Now Reading
“Bestnya Dapat Banglo 800K!” – Staf Terima Hadiah Mewah Dari Bonda Rozita Curi Perhatian

“Bestnya Dapat Banglo 800K!” – Staf Terima Hadiah Mewah Dari Bonda Rozita Curi Perhatian

Wanita dikenali sebagai Kak Siti berkata hadiah-hadiah ini diberikan kepada pekerja Bonda Rozita di bawah syarikat JRM Holistik sebagai bentuk penghargaan atas usaha mereka pada tahun 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap mereka yang bergelar pekerja sudah tentu anda mahu rasa dihargai selepas berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai sasaran dalam syarikat. Perkara itu sedikit sebanyak akan membantu memberikan motivasi kepada diri sendiri untuk sentiasa cemerlang dalam pekerjaan.

Sebelum ini, tular kisah seorang majikan yang sanggup berhabis sebanyak RM3.1 juta demi menghadiahkan kereta kepada pekerjanya. Bos berkenaan memberi kereta mewah jenis BMW 6-Series kepada empat orang pekerja senior di syarikatnya.

Bukan itu sahaja, dia turut memberikan hadiah kereta kepada pekerja lain yang berdedikasi dan menaikkan pangkat mereka termasuk staf warga asing.

Baca Artikel Berkaitan: Bos Berhabis RM3.1 Juta, Beri Hadiah Kereta Sebagai Tanda Penghargaan Kepada Pekerja

Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Lebih 10 Tahun, Majikan Hadiahkan Kereta Kepada Staf

Makan Malam Tahunan Syarikat Dimeriahkan Dengan Hadiah Mewah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Kak Ti (@kaktiii01) menunjukkan suasana yang riuh dan meriah sewaktu berlangsungnya acara makan malam tahunan syarikat JRM (Jamu Ratu Malaya) Holistik dan Maryami Sufi.

Menerusi video perkongsian, kelihatan piala mini tersedia di atas sebuah meja bagi para pemenang program ‘Star Night’ itu. Tidak terhenti di situ sahaja, makan malam tersebut turut tersedia dengan beberapa anugerah bagi kakitangan yang berusaha keras sepanjang tahun 2024.

Antaranya adalah seperti:

  • Anugerah Bintang Syarikat
  • Anugerah Kesetiaan Syarikat
  • Anugerah Inovasi Terbaik
  • Anugerah Pekerja Harapan
  • Anugerah Dedikasi Syarikat dan banyak lagi

Namun perkara yang mencuri perhatian adalah bentuk ganjaran diterima oleh pekerja-pekerja bertuah.

Sumber: TikTok (@kaktiii01)

Dalam klip tersebut, anda boleh lihat ramai di antara mereka memenangi hadiah seperti beg tangan, pakej percutian eksklusif ke London dan Vietnam, barangan elektrik, set katil mewah pakej VVIP umrah, tajaan ibadah haji serta kereta jenis Perodua Myvi.

@kaktiii01 Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya… tapi ni belum masuk BONUS🔥✨ #JRMxRHStarNight #bondarozitaibrahim ♬ suara asli – dr. Valdo

Ada Staf Terima Hadiah Banglo RM800,000

Lebih membuatkan ramai teruja apabila ada yang dihadiahkan rumah jenis banglo bernilai RM800,000!

Untuk info, pengasas bagi kedua-dua syarikat tersebut adalah Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita yang juga merupakan ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Dinner paling havoc sepanjang empat tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya. Tapi ni belum masuk bonus🔥,” kata Kak Ti di ruangan kapsyen.

Jelas wanita tersebut, dia juga merupakan antara pekerja yang menerima hadiah rumah pada malam itu.

“Alhamdulillah rezeki anak-anak saya,” tambahnya lagi.

@jrm.official TAHNIAH SEMUA!! Menang rumah, menang kereta, peralatan rumah, pakej travel, pakej umrah, WOW!! Rezeki semuanya ni kerana JRM & @rumahhutanbonda ♬ Hip Hop Background(814204) – Pavel

Ramai Teruja Lihat Pemberian Hadiah Mewah Ketika Acara Makan Malam Tahunan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa teruja dengan pemberian hadiah yang begitu mewah dari Bonda Rozita kepada para pekerjanya.

“Dapat umrah pun dah sejuta rahmat. Inikan pula dapat rumah sebiji. Semoga melimpah-limpah rezeki Bonda Rozita dan team,” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga individu memuji Bonda Rozita kerana menghargai usaha dan titik peluh kakitangan yang bekerja dengannya bagi memajukan bisnes.

“Bonda ni memang terbaik. Tunaikan apa yang dicakap, selalu follow live (siaran langsung) dia. Memang ada cakap nak bagi staf hadiah macam tu,” ujar seorang individu.

Sementara itu, perkongsian ini juga membuatkan ramai di kalangan warganet yang berminat untuk bekerja di bawah JRM Holistik.

“Kalau ada kerja kosong kongsi la. Tak pernah merasa dapat bos baik macam ni,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@kaktiii01)

JRM Holistik Sdn Bhd Ditubuhkan Sejak 2011

Untuk info, JRM Holistik adalah syarikat yang menawarkan produk-produk penjagaan dalaman dan luaran diri berasaskan herba.

Ubatan tersebut menggunakan bahan-bahan alam semula jadi dan organik sebagai perawatan untuk proses penyembuhan yang melibatkan keseimbangan mental, fizikal serta spiritual.

Syarikat yang ditubuhkan pada September 2011 ini diasaskan oleh Bonda Rozita. Kalau anda nak tahu, JRM Holistik Sdn Bhd sebelum ini juga dikenali sebagai Jamu Ratu Malaya.

Antara produk keluaran syarikat ini adalah seperti Angelica Herbs, Romagella Coffee, serum muka, minyak terapi dan banyak lagi. Setakat hari ini, JRM mempunyai lebih 40 jenis produk.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemilik Restoran Hadiahkan Pekerja Kereta Myvi Sebagai Tanda Hargai Komitmen Selama 3 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd