[Video] Beg Songket Anwar Ibrahim Ketika Belanjawan 2025 Rupanya Dicipta Oleh Individu Ini
Jelas Kai Hung, dia hanya mengetahui beg songket yang direkannya itu untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar selepas individu yang menempahnya menghantarkan mesej memaparkan beg itu diperaga pemimpin terbabit.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Beg mahupun tas tangan merupakan salah satu aksesori penting yang tidak hanya digunakan oleh kaum wanita sahaja sebaliknya golongan lelaki juga sudah mula memperagakannya.
Dengan arus fesyen kian berkembang beg tangan serta direka dengan pelbagai bentuk dan design yang unik membuatkan ia menjadi universal untuk digunakan.
Malah ketika ini ramai pereka tempatan mula berkembang dalam industri pembuatan beg yang mula menjadi perhatian ramai.
Pereka beg tangan tempatan kongsi detik buat beg tangan untuk PM
Baru-baru ini, seorang pereka beg tangan tempatan yang dikenali sebagai Kai Hung telah berkongsi momen ketika dia membuat sebuah beg tangan khas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi video dikongsikan oleh lelaki berusia 25 tahun itu di TikTok, awalnya dia menerima tempahan daripada seseorang yang dikenalinya untuk membuat tempahan beg (custom).
Identiti pemilik beg awalnya dirahsiakan
Jelas Kai Hung yang berasal dari Pulau Pinang kebiasaannya dia tidak mengambil tempahan ‘custom’ namun mengecualikannya untuk individu terbabit.
“Mulanya saya sangka beg itu adalah untuk dia (perempuan). Namun dia memaklumkan beg tersebut sebenarnya adalah untuk individu lain.
“Seseorang yang identitinya dirahsiakan dari saya dan dia (individu dikenali) menjadi orang tengah. Secara jujurnya saya tidak dapat meneka siapakah insan tersebut namun design (beg tangan) perlu memaparkan pelbagai budaya Malaysia,” ujar Kai Hung.
Guna songket dan sari untuk melambangkan budaya di Malaysia
Susulan itu, Kai Hung membuat beg tangan itu menggunakan kain songket untuk digunakan pada bahagian luar.
Manakala bahagian dalam pula dia menggunakan kain sari dan Kai Hung pula sebagai pereka beg berkenaan untuk melambangkan antara budaya yang ada di Malaysia.
Sebaik beg tangan yang dilihat sesuai untuk meletakkan fail itu siap, Kai Hung kemudiannya menghantar tas tersebut kepada insan yang membuat pesanan.

Tak sangka beg tangan direka rupanya untuk Anwar Ibrahim, sifatkan ia momen indah dalam kerjaya
Namun Kai Hung tidak menyangka beberapa hari selepas beg itu dihantar dia mendapat mesej bersama video memaparkan beg tangan itu digunakan oleh Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2025 yang diadakan pada Oktober lalu.
Malah dalam video tersebut, Kai Hung turut berkongsi saat indah apabila Anwar memegang beg tersebut serta turut mempamerkannya kepada orang ramai.

Ujar Kai Hung perkara itu merupakan momen yang manis dalam kerjayanya sebagai seorang pereka beg tangan.
“Lihat beg ini untuk siapa! Saya sudah menyimpan perkara ini untuk beberapa ketika dan akhirnya saya dapat memberitahunya. Saya tidak pernah sangka perkara seperti ini akan berlaku, dan ia merupakan momen yang tak boleh dilupakan dalam kerajaya saya sebagai pereka beg.”
Ramai ucap tahniah dan bangga dengan kejayaan Kai Hung
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan kelihatan Anwar begitu bangga mempamerkan kepada orang ramai beg tangan yang digunakan olehnya.
Tidak kurang juga ramai yang mengucapkan tahniah kepada Kai Hung atas kejayaan tersebut.
Ada juga yang memuji beg tangan dihasilkan oleh Kai Hung cantik dan comel. Malah ada yang mengatakan mereka suka untuk mengetahui cerita di sebalik sesuatu karya yang dilakukan oleh orang seni.
“Perdana Menteri mempamerkannya dengan bangga. Saya ambil ia sebagai pujian yang besar. Tahniah”

“Salah satu sebab saya mengikuti awak, Kai Hung. Saya hanya tahu awak akan mencapai kejaaan yang besar suatu hari nanti. Tahniah dan teruskan”

“Terima kasih kerana mempamerkan Malaysia dalam rekaan awak. Unity diversity”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram