“Pewaris Bakat Ibu” – Anak Arwah Siti Sarah Berlatih Teknik Menyanyi Bikin Ramai Sebak
Difahamkan, Thalita akan membuat persembahan nyanyian secara busking di Bukit Bintang, Kuala Lumpur jam 9 malam hari ini (3 Januari).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pemergian penyanyi terkenal tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos 2021 sememangnya mengejutkan dunia hiburan. Arwah telah meninggal dunia di di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Walaupun sudah beberapa tahun sejak pemergiannya, nama beliau masih disebut-sebut dan diingati orang ramai lebih-lebih lagi apabila anak perempuan dikenali sebagai Thalita berminat dalam bidang nyanyian.
Sejak kebelakangan ini, Thalita telah mendapat tumpuan daripada golongan warganet selepas selalu memuat naik video dirinya menyanyi dengan lantang.
Baca Artikel Berkaitan: “Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya” – Siti Sarah Meninggal Dunia
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Genap Setahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Pengalaman Sebak Dengan Arwah
Thalita Belajar Teknik Pernafasan Dalam Nyanyian Bersama Raisuddin Hamzah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@suciuwais) apabila ibu tiri Allahyarham Siti Sarah dikenali sebagai Makder berkongsi situasi suasana di dalam sebuah bilik menyaksikan Thalita yang sedang berlatih menyanyi.
Dalam hantaran tersebut, kelihatan Thalita sedang baring sambil menyanyikan lagu Kekasih Bayangan oleh Cakra Khan. Lebih mencuri perhatian apabila Thalita dilihat menyanyi dalam keadaan terbaring bagi melatih teknik pernafasannya.
Sesi latihan itu dibimbing oleh penyanyi dan pelakon tempatan Raisuddin Hamzah yang juga merupakan atuknya.
“Dekta (Thalita) buat atuk sedih dengan nyanyiannya,” ujar Makder di ruangan kapsyen.
@suciuwais Dekta buat atok sedih dengan nyanyian nya. Kami pakai baju tido sebab mengikut tema tau. #talita #sing #fyp #odeey #love ♬ original sound – Makder
Shuib Sokong Perjalanan Nyanyian Thalita
Menurut Shuib yang juga berkongsi hantaran sama di akaun Instagram miliknya, nyanyian merdu itu membuatkan si atuk berasa sebak dan teringat kepada arwah Siti Sarah.
“Akhir tahun dan awal tahun buat Dekta dan keluarga. Atuk bagi tahu dia sedih bila dengar Dekta menyanyi dekat bawah tu. Mengimbau balik kenangan atuk mengajar ibu menyanyi.
“Daddy banyak sokong Dekta untuk menyanyi dengan bagus dan terbaik. Bukan senang untuk pertama kali menyanyi sambil baring macam ni 🤍,” kata Shuib di ruangan kapsyen.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Shuib Muat Naik Lagu Terakhir Dinyanyikan Siti Sarah Undang Sebak
Ramai Sebak Lihat Thalita Gigih Belajar Menyanyi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak dan kagum mendengar suara merdu Thalita yang dikatakan seolah-olah mirip arwah ibunya.
“Meremang bulu roma dengar Dekta nyanyi. Sebak pun ada sebab teringat kepada ibunya,” kata seorang individu.
Malah ada yang berkata arwah Siti Sarah pastinya akan berasa bangga melihat anak perempuannya itu menyambung legasi dalam bidang nyanyian.
“Kalau arwah Siti Sarah masih ada mesti dia tengah tersenyum bangga tengok Dekta nyanyi. Sedih pula,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berasa sebak melihat Raisuddin Hamzah yang gigih mengasah bakat dan mengajar cucunya teknik menyanyi.
“Patutlah arwah Siti suara sedap. Ayah dia punya didikan nyanyian padu sampai turun pula ke cucu jadi pengganti arwah,” kata seorang pengguna TikTok.













Thalita Bakal Buat Persembahan Busking Di Bukit Bintang
Minat Thalita dalam bidang nyanyian nampaknya membuka peluang lebih besar yang mana dia dijemput untuk melakukan persembahan bersama Radio Era pada malam ini (3 Januari).
Shuib sebelum ini memaklumkan bahawa puteri kesayangannya akan menyanyi secara busking di pekarangan Bukit Bintang, Kuala Lumpur berhadapan cawangan McDonald’s pada pukul 9 malam.
Dalam satu hantaran terdahulu, kelihatan Thalita menitiskan air matanya kerana tidak dapat menahan sebak selepas mendapat peluang untuk menyanyi di khalayak ramai.
“Semoga Allah permudahkan urusan you Thalita. Daddy akan selalu ada di belakang Thalita, I’m your biggest fan! Esok satu keluarga turun sokong okay!” kata Shuib.
Baca Artikel Berkaitan: “Lama Pandang Adik Miza” – Shuib Jumpa Kanak-kanak Iras Wajah Siti Sarah, Netizen Pula Yang Sebak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram