[Video] Tindakan Sukarelawan & Pelajar Selamatkan Kucing Terbiar Di UM Raih Pujian
Misi tersebut dijalankan susulan kes kematian beberapa kucing yang mati dalam keadaan tragis iaitu tanpa kaki di Universiti Malaya (UM) sejak kebelakangan ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai kes kematian kucing terbiar yang tragis di Universiti Malaya (UM). Menerusi foto tular, kelihatan kucing-kucing tersebut kehilangan keempat-empat kakinya.
Sekali pandang, ia kelihatan seperti dipalah menggunakan alatan tajam. Ramai berpendapat bahawa ia adalah perbuatan manusia dan bukannya serangan anjing seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Golongan masyarakat dalam masa sama turut meluahkan rasa bimbang terhadap nasib si bulus yang masih berkeliaran di kawasan UM.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Nampak Macam Kena Gigit Anjing” – 1 Lagi Kes Kucing Mati Tanpa Kaki Di UM Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan 2 Kucing Mati Di UM Diserang Anjing, Bukan Kerana Didera
Sukarelawan Selamatkan Kucing Terbiar Di UM
Susulan kes kematian kucing terbiar yang tragis itu, sekumpulan sukarelawan telah tampil dengan misi mencari dan menyelamatkan si bulus.
Difahamkan misi menyelamatkan kucing-kucing tersebut turut dibantu oleh mahasiswa universiti berkenaan.
Menerusi video perkongsian di akaun TikTok (@shopbyhz), kelihatan orang ramai bekerjasama mencari dan meletakkan kucing-kucing di dalam sangkar.
Kucing yang ditangkap pula ditempatkan di lokasi selamat sebelum dibawa ke klinik veterinar untuk pemeriksaan kesihatan, dimandulkan, divaksin dan diberi ubat cacing serta kutu.
@shopbyhz Our mission last night me as a independent rescuer be part in the team. Alhamdulilah we managed to rescued 22 cats at UM malam tadi. All the cats akan di tempatkan di tempat yang selamat before sending to vet for health check, neutering, vaccines,deworm and deflea. Please do follow @shimaaris at ig for new updates. #fyp #fypp #saveallofthem #pleasedontabusestrays #pleaseadoptdontshop ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
22 Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan
Menurut salah seorang sukarelawan My Stray Rescue dikenali sebagai Shima, pasukan mereka menyasar untuk menyelamatkan lebih kurang 30 ekor kucing pada malam berkenaan.
“Syukur alhamdulillah, kami berjaya selamatkan 22 ekor kucing dengan bantuan kerjasama pelajar UM yang prihatin dan anggota penyelamat yang menemani kami sepanjang misi ini,” ujar pengendali akaun My Stray Rescue dalam satu hantaran.
Menurut sukarelawan dikenali sebagai Haniz, mereka tidak dapat menyelamatkan kesemua kucing kerana terdapat fakulti di UM yang membantah cadangan tersebut.
@mystrayrescue RESCUE KUCING UM PART 1 20 Dis 2024 Syukur Alhamdulillah, kami berjaya selamatkan 22 ekor kucing dengan bantuan kerjasama student UM yg prihatin & anggota keselamatan yg menemani kami sepanjang misi ini. #stopanimalcruelty #stopanimalabuse #adoptdontshop ♬ original sound – mystrayrescue
Ramai Puji Sukarelawan & Pelajar UM Kerana Cepat Bertindak Untuk Bantu Kucing
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan sukarelawan dan penuntut UM yang sudi membantu kucing-kucing terbiar itu.
Malah, ramai juga mendoakan perkara yang baik buat pihak yang tampil menghulurkan bantuan.
“Aku harap korang diberi ganjaran jannah (syurga) yang paling tertinggi,” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga berharap agar mereka dapat menjaga kucing-kucing terbabit sehingga keadaan disahkan selamat.
“Tolong jangan lepaskan diorang balik di UM sehingga penjenayah dijumpai. Kalau tak jumpa, jangan lepaskan balik,” ujar seorang wanita.













Kucing Mati Secara Tragis Di UM Diserang Anjing Liar
Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kematian dua ekor kucing di UM mendapati binatang itu diserang sekumpulan anjing liar.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa hasil semakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) turut mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami kucing-kucing berkenaan adalah akibat serangan haiwan liar.
Beliau memaklumkan pihak polis telah menerima tiga laporan berhubung kejadian itu iaitu pada 17, 20 dan 21 Disember lalu.
“Walau bagaimanapun, tiada saksi yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku,” kata Rusdi satu dalam kenyataan.
Sehubungan itu, PDRM juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyalurkan aduan secara rasmi sekiranya terdapat kes penganiayaan haiwan kepada JPV [DI SINI].
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram