Now Reading
“Mesti 4 Flat Ni”- Gelagat Oyen Pakai Kad Matrik UTHM Bikin Ramai Terhibur

“Mesti 4 Flat Ni”- Gelagat Oyen Pakai Kad Matrik UTHM Bikin Ramai Terhibur

Jika dilihat dengan teliti kad matrik UTHM tersebut, siap tertulis nama Oyen bin Mat Ching dan nombor matrik CAT82628.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apa sahaja yag dilakukan oleh haiwan si bulus iaitu kucing, pastinya ia membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat mereka.

Dapat pula kucing yang jenis tak duduk diam dan asyik membuat sepah di rumah, pening kepala juga tu mahu melayan kerenah haiwan berkenaan.

Tapi ada juga sesetengah kucing yang lebih suka tidur sepanjang masa dan hanya bangun untuk makan dan ke membuang ‘hajat’ sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kepala Kucing Sangkut Dalam Tin ‘Wet Food’ Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rasanya Tu Katil Dia” – Orang Ramai Terhibur Tengok Oyen ‘Melawat’ Wad Hospital

Kucing Oyen Siap Ada Kad Matrik UTHM Pada Leher

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@ji3aeyo3), seorang kucing berwarna oren atau terkenal dengan gelaran ‘Oyen’ telah menjadi perhatian ramai apabila ia dilihat memakai seutas rantai kucing berwarna biru pada lehernya.

Apa yang menjadi rantai tersebut agak unik adalah ia mempunyai sebuah ‘keychain’ yang tertera seperti sebuah kad pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kalau anda tengok betul-betul ‘kad’ tersebut, siap tertulis nama Oyen bin Mat Ching dan nombor matrik CAT82628. Kad debit bank pun ada juga ya. Comel betul!

Ketika video tesrsebut dirakam, Oyen itu dilihat sedang tidur di atas lantai dengan penuh selesa.

Video tersebut telah meraih 218,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ji3aeyo3/video/7449329958750604560

Ramai Terhibur Lihat Oyen Ada Kad Matrik Seperti Pelajar UTHM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selepas menyedari kucing berkenaan mempunyai kad matrik seperti pelajar UTHM yang digantung pada lehernya.

Sesetengah pengguna media sosial berseloroh kononnya si bulus itu mengambil pengajian berkaitan makanan kucing.

“Mesti course kibbles royal canin hunter ni,” ujar pengguna TikTok.

Bukan itu sahaja, mereka juga sempat bergurau bahawa si Oyen itu merupakan ‘pelajar’ yang pandai walaupun asyik tidur sahaja.

“Jangan tertipu, biasanya yang kuat tidur ni 4 flat,” gurau netizen.

Melihat kecomelan kucing itu, ada juga yang mendoakan agar haiwan berkenaan terlindung daripada dianiaya manusia selepas berlakunya beberapa perkara tidak diingini terhadap haiwan berkenaan.

Sumber: TikTok

Kucing Lain Pernah Dilantik Sebagai Duta Setel

Sebelum ini, tular seekor kucing digelar ‘Cetel’ telah dilantik sebagai duta aplikasi Setel yang dibangunkan oleh Petronas.

Si bulus betina sebelum ini merupakan kucing jalanan tinggal di sebuah stesen Petronas di Alor Setar, Kedah sebelum terpilih sebagai duta.

Kucing calico itu tular sehubungan satu hantaran oleh pengguna X yang membuat aduan terhadap ‘pekerja’ tersebut kerana melanggar etika bertugas dan tidur ketika sedang bekerja.

Baca Artikel Berkaitan: Dahulu Hanya Kucing Jalanan, Netizen Pilih Nama ‘Cetel’ Untuk Duta Setel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd