Now Reading
[Video] Ramai Kagum Lihat Penumpang Fasih Borak Dalam Bahasa Mandarin Dengan Uncle Grab

[Video] Ramai Kagum Lihat Penumpang Fasih Borak Dalam Bahasa Mandarin Dengan Uncle Grab

Menurut penumpang dikenali sebagai Afeef, dia bersama rakannya belajar bahasa Mandarin dengan rakan bangsa Cina dan juga perkongsian di laman TikTok.

sekumpulan lelaki fasih berbahasa Mandarin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa. Perkara ini sekaligus dapat meningkatkan peluang masyarakat untuk mempelajari pelbagai jenis bahasa yang berbeza.

Sebelum ini, tular kisah seorang kanak-kanak lelaki bangsa Cina dikenali sebagai Kai Kai yang petah berbahasa Tamil. Difahamkan, si kecil itu telah dijaga oleh pengasuh berbangsa India yang juga merupakan jirannya.

Keakraban anak lelaki tersebut dengan keluarga pengasuh juga membuatkannya tidak kekok untuk berbahasa Tamil dalam rutin harian.

Baca Artikel Berkaitan: “Pandai Sungguh Kai Kai” – Netizen Teruja Anak Cina Fasih Berbahasa Tamil

Pemandu E-Hailing Puji Sekumpulan Lelaki Boleh Berbahasa Mandarin

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Afeef Hamizan (@afeefnotfound) berkongsi situasi dirinya bersama rakan yang lain sedang menaiki kenderaan e-hailing, Grab.

Menerusi video perkongsian, kelihatan sekumpulan pemuda tersebut sedang berbual mesra dengan pemandu mereka. Namun perkara yang mengundang perhatian apabila mereka bertutur dalam bahasa Mandarin.

Menyedari sekumpulan rakan itu boleh berbahasa Mandarin, pemandu Grab berkenaan memuji selain menggalakkan mereka mempraktikkan berkomunikasi dalam bahasa tersebut dalam kehidupan seharian agar tidak mudah lupa.

Cara mereka berkomunikasi juga dilihat fasih dan tidak kekok seolah-olah sudah terbiasa berbual dalam bahasa itu.

Sekumpulan Lelaki Borak Tentang Topik ‘Random’ Bersama Uncle Driver

Bukan sahaja berbual menggunakan ayat asas, malah para pemuda terbabit juga dilihat mampu berkomunikasi tentang topik yang ‘random’.

Menerusi klip itu, si pakcik telah meminta lelaki-lelaki berkenaan untuk memilih satu nombor dari 1-10.

Selepas menyebut nombor pilihan masing-masing, pemandu e-hailing berkenaan bergurau dengan mengatakan dia akan menggunakannya untuk membeli nombor ekor (loteri).

“Pernah menang dulu dapat RM40,000,” kata pemandu berkenaan sambil berbual dalam Bahasa Mandarin.

Menurut Afeef di ruangan komen, mereka belajar bahasa itu dengan rakan bangsa Cina yang lain dan juga melalui laman TikTok.

@afeefnotfound Rancak gak sembang dgn uncle ni👍 #fyp #mandarineasyma #yitianyiju #mandarinconversation #learnmandarin #mrsm #grab #taxi ♬ QKThr – Aphex Twin

Ramai Teruja Lihat Sekumpulan Lelaki Fasih Berbahasa Mandarin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja melihat para lelaki itu bertutur dalam bahasa Mandarin. Bahkan segelintir individu turut bersetuju dengan nasihat pakcik berkenaan.

“Memang betul uncle tu cakap. Kalau dah boleh bercakap Mandarin dan tak berlatih lama-lama boleh lupa. Kena ada kawan juga untuk berlatih sama-sama,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga berkata kebolehan menguasai lebih daripada satu jenis bahasa ini akan memberi kesenangan kepada seseorang individu.

“Seronok kan bila boleh cakap (dalam bahasa Mandarin). Paling best bila diorang bercakap tentang kita. Sekali kita balas, semua diam,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga terinspirasi melihat situasi berkenaan selain meluahkan hasrat untuk belajar bahasa Mandarin.

“Nak fasih Mandarin juga supaya boleh bercakap dengan rakan sekerja 😭,” kata seorang warganet.

Sumber: TikTok (@afeefnotfound)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih 1.5 Juta Tontonan, Gadis Melayu Ini Dipuji Fasih Berbahasa Mandarin Ketika Ajar Murid

Baca Artikel Berkaitan: “Contoh Baik Untuk Ajar Anak” – Mat Saleh Kagum Ramai Rakyat Malaysia Boleh Cakap Lebih 1 Bahasa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd