Now Reading
“My Fav Meal” – Vivy Yusof Terharu Ada Kenalan Hantar ‘Beef Wellington’ Lepas Akaun Dibekukan

“My Fav Meal” – Vivy Yusof Terharu Ada Kenalan Hantar ‘Beef Wellington’ Lepas Akaun Dibekukan

Selain menerima hidangan ‘Beef Wellington’, para pengikut Vivy Yusofdi media sosial serta rakan-rakan lain juga menghantar makanan dan baucar dari GrabFood.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, nama Vivy Yusof dan suaminya Fadza Anuar telah menjadi perbualan hangat orang ramai selepas terlibat dalam kes kerugian dana awam bernilai RM43.9 juta melibatkan laman e-dagang FashionValet.

Susulan kes tersebut, pasangan ini telah didakwa di mahkamah dan kesemua akaun bank serta aset mereka dibekukan bagi tujuan siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: FashionValet: SPRM Beku Akaun Syarikat & Persendirian, 11 Beg Tangan Turut Disita

Malah, Vivy juga telah mengambil keputusan pada tarikh hari jadinya, 11 Disember lalu untuk menetapkan akaun instagram kepada ‘private’ selepas tempoh bertahun-tahun.

Baca Artikel Berkaitan: “Embracing My New Private Era” – Vivy Yusof Umum Akaun IG Kini Peribadi

Rakan Hantar ‘Beef Wellington’ Buat Vivy Yusof Terharu

Baru-baru ini menerusi Instagram Story dimuat naik di akaun milik Vivy (@vivyyusof), usahawan ini berkongsi momen yang membuatkan dirinya terharu apabila wujud individu yang menghantarkan menu ‘Beef Wellington’ sebagai tanda prihatin atas apa yang sedang berlaku kepada keluarganya.

Jelasnya lagi, sejak media mengumumkan tentang akaun mereka dibekukan, ternyata ramai yang prihatin dan memberi bantuan kepadanya.

Sumber: MalayMail/FashionValet

“Selepas media mengumumkan akaun kami dibekukan, saya tak dapat nak gambarkan betapa baiknya orang di sekeliling kami,” kata ibu kepada lima orang anak itu.

Katanya, perkara ini telah menyentuh hatinya kerana sedang diuji dengan semua wang mereka disekat dan mendakwa kini tidak memiliki apa-apa.

“Walaupun kami ada duit yang kami sendiri perolehi, tapi kami tidak dibenarkan untuk mengaksesnya. Semua disekat. Kami tiada apa-apa. Jadi ramai yang risaukan kami lebih-lebih lagi kepada anak-anak,” ujar Vivy.

Bukan itu sahaja, para pengikutnya di media sosial serta rakan-rakan lain juga menghantar makanan dan baucar dari GrabFood.

Di saat orang ramai sedang menyambut ambang Tahun Baru pada 31 Disember lalu, Vivy pula tidak menyangka bahawa dia dapat meraikannya dengan hidangan kegemaran yang dihantar kepadanya itu.

Sumber: Instagram @vivyyusof

Masyarakat Luah Tidak Puas Hati Dengan Kiriman ‘Beef Wellington’ Kepada Vivy Sekeluarga

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@holiltheV), individu ini meluahkan rasa kurang senang melihat bagaimana Vivy menyifatkan kesusahan yang dialaminya itu seperti tinggal sebatang kara.

“Cara dia cerita mcm pantry rumah dia kosong tak ada makanan langsung, gas habis, eletrik takde kena potong, petrol kereta tak ada dan gelang emas habis kena gadai,” kata pemilik ciapan.

Ciapan tersebut turut membangkitkan lebih banyak pertikaian dari pengguna media sosial yang turut mempertikaikan perkara sama.

Malah, mereka turut bertanya bagaimana usahawan tersebut boleh mampu untuk menunaikan umrah selepas memberitahu kesemua akaunnya dibekukan.

“Aik kata tak ada duit, tapi minta lepaskan pasport pasport nak pergi buat umrah?” soal netizen.

Sementara itu, pengguna media sosial turut membandingkan kesusahan yang dihadapi oleh golongan T20 dan B40 yang sama sekali jauh berbeza seperti langit dan bumi.

Sumber: X

RM8 Juta Dibayar Tanpa Persetujuan Ahli Lembaga Penagrah FashionValet

Mengikut pertuduhan, pasangan ini didakwa telah melakukan pecah amanah selepas melakukan pembayaran bernilai RM8 juta dari akaun bank milik FV kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd.

Pembayaran itu walau bagaimanapun tidak mendapat sebarang keulusan dari Ahli Lembaga Pengarah FashionValet.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

Baca Artikel Berkaitan: Vivy, Fadza Didakwa Pecah Amanah RM8 Juta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd