Now Reading
[Video] Ramai Sebak Lihat Kadet SISPA Buat Kawad Kaki Untuk Rai Pegawai Ketika Majlis Konvokesyen

[Video] Ramai Sebak Lihat Kadet SISPA Buat Kawad Kaki Untuk Rai Pegawai Ketika Majlis Konvokesyen

Menerusi video, rakan kepada Puan Normawati memaklumkan seramai 3 kompeni kadet SISPA telah hadir ke majlis konvokesyen terbabit untuk meraikan pegawainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Konvokesyen merupakan satu majlis penting buat setiap individu yang bergelar pelajar. Mana tidaknya, selepas bertahun berhempas-pulas untuk menimba ilmu serta berdepan dengan pelbagai cabaran kini tiba untuk meraikannya dengan penuh kegembiraan.

Malah ramai yang belajar sehingga ke menara gading bukan sekadar untuk menjamin masa depan yang lebih baik bahkan turut membawa semangat dan harapan daripada ibu bapa, ahli keluarga termasuklah rakan.

Maka tidak hairanlah jika di hari bahagia seperti majlis konvokesyen ini turut dihadiri oleh rakan rapat yang tidak mahu ketinggalan untuk meraikannya bersama-sama.

Maklum tiada orang hadir ke majlis konvo, sekali 3 kompeni SISPA datang raikan pegawai

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga merupakan pegawai unit beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima kejutan daripada rakan-rakannya dari Kadet Kor Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang hadir ke majlis konvokesyen pada 21 Disember yang lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh rakannya @.itscuyaa_ awalnya dia memberikan Point of view (POV) apabila ada pegawai yang dikenali sebagai Puan Normawati memaklumkan tidak ada sesiapa yang hadir ketika majlis konvokesyen yang diadakan.

Susulan daripada itu, anggota yang mengenalinya bertindak untuk membuat kejutan apabila mereka hadir secara beramai-ramai ke majlis konvokesyen terbabit untuk meraikan pegawai berkenaan.

Siap berkawad dalam barisan untuk raikan pegawai

Dalam video kelihatan anggota beruniform itu berkawad dalam kumpulan yang besar ke arah pegawai yang lengkap memakai jubah graduasi.

Gembira melihat usaha yang ditunjukkan oleh anggota yang hadir ke majlis tersebut, Normawati turut tidak melepaskan peluang untuk merakam momen tersebut. Malah jelas terpapar di wajahnya begitu gembira sebaik melihat anggota berkenaan.

Apa yang lebih mencuri tumpuan mereka membuat kawad hormat di hadapan Normawati turut membawa sejambak bunga untuk diserahkan kepada pegawai berkenaan.

Sebaik selesai melakukan kawad di hadapan Normawati, mereka kemudian bersalaman serta bersorak meraikan pegawai tersebut.

“Nah sekali tiga kompeni datang, terbaik YO, Koperal dan Kor SISPA UPM. Semua turun padang untuk bagi sokongan kepada pegawai.

“Satu momen untuk diingati,” katanya dalam video tersebut.

https://www.tiktok.com/@.itscuyaa_/video/7451517408017173780

Hargai usaha dan kejutan diberikan anggota SISPA

Sementara itu, Normawati turut memuat naik video yang sama di akaun TikTok miliknya dan menghargai kejutan terbabit.

“Tahniah buat diri sendiri. Untuk semua orang baik dalam kehidupan saya, terima kasih kerana hadir.

“Terima kasih atas rasa bahagia ini. Semoga segalanya menjadi asbab kebaikan buat kalian,” ujarnya di ruang kapsyen.

https://www.tiktok.com/@puanyoung/video/7451564256744475911

Ramai sebak dan sifatkan Normawati orang yang disayangi

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat kesungguhan anggota-anggota berkenaan untuk meraikan pegawainya.

Malah ada yang menyifatkan Normawati seorang yang disayangi oleh orang disekelilingnya kerana sikapnya yang baik.

“Dia seorang yang disayangi, itu je nak cakap. Pegawai yang dihati anak buah ni vibes dia lain. Tahniah Puan Normawati ata kejayaan yang diperolehi. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk awak”

“Tengoklah ni, ini lah orang baik. Saya tumpang sebak dan gembira. Tahniah”

“Mesti puan ni bos yang sangat baik. Yang tak mengira pangkat untuk jadi kawan dan selalu gembirakan staf dia. Sebab tu ramai yang sudi gembirakan dia. Apa yang awak beri awak akan dapat semula”

“Aku tengok macam ni pun aku nangis. Ish letih lah nangis”


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd