Now Reading
[Video] Aksi Lori Langgar Lampu Merah & Vios Berhenti Di Petak Kuning Undang Perhatian

[Video] Aksi Lori Langgar Lampu Merah & Vios Berhenti Di Petak Kuning Undang Perhatian

Menerusi video tular, kelihatan lori tipper tersebut dipandu dengan kelajuan tinggi dan melanggar lampu isyarat sekitar sebuah persimpangan di Kuantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui melanggar lampu isyarat adalah salah dari segi undang-undang. Pun begitu, masih ramai di kalangan individu tidak bertanggungjawab yang masih melakukan aksi tersebut.

Seperti sebelum ini, tular video seorang penunggang motosikal yang melanggar lampu merah sehingga menyebabkan dia merempuh seorang pelajar sekolah ketika sedang melintas di lintasan zebra (zebra crossing).

Akibat rempuhan di Bukit Jambul, Pulau Pinang itu, pelajar terbabit telah tercampak dan penunggang motor turut terbabas.

Baca Artikel Berkaitan: Rider Motor Selamba Langgar Lampu Merah Hingga Rempuh Pelajar Sekolah Bikin Ramai Berang [Video]

Lori Tipper & Vios Hitam Langgar Lampu Merah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@dashcammalaysia___) menyaksikan situasi berbahaya yang berlaku di persimpangan lampu isyarat dipercayai sekitar kawasan Kuantan.

Menerusi rakaman dashcam tersebut, kelihatan lampu isyarat merah telah dinyalakan yang mana setiap kenderaan perlu behenti di belakang garisan putih.

Namun lain pula yang berlaku apabila sebuah lori tipper dan kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam bertindak melanggar lampu isyarat terbabit. Perkara yang lebih mengundang perhatian adalah kenderaan berat itu memandu dengan kelajuan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, aksi pemandu Vios juga agak membimbangkan yang mana dia berhenti di dalam petak kuning lampu isyarat berkenaan.

Difahamkan, pemilik kenderaan mungkin terlajak daripada garisan putih kerana tidak sempat menekan brek dan berhenti di tengah-tengah jalan raya sementara menunggu lampu bertukar hijau.

@dashcammalaysia___ apa ni ??? lorry dan kereta dua dua buat apa??? #malaysiamemes #dashcamvideos #dashcamvideo #dashcams #dashcam #dashcamera #dashcameracarcrash #dashcammalaysia #dashcameralessons #malaysia #malaysiareaction #malaysiasong #多少柔情多少泪 #malaysiaboleh #malaysian #malaysiaboleh🇲🇾👍🏼 #dashcamcarcrash #malaysiameme #malaysianupdate #malaysiamemestamil ♬ original sound – dashcammalaysia

Ramai Bimbang Lihat Pemanduan Lori & Vios Yang Berbahaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa pelik dengan tindakan pemandu Vios yang berhenti di tengah jalan raya ketika sudah terlajak daripada garisan putih itu.

Malah beberapa individu berpendapat bahawa pemilik Vios terbabit berhenti di dalam petak kuning kerana ada pihak berkuasa di persimpangan sebelah kiri.

“Mengikut pandangan saya, pemandu tu nampak polis atau pegawai JPJ tengah naik motor dekat belah kiri. Jadi bila lampu merah dia terpaksa berhenti agar tak disaman,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ada yang berkata bahawa aksi pemandu lori yang tidak berhenti dan memandu dengan kelajuan tinggi mampu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Berapa kelajuan lori tu? Macam bakal meragut nyawa orang je,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@dashcammalaysia___)

95,298 Saman Langgar Lampu Isyarat Merah Pada Tahun 2024

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, adalah penting untuk setiap individu memandu secara berhemah di atas jalan raya. Ini termasuk dengan tidak memotong lampu isyarat.

Untuk info, sebanyak 95,298 saman langgar lampu isyarat merah dikeluarkan sejak Januari hingga November tahun lalu (2024).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kereta merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 44,889 saman. Manakala motosikal pula sebanyak 39,468 saman, lori (3,937) dan lain-lain kenderaan (7,004).

Di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu boleh dikenakan denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000 jika didapati bersalah melanggar lampu isyarat merah.

Sumber: Flickr

Baca Artikel Berkaitan: 95,298 Saman Langgar Lampu Merah Direkodkan, Kereta Paling Tinggi Berbanding Motosikal

Berhenti Di Petak Kuning Boleh Didenda Hingga RM500

Memetik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula, petak kuning berfungsi bagi memastikan laluan lancar dan agar tiada halangan kepada kenderaan yang sedang bergerak.

Kenderaan yang bergerak menuju ke hadapan perlu berhenti sebelum petak kuning bagi memberi ruang kepada mana-mana pemandu yang sedang menunggu untuk keluar atau masuk ke simpang.

Jika pemandu bertindak sebaliknya iaitu memberhentikan kenderaan di dalam petak kuning, anda boleh dikenakan denda maksimum RM500. Hal ini kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Facebook Chris Lee Chun Kit

Baca Artikel Berkaitan: “Selfish Duduk Dekat Petak Kuning” – Trafik Sesak Di Lampu Isyarat Sekitar KL Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Malukan Diri” – Individu Jatuh Lepas Langgar Lampu Merah Untuk Buat Aksi ‘Wheelie’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd