Now Reading
“Macam Meme Hamster” – Video Tikus Angkat Tangan Ketika ‘Dibuli’ Kucing Raih 5.6 Juta Tontonan

“Macam Meme Hamster” – Video Tikus Angkat Tangan Ketika ‘Dibuli’ Kucing Raih 5.6 Juta Tontonan

Menurut pemilik kucing itu, tikus berkenaan bagaimanapun tidak berjaya ditangkap dan telah melarikan diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing yang menjadi haiwan peliharaan sering dianggap boleh membantu dalam membasmi binatang perosak termasuklah tikus.

Namun seperti dalam animasi ‘Tom & Jerry’, tikus kadangkala tidak takut pada kucing dan siap ada yang berkawan pula!

Malah, ada pula sebaliknya apabila kucing yang takut dengan tikus sehingga kelam-kabut melarikan diri apabila bersemuka dengan mangsanya itu.

Kucing Gengster ‘Buli’ Tikus

Satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok (@hellokiutttt) menarik perhatian ramai apabila seekor tikus seolah-olah dibuli oleh sekumpulan kucing.

Namun apa yang lebih mencuti hati adalah gaya tikus tersebut mengangkat tangannya seperti seolah-olah ingin menyerah diri. Cute macam meme hamster!

Video yang comel itu semestinya mendapat perhatian ramai sehingga meraih 5.6 juta tontonan dengan lebih 650 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Tikus Berjaya Larikan Diri

Kucing dengan corak tortoiseshell yang dipercayai betina itu ‘memerangkap’ tikus terbabit di penjuru dinding, bersama-sama dua rakannya yang lain.

Sekadar info, kucing dengan corak warna sedemikian selalunya ialah betina memandangkan warna sebegitu kebiasaannya hanya terhasil dengan kewujudan dua kromosom X (XX).

Dia sempat memandang ke arah kamera dan menjilat badannya sebelum dua kali memukul tikus tersebut.

Menerusi video lain yang dimuat naik, pemilik kucing itu berkata tikus berkenaan telah berjaya melarikan diri.

https://www.tiktok.com/@hellokiutttt/video/7454600132722543880

Warganet Terhibur Lihat Gelagat Tikus

Di ruangan komen, kelihatan orang ramai gemar melihat gelagat kedua-dua haiwan pemangsa dan mangsa itu, lebih-lebih lagi sang tikus yang ketakutan sehingga mengangkat tangan dan ternganga mulutnya.

“Macam meme hamster je,” kata seorang individu.

Berdasarkan pengalamannya, seorang pengguna TikTok pula berkata bahawa kucing betina adalah lebih garang dan berani berbanding jantan.

Ada juga yang risau sekiranya tikus itu ditangkap dan bangkainya diberi kepada pemilik kucing sebagai satu bentuk ‘hadiah’.

Dalam masa sama, beberapa pengguna media sosial berkata kucing mereka pula yang takut dengan tikus, siap naik ke atas almari!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ni Misi Menyelamatkan Diri” – Cara Lelaki Ini Selamatkan Anak Kucing Lain Dari Yang Lain

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Nak Gaduh Tapi Tak Sihat” – Gelagat Kucing Bersin Sewaktu Gaduh Buat Ramai Geli Hati

Toxoplasma Gondii Boleh Sebabkan Tikus Tak Takut Pada Kucing

Secara semula jadinya, rata-rata tikus akan berasa takut dengan kucing. Namun ada juga keadaan ketika mana tikus tidak melarikan diri atau menunjukkan sebarang perasaan takut.

Bagi pencinta kucing, anda pasti tahu bukan perkara ini disebabkan oleh apa?

Menurut satu artikel yang diterbitkan dalam Nature, parasit toxoplasma gondii dipercayai dapat menghilangkan rasa takut tikus terhadap kucing buat selamanya.

Perkara ini bertujuan untuk membuatkan tikus tersebut dimakan oleh kucing, memandangkan parasit itu hanya boleh membiak secara seksual di dalam usus kucing.

Toxoplasma Gondii Berbahaya Buat Kesihatan

Harus diingat, toxoplasma gondii juga berbahaya buat manusia, lebih-lebih lagi dalam wanita hamil yang sehingga boleh menyebabkan keguguran.

Jangkitan toxoplasma gondii boleh menyebabkan masalah kesihatan serius termasuk masalah mata (ocular toxoplasmosis), pneumonia malah kematian.

Parasit ini boleh dijangkiti menerusi kebersihan yang tidak dijaga seperti makanan dan minuman yang tercemar serta najis kucing yang mengandungi toxoplasma gondii.

Oleh itu, jaga kebersihan persekitaran dan kucing jika anda memelihara mereka. Wanita hamil pula dinasihati agar tidak membersihkan najis kucing.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kisah Pilu Lepas Janin 9 Bulan Meninggal Dunia Akibat Virus Toxoplasma Kucing

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Alahan Kucing Pada Manusia Boleh Kurang Jika Si Bulus Makan Telur Ayam?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd