalah kalau penting diri sendiri 😅 pic.twitter.com/RWxk6cJfSz
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) January 2, 2025
Orang Ramai Pun Bengang Lihat Aksi Pentingkan Diri Oleh Pengguna Dobi Itu
Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan hampir semua pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati selepas melihat sikap pengguna dobi layan diri tersebut yang tidak memikirkan orang lain.
“Tempat kegunaan awam buat terhegeh-hegeh pula. Agak-agak la. Tak ada common sense langsung,” kata netizen.
Malah, ada juga netizen yang turut menyamakan perbuatan tersebut seperti sesetengah individu yang sengaja melambat-lambatkan pergerakan ketika keluar dari parkir kereta.
“Spesies sama yang nak keluar kotak parking bila dah tahu ada orang menunggu,” kata pengguna X.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.