[Video] Dapat Free Gift ‘Demon Slayer’, Jenama Tuala Wanita Ini Jadi Buruan Ramai!
Free gift yang boleh diterima apabila membeli tuala wanita tersebut adalah beg bertali atau pemegang lanyard dengan design Demon Slayer.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi seorang wanita yang masih kedatangan haid, tuala wanita sudah tentu menjadi ‘best friend’ mereka.
Yang lagi menariknya apabila sesetengah jenama tuala wanita turut menyediakan ‘free gift’ buat pelanggannya. Hadiah tersebut bukan biasa-biasa pula tu!
Malah, ada sesetengah jenama tuala wanita yang turut mengadakan kolaborasi dengan pelbagai produk lain bagi menghasilkan hadiah percuma yang menarik buat para pelanggan.
Baca Artikel Berkaitan: Kem #KotexRiseUp, Atasi Kerisauan & Semai Keyakinan Wanita Sewaktu Haid
Jenama Tuala Wanita Keluarkan Free Gift ‘Demon Slayer’
Baru-baru ini, satu jenama tuala wanita terkenal di dalam negara telah mengeluarkan hadiah percuma yang menjadi buruan ramai.
Bukan calang-calang lagi apabila hadiah percuma tersebut merupakan produk daripada satu siri anime Jepun, Demon Slayer, dengan kumpulan peminatnya yang tersendiri.
Keadaan itu menggelikan hati apabila dilihat para lelaki juga berebut-rebut ingin membeli tuala wanita tersebut demi mendapatkan produk Demon Slayer yang ditawarkan.
Untuk info, hadiah percuma kali ini didatangkan dalam bentuk beg bertali dengan empat corak serta dua design pemegang lanyard.
Lelaki Beli Tuala Wanita Di Kedai Demi Free Gift
Satu video tular di TikTok (@zapangze) menyaksikan seorang lelaki sedang memegang bungkusan tuala wanita tersebut di sebuah kedai.
Tertulis pada video lelaki itu adalah seorang ‘pemburu tuala wanita’ dan bukanlah ‘pemburu iblis’ seperti dalam anime tersebut.
Sekadar info, Demon Slayer mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Tanjiro yang memburu ‘iblis’ selepas ahli keluargnya dibunuh dan adik perempuannya, Nezuko disumpah.
Turut tular di media sosial banyak video lain yang menyaksikan orang ramai membeli jenama tuala wanita berkenaan demi mendapatkan hadiah percuma Demon Slayer.
Memang menjadi kegilaan orang ramai betul tak kira jantina!
@d.deeyana fyp punca. kita terus cari kat speedmart. #demonslayer #libresse
♬ 紅蓮華 (『鬼滅の刃』 OP) – 稲垣涼子
@lil.sh4_ Libresse x demon slayer🔛🔝 Cutee gilerr stringbag dengan lanyard dia aaa🥹❤️ #fyp #libresse #demonslayer #demonslayerxlibresse #viral
♬ Kamado Tanjiro no Uta – Just Living
Orang Ramai Geli Hati Lihat Lelaki Beli Tuala Wanita
Melihat peminat Demon Slayer yang memburu dan membeli tuala wanita tersebut menimbulkan rasa geli hati dalam kalangan ramai pengguna media sosial.
Ada yang menyifatkan perkara tersebut sebagai strategi pemasaran yang bagus kerana menyebabkan orang ramai membeli produknya tanpa mengira jantina.
“Disebabkan Demon Slayer, yang lelaki pun pakat beli pad,” seloroh seorang individu.
Malah, beberapa pengguna TikTok berkata perkara itu menjadikan para lelaki tidak lagi malu membeli tuala wanita untuk ahli keluarga mereka.
Dalam masa sama, ada juga yang mengaitkan produk tersebut dengan teknik perlawanan dalam anime Demon Slayer.
“Blood Demon Art, teknik yang eksklusif untuk iblis yang boleh digunakan hanya setelah mereka mencapai tahap kuasa tertentu,” jelas seorang peminat anime itu.
Menurut perkongsian orang ramai, tuala wanita dengan hadiah percuma tersebut boleh didapati di banyak kedai dan pasar raya seluruh Malaysia selagi stok masih ada.
Para Wanita Mohon Agar Tidak Borong Habis Jenama Tuala Wanita Itu
Walaupun perkara itu menyebabkan jenama tuala wanita berkenaan laku keras, namun ada juga segelintir kaum hawa yang meminta agar peminat anime tidak memborong habis.
Seorang pengguna media sosial pula mengingatkan para lelaki yang membeli produk itu semata-mata demi mendapatkan hadiah percuma agar menderma tuala wanita tersebut.
Katanya, mereka boleh berbuat demikian dengan memberi kepada pihak yang memerlukan seperti wakaf di surau/masjid dan sekolah serta kawasan yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.













Baca Artikel Berkaitan: Mesin Layan Diri Tawar Pad Percuma Untuk Wanita Di Sekolah Dan Hospital Sekitar Cheras
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Darah Haid Terlalu Banyak, Mungkin Ada Fibroid Yang Boleh Sukarkan Kehamilan
Baca Artikel Berkaitan: Raih 2.5 Juta Tontonan, Video Wanita OKU Buta Penglihatan Dedah Cara Urus Haid Undang Perhatian Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.