[Video] Tetamu Kecewa Bilik Resort Kotor, Pihak Pengurusan Mohon Maaf & Bakal Bayar Ganti Rugi
Menerusi video tular, kelihatan bilik penginapan di Fishing Bay Resort, Mersing itu berada dalam kotor yang mana ia dipenuhi dengan habuk dan serangga di bahagian dinding.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali bercuti, sudah tentu anda mahu mendapatkan pengalaman yang baik termasuklah dari aspek tempat pelancongan, akses pengangkutan, bilik penginapan dan banyak lagi.
Namun, segelintir individu tidak bernasib baik kerana terpaksa berdepan dengan keadaan tempat tinggal yang menghampakan. Seperti sebelum ini, seorang wanita berkongsi pengalaman ngerinya apabila menjumpai beberapa ekor lipas di dalam sebuah bilik hotel di Cameron Highlands.
Bukan satu atau dua ekor, tapi ada 10 ekor lipas! Wanita yang berasa geli dengan kewujudan serangga perosak itu kemudiannya ‘check-out’ daripada hotel terbabit pada malam yang sama.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Jumpa 10 Ekor Lipas Dalam Bilik Hotel, Sanggup Check-out Tengah Malam Sebab Geli
Wanita Dedah Chalet Yang Kotor & Tak Terurus Di Mersing
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Zeeralala (@zeeralalaaa) berkongsi keadaan bilik penginapan yang ditempah olehnya di Fishing Bay Resort, Mersing, Johor.
Menurut pengunjung itu, dia rasa dianiaya dan tertipu selepas menerima bilik yang kelihatan tidak terurus dan kotor.
Menerusi video perkongsian, kelihatan kawasan parkir kenderaan penuh dengan lumpur hingga menyebabkan Zeeralala bersama keluarganya terpaksa memijak lecak untuk memasuki bilik.
Sejurus masuk ke dalam chalet, Zeeralala mendedahkan keadaan tandas yang kotor serta soket plug elektrik yang hampir tercabut.

Tidak terhenti di situ sahaja, Zeeralala juga berasa hampa selepas melihat cadar tilam mereka yang berlubang dan dinding chalet dipenuhi sawang (habuk) serta serangga seperti sudah lama tidak dibersihkan.
“Tolonglah baiki, renovate, naik taraf resort. Bilik yang tak up to standard, tak payah la buka untuk tempahan. Ni dah aniaya orang tau 😭,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Terpaksa Tempah Penginapan Baharu
Pintu bilik juga kelihatan usang yang mana terdapat beberapa bahagian telah reput dan menyebabkan ia berlubang. Jelas Zeeralala, dia sudah membayar sebanyak RM719 untuk dua jenis bilik selama 2 hari 1 malam.
Namun disebabkan tidak sanggup tinggal dalam bilik sebegitu rupa, dia bersama ahli keluarga lain mengambil keputusan untuk menempah rumah inap yang baharu.
“Kesianlah dekat orang yang nak happy bercuti tapi akhirnya dapat bilik macam ni. Tapi terpaksa hadap juga sebab dah bayar. Kita bukan nak mewah-mewah pun, cukup sekadar cantik, selesa, bersih, selamat dan padan dengan harga,” tambah Zeeralala lagi di akhir perkongsian.
@zeeralalaaa @Fishing Bay Resort,Mersing tolong lah repair, renovate, upgrade resort. Bilik yang tak up to standard, tak payah la open for booking. Ni dah aniaya orang tau 😭😭 #mersing #fishingbayresortmersing ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Ramai Tak Puas Hati Lihat Keadaan Bilik Inap Yang Tak Terurus
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dan tidak puas hati kerana tetamu mendapat servis sebegitu.
“Geli weh dekat atas dinding tu ada ulat. Benda ni bahaya untuk kesihatan kita. Korang kena pastikan sebelum masuk homestay atau penginapan tak ada ulat dinding ni,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ramai juga meminta pihak pengurusan untuk menambah baik segala kekurangan dalam setiap bilik penginapan di sana.
“Baguslah viralkan macam ni. Biar dia ambil tindakan. Naya dekat orang yang datang nak healing, keluar modal tapi tambah stres,” ujar seorang lelaki.









Pihak Pengurusan Fishing Bay Resort Tampil Minta Maaf
Susulan isu yang tular, pihak Fishing Bay Resort dalam satu hantaran telah membuat permohonan maaf dan menjelaskan tentang perkara tersebut.
Menurut pihak pengurusan, mereka tidak berkesempatan untuk berbincang memandangkan tetamu terus ‘check-out’ daripada bilik.
“Renovasi untuk untuk bilik Seaview Standard sedang dijalankan bagi meningkatkan kualiti dan keselesaan. Terima kasih atas maklum balas anda, kami berharap dapat menyambut tetamu kembali dengan pengalaman yang lebih baik,” ujar pihak Fishing Bay Resort.
@fishingbayresort Replying to @Farizal Fajar Kami, Fishing Bay Resort dengan rendah dirinya memohon maaf.. . #Fishingbayresort #SeaviewStandard #cuticutimalaysia #FYP #tiktokmy #Malaysia ♬ Arjuna Beta Piano Cover – aberbotaque
Tetamu Akan Terima Bayaran Balik Sebagai Ganti Rugi
Dalam satu hantaran lain, pihak resort terbabit menjelaskan bahawa mereka akan membuat bayaran balik kepada tetamu yang terkesan sebagai ganti rugi.
Difahamkan, Fishing Bay Resort juga akan melakukan siaran langsung di laman TikTok bagi memaparkan keadaan bilik dengan lebih terperinci.
“Tujuan pihak kami adalah untuk menunjukkan ketelusan dan mengambil tanggungjawab atas kekurangan kami. Oleh itu, pihak kami menghargai kerjasama dari tetamu terlibat untuk mencapai resolusi terbaik,” kata pengendali akaun Fishing Bay Resort.
@fishingbayresort PART 2 : Family 4 Selepas Check out .#FishingBayResort #cuticutimalaysia #fyp ♬ Warm, beautiful, sea-viewing village songs – Skittlegirl Sound
Baca Artikel Berkaitan: “Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Pemilik Inap Desa Di Kelantan Skodeng Tetamu Dalam Tandas [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram