“Macam Tengah Tahiyat” – Video Bangau ‘Duduk’ Bikin Ramai Garu Kepala
Sendi yang terlipat pada bangau yang sedang duduk itu bukanlah lutut, tetapi pergelangan kakinya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seorang pencinta haiwan pasti gemar melihat makhluk hidup itu dengan segala telatahnya.
Selalunya apa yang dilakukan oleh seekor haiwan itu mungkin merupakan tindakan semula jadi dan biasa sahaja, namun kelihatan ‘pelik’ di mata sesetengah individu.
Kalau sebelum ini kerap tular tentang gelagat si bulus yang mencuit hati, kali ini seekor bangau pula tampil mengambil perhatian.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Macam Kerja Offshore! Kucing Tersadai Hampir 2 Bulan Atas Kapal Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lucu Anjing Merajuk Dengan Tuan Bikin Ramai Geli Hati. Macam Tengok Diri Sendiri!
Tular Video Bangau Sedang ‘Duduk’ Di Zoo Negara
Satu video tular di TikTok (@amarshafie) menyaksikan keadaan di sekitar sebuah kandang haiwan di Zoo Negara.
Dapat dilihat banyak bangau sedang berdiri berhampiran sebuah kolam di kandang tersebut.
Namun apa yang menggelikan hati orang ramai adalah apabila perakam menunjukkan seekor bangau yang berada dalam keadaan ‘duduk’.
“Dah hidup 30 tahun, baru tahu yang bangau boleh… Ni kira macam mana? Duduk? Melutut? Cangkung?” soalnya yang pening dengan cara bangau tersebut duduk.
Cara Bangau ‘Duduk’ Buat Ramai Pelik
Di ruangan komen, warganet turut ‘garu kepala’ melihat bagaimana bangau tersebut duduk.
Melihat keadaan itu, seorang pengguna TikTok berkata haiwan itu sedang melutut tetapi dalam keadaan terbalik.
Di samping itu, ada yang berseloroh berkata bangau itu seperti sedang melakukan gerakan dalam solat seperti duduk di antara dua sujud atau bertahiyat.
Beberapa individu pula menyatakan ia seolah-olah ingin menjalani prosedur merias kuku di salon. Macam-macam contoh yang diberi!
Dalam masa sama, beberapa pengguna media sosial turut dikejutkan dengan kemunculan lembaga hitam yang tiba-tiba timbul dari dalam kolam di belakang bangau tersebut.
Rupa-rupanya lembaga itu merupakan seekor tapir yang baru lepas menyelam di dalam kolam tersebut.









Anatomi Kaki Burung Berbeza Dengan Manusia
Melihat cara bangau tersebut duduk pasti menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai, lebih-lebih lagi mereka yang kurang pengetahuan tentang anatomi tubuh badan burung.
Ini kerana rata-rata orang pasti menganggap burung atau bangau sepatutnya duduk dalam keadaan berlutut kerana bentuk kakinya.
Berdasarkan info yang dikongsikan Seabrook Island Birders (SIB), bahagian sendi yang dilihat terlipat pada bangau tersebut bukanlah lutut, tetapi merupakan pergelangan kaki burung.
Berbeza dengan manusia, seekor burung boleh dikatakan berdiri di atas jari kakinya, dan bukanlah tapak kaki. Manakala lututnya pula tersorok di bawah bulu pelepah.
“Walaupun posisi ini kelihatan tidak selesa bagi manusia, namun ia adalah aturan tulang semula jadi dalam burung,” jelas SIB.
Kalau nak senang faham, anggap je bahagian bawah kaki burung tu macam tapak kaki manusia yang panjang!

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.