Now Reading
“Kena Alert Dengan Barang Sendiri” – Kes Beg Tangan Dicuri Di Pasar Raya Undang Pelbagai Reaksi

“Kena Alert Dengan Barang Sendiri” – Kes Beg Tangan Dicuri Di Pasar Raya Undang Pelbagai Reaksi

Kes kecurian beg tangan itu berlaku di sebuah Pasaraya Econsave sekitar Klang, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes samun dan kecurian dilihat semakin berleluasa di kalangan masyarakat. Ramai di antara kita yang tertipu dan tidak menyangka individu yang kelihatan seperti biasa juga boleh melakukan perkara keji itu.

Seperti sebelum ini, seorang peniaga mendedahkan perbuatan salah seorang pelanggan kedainya yang mencuri barangan kosmetik setiap kali berkunjung ke premis berkenaan.

Menurut peniaga, si pelaku akan datang pada setiap hari untuk membeli produk murah dan secara senyap mencuri barangan lain. Barang itu kemudiannya disorokkan dalam celah tempat duduk kereta. Difahamkan kesemua produk dicuri oleh wanita tersebut mencecah ribuan ringgit.

Baca Artikel Berkaitan: “Demi Cantik Semua Sanggup” – Peniaga Dedah Pelanggan Curi Barang Kosmetik

Wanita Curi Beg Tangan Dalam Pasar Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@norsufie89) menyaksikan situasi di sebuah Pasaraya Econsave sekitar Klang, Selangor.

Menurut wanita dikenali sebagai Sufie, kakak iparnya yang sedang membeli-belah di situ telah meletakkan beg tangan di bahagian pemegang troli sementara memilih barangan.

Namun lain pula yang terjadi apabila seorang individu tidak bertanggungjawab dengan licik mencurinya tanpa disedari orang lain. Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) itu, si pelaku telah menghampiri troli secara perlahan-lahan sambil memerhati keadaan sekeliling.

Dia kemudiannya mengambil beg tangan terbabit menggunakan tangan sebelah kiri dan dengan pantas berlalu pergi dari tempat kejadian.

Mangsa yang pada ketika itu sedang membelakangi troli tidak menyedari beg tangan miliknya sudah dicekup oleh si pencuri.

@norsufie89 Bag kak ipar Kene rembat dekat Econsave Pandamaran..musibat betol..hati2 sentiasa peka disekeliling kita..#01012025#econsavepandamaran ♬ original sound – NoRsuFie89🫶

Pencuri Beg Tangan Dah Ditahan Polis

Menurut Sufie, aduan telah pun dilakukan dan pelaku warga Thailand itu sudah dibawa ke balai polis berhampiran.

Dia dalam masa sama meminta orang ramai untuk lebih cakna dan berhati-hati terutamanya buat mereka yang tinggal sekitar Pandamaran, Port Klang.

“Selalu abang saya yang jaga beg dia. Benda nak jadi kita pun tak jangka. Terleka kejap je dah kena rembat,” kata Sufie di ruangan komen.

Orang Ramai Diingatkan Untuk Simpan Harta Benda Dengan Baik Jika Berada Di Luar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dengan aksi wanita yang panjang tangan mencuri hak orang lain. Ada juga yang berkata kes kecurian sering berlaku di pasar raya.

“Saya hari itu terkena. Orang tu nak curi dompet. Sebab saya letak dekat poket belakang. Lepas itu terasa dompet terkeluar. Pusing belakang dan orang tu terus lari,” kata seorang wanita.

Ramai juga berpendapat bahawa mangsa kes curi terbabit tidak sepatutnya meninggalkan harta benda sesuka hati di tempat terbuka.

“Sebenarnya diri sendiri yang memberi ruang kepada pencuri untuk melakukannya. Jadi lepas ni berhati-hati cakna dengan barang berharga anda,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, seorang individu mengingatkan orang ramai bahawa kecuaian bukan satu alasan untuk individu mencuri harta benda milik orang lain.

“Pelik tengok komen, banyak yang salahkan mangsa sebab cuai. Cuai tu bukan tiket orang lain mencuri. Cuai macam tu tak berdosa, yang berdosa orang yang mencuri tu,” kata wanita itu.

Sumber: TikTok (@norsufie89)

Baca Artikel Berkaitan: Pura-Pura Nak Beli, Rupanya Mencuri! Pemuda Larikan Rantai Emas Bernilai RM23,000 [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bungkus Bawa Balik” – Peniaga Dedah Ada Pelanggan Tak Bayar Makanan Tiap Kali Jamu Selera Di Kedai

Tips Elak Barang Dicuri Ketika Berada Di Tempat Awam

Buat mereka yang selalu keluar rumah, adalah penting untuk anda sentiasa berwaspada dengan pencuri dan menjaga barangan peribadi masing-masing dengan baik.

Di sini kami kongsikan beberapa tips elak barang dicuri sewaktu berada di tempat awam. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Simpan barangan berharga seperti telefon dan dompet di tempat yang selamat
  • Elak mempamerkan barangan anda secara terbuka
  • Gunakan sistem penjejak (tracker) untuk peranti anda
  • Jangan duduk berseorangan di tempat sunyi
  • Hat-hati dengan individu tidak dikenali yang terlalu ramah dengan anda
  • Tinggalkan barangan berharga dengan kenalan rapat jika mahu ke tandas awam
  • Memakai beg tangan bertentangan arah jalan raya ketika berada di pejalan kaki

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd