Nasi Putih, Telur Kicap Dijual Dengan Harga RM7 Undang Pelbagai Reaksi
Menerusi video tular, kelihatan nasi putih, telur mata, tiga sudu kicap dan beberapa rencah lain itu dihidangkan dalam sebuah bekas.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebagai seorang pengguna sudah tentu anda mahu membeli barangan atau makanan yang berbaloi dengan harganya. Namun sejak kebelakangan ini, banyak pula kes di mana penjual menetapkan caj bayaran yang agak mahal.
Seperti sebelum ini, tular perkongsian tentang seorang lelaki yang membeli dua ketul nuget dengan harga RM5 ketika konsert Dua Lipa berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
Walaupun harga bagi setiap satu nuget tersebut adalah RM2.50, namun pengunjung berkenaan tetap membelinya kerana berasa lapar pada waktu itu dan mahu mengalas perut.
Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Tahan Lapar Macam Ni” – Nuget 2 Ketul Berharga RM5 Di Konsert Dua Lipa Jadi Perhatian
Nasi Putih Lauk Telur Mata Dengan Kicap Cecah RM7
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @ciraplaici) apabila seorang wanita berkongsi video sebuah kedai makan yang menjual hidangan nasi berlauk.
Kebiasaannya dengan harga kurang RM10, anda boleh dapatkan nasi putih dan beberapa jenis lauk lain. Namun lain pula untuk kedai yang terletak di Sabah ini di mana pihaknya menjual nasi putih bersama telur mata dan hanya sos kicap dengan harga RM7.
Menerusi klip perkongsian, kelihatan nasi dan sebiji telur mata diletakkan dalam sebuah bekas sebelum dituang dengan tiga sudu kicap.
Hidangan tersebut turut dihiasi beberapa rencah yang lain seperti bawang goreng, daun bawang dan sedikit sambal.

Ramai Anggap RM7 Terlalu Mahal Untuk Hidangan Itu
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tidak bersetuju hidangan sebegitu dikenakan harga RM7 bagi setiap satu bekas. Sesetengah individu berpendapat mereka boleh mendapat lauk yang lebih berbaloi dengan harga tersebut.
“Siapa yang beli (nasi putih telur mata kicap) dah boleh dapat ayam seketul dengan harga macam tu,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga berkata semakin banyak makanan dijual dengan harga yang agak mahal daripada sepatutnya pada ketika ini.
“Dulu-dulu berebut nak letak harga paling murah. Nasi bajet, nasi Rahmah, semua mesra poket. Sejak muncul jualan maggi goreng, nachos semua peniaga letak harga firaun (mahal) sebab bahan ‘premium’,” kata seorang wanita.
Sementara itu, warganet juga berharap agar para pembeli tidak menyokong harga tersebut kerana ia mampu menaikkan permintaan sekaligus membuatkan peniaga terus menjual dengan harga ‘cekik darah’.
“Jangan normalisasi makanan basic dijual dengan harga sebegini. Nanti yang lain (peniaga) ikut. Penatlah habis duit sebab makanan je,” ujar seorang pengguna X.
















Lapor Kepada KPDN Jika Harga Jualan Tak Munasabah
Untuk info, kes peniaga menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal dan tidak munasabah adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.
Ini terletak di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebelum ini, pihaknya mempunyai cara pengiraan dan penetapan pencatutan (profiteering) yang mengambil kira banyak faktor seperti harga asal, kos pengilangan, pembungkusan, pengedaran, harga borong dan akhirnya harga runcit.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Itu Pencatutan & Kenapa GSC Didenda RM45,000 Kerana Mencatut Air Mineral & Keropok Kentang?
Berikut kami senaraikan saluran KPDN yang anda boleh hubungi bagi melaporkan kes sedemikian. Antaranya:
- Portal e-Aduan KPDN.
- Aplikasi Ez-ADU KPDNHEP
- Talian Hotline: 1-800-886-800
- Pesanan WhatsApp: 019-2794317
- E-mel: e-aduan@kpdnhep.gov.my
- Pusat Arahan Penguatkuasaan (EEC): 03-8882 6088 atau 03-8882 6245
Baca Artikel Berkaitan: Dendeng Khairulaming Dijual Semula Setinggi RM39.90 Dengan Alasan ‘Majlis Kenduri Cancel’
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar ‘Premium’ Harga RM13, Katanya Ada Bahan Istimewa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

