“Kau Rare Bang” – Aksi Pekerja Masak Nasi Goreng Ikan Bilis Atas Kren Menara Bikin Ramai Kagum
Menerusi video tular, kelihatan pekerja itu telah membawa pelbagai rencah seperti garam, cili, ikan bilis dan banyak lagi untuk memasak atas kren menara.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu pasti mempunyai fobia mereka yang tersendiri. Antara yang sering dialami oleh masyarakat adalah perasaan takut terhadap ketinggian.
Namun begitu, ramai juga di kalangan masyarakat yang tidak gayat malah menjadikannya sebagai kerjaya mereka. Sebelum ini, tular video menunjukkan dua orang pekerja yang berani sedang memanjat puncak Menara Berkembar KLCC.
Difahamkan, dua pekerja terbabit ditugaskan untuk membersihkan puncak tertinggi menara bangunan yang terdiri daripada 88 buah tingkat itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Tengok Pun Dah Gayat” – Orang Ramai Meremang Bulu Roma Lihat Pekerja Bersihkan Puncak Bangunan KLCC
Operator Kren Santai Masak Nasi Goreng Atas Menara
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@sgtowercrane) apabila seorang pekerja sektor pembinaan di Singapura berkongsi situasi dirinya semasa sedang bekerja.
Menerusi video tular, kelihatan lelaki itu sedang bersiap sedia untuk rehat makan tengahari. Namun perkara yang mencuri perhatian adalah pekerja tersebut berehat di atas kren menara.
Lebih mengagumkan apabila operator berkenaan melakukan sesi memasak makanan tengaharinya di atas menara itu.
Selepas membuka tingkap untuk pengudaraan yang lancar, lelaki terbabit mengeluarkan perkakas disimpan iaitu periuk elektrik untuk memasak menu Nasi Goreng Ikan Bilis.
Segala Rencah & Perkakas Memasak Tersedia Atas Kren Menara
Bukan itu sahaja, sebuah rak mini juga dilihat terletak dengan kemas di atas menara terbabit. Lelaki berkenaan telah menggunakannya untuk meletakkan stok-stok makanan serta barangan lain sebagai contoh pek mi segera, tisu basah dan banyak lagi.
Macam mana rencah dan lauk tersedia di dapur rumah anda, itu juga yang digunakan oleh pekerja tersebut untuk memasak.

Kelihatan minyak masak, telur, hirisan bawang, ikan bilis, garam, cili merah dan sebungkus nasi putih dibawa sekali ke tempat tinggi itu.
Selepas seketika menggoreng, akhirnya juadah makan tengaharinya siap dan sedia untuk dimakan. Walaupun dengan ruangan sempit dan ketinggian sebegitu, pekerja berkenaan masih mampu menyediakan makanan lazat sama seperti masakan rumah atau yang dibeli di restoran.
@sgtowercrane Simple Nasi Goreng Ikan Bilis for lunch in Tower Crane. ✅ Check out my showcase to grab the electric pot. #nasigoreng #towercraneoperator #nasigorengsimple ♬ original sound – The Heavy Lifter🪝
Ramai Kagum Lihat Pekerja Tak Gentar Masak Atas Menara
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kagum melihat pekerja yang santai memasak dan menikmati juadah makan tengahari di atas kren menara.
“Terima kasih untuk idea bang. Kita di kerja tak ada tempat makan. Jadi nak jimat boleh ikut yang ni,” ujar seorang wanita.
Malah ramai juga terhibur lihat si pekerja yang rajin memasak walaupun berada di langit yang tinggi.
“Orang atas kren rajin masak makanan tengahari. Aku yang WFH (work from home) pun fikir dua ke tiga kali nak order ke nak masak 😂,” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu turut berseloroh dengan pekerja tersebut selepas melihat situasi ‘rancangan memasak’ berkenaan.
“Abang buka la kafe dekat atas tu. Boleh kami singgah membeli,” kata seorang lelaki.












Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kaki Menggigil Tiba-tiba” – Pekerja Kongsi Detik Gayat 30 Minit Atas Menara Tinggi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram