Now Reading
[Video] Wanita Tegur Individu ‘Judge’ Ibu Bapa Kerana Anak Buat Hal Di Tempat Awam Cetus Perdebatan

[Video] Wanita Tegur Individu ‘Judge’ Ibu Bapa Kerana Anak Buat Hal Di Tempat Awam Cetus Perdebatan

Wanita dikenali sebagai Zetty itu berkata, masyarakat tidak sepatutnya memalukan ibu bapa dengan jelingan mata selagi mana si kecil tidak menyusahkan pihak lain sebagai contoh merengek.

wanita tegur orang judge kanak-kanak tantrum

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bergelar ibu bapa, sudah tentu anda mahu yang terbaik untuk anak anda. Namun tidak dinafikan mendidikan kanak-kanak bukan sesuatu yang mudah.

Ada segelintir budak yang pendiam dan tidak agresif, tetapi ada juga yang sukar dikawal ragamnya.

Ibu bapa perlukan kesabaran yang tinggi untuk mendidik tingkah laku si kecil lebih-lebih lagi jika membawa mereka ke kawasan luar rumah dan berjumpa dengan orang lain.

Wanita Tak Setuju Individu Buat Ibu Bapa Rasa Malu Jika Anak Buat Hal Di Tempat Awam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@motherlyzz) apabila seorang wanita dikenali sebagai Zetty berkongsi pandangannya tentang salah satu hantaran warganet yang memuat naik trend ‘we listen we don’t judge’.

Individu tersebut berkata dia akan jegil matanya dan menjeling kepada golongan ibu bapa sehingga mereka berasa malu jika ternampak kanak-kanak berlari atau menjerit di pusat membeli-belah.

Baca Artikel Berkaitan: “Kena Bijak Guna Media Sosial” – Wanita Ini Tegur Individu Sebar Aib Sendiri Guna Trend Di TikTok

Sebagai seorang ibu yang mempunyai dua orang anak, Zetty berkata dia tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

“Emosi kanak-kanak ni dalam beberapa saat je boleh berubah. Lagi-lagi yang berumur 1-2 tahun dan yang tak boleh nak berkomunikasi lagi.

“Dia nak itu (barang), dia jerit, tak dapat dia nangis. Teruja dia berlari-lari. Kita yang dewasa ni pun ada 1001 perangai inikan budak?” katanya.

Jelas Zetty, adalah penting bagi para wanita atau ibu untuk mempelajari dan meningkatkan pengetahuan keibubapaan. Ini termasuklah memperlajari tentang fasa tumbesaran mereka iaitu semasa bayi, kanak-kanak, remaja dan seterusnya.

Zetty Harap Orang Ramai Bertimbang Rasa Kepada Ibu Bapa

Malah, dia juga berharap agar orang ramai bertimbang rasa kepada ibu bapa yang penat menjaga kanak-kanak selain mengawal kerenah mereka selama ini.

“Sebenarnya saya tak kisah pun kalau orang tak dikenali datang tegur saya atau anak kalau dia orang buat benda berbahaya sebab kita ibu bapa bukan boleh perhatikan mereka 100% daripada masa kan?

“Tapi kalau budak tu setakat merengek, berlari-lari sebab gembira dan tak menyusahkan orang pun, bagi peluang la! Mak dia tu dah penat gila jaga anak-anak dia, terperuk je dekat rumah,” kata Zetty.

Harap Ibu Bapa Berterima Kasih Kepada Individu Yang Datang Menegur

Bagaimanapun, Zetty juga menasihati ibu bapa untuk menghargai dan berterima kasih kepada insan yang datang menegur demi keselamatan anak sendiri.

“Nasihat saya kepada orang tak dikenali, tolong hormati kaedah parenting orang lain. Jegil mata dekat budak atau jeling mata dekat ibu bapa tu adalah respon yang sangat tak menggunakan akal fikiran,” ujarnya lagi di akhir perkongsian.

@motherlyzz Bila strangers marah anak I, I rasa macam I sekali kena marah. Can relate? 😅 #parenting #parentingtips #motherhood #anakkecil #welistenwedontjudge #budak #mak #momlife #fyp ♬ original sound – Zettysmomlife

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Ibu Bapa Tak Tegur Anak Buka Sampul Raya ‘On The Spot’ Depan Si Pemberi [Video]

Segelintir Individu Faham Perasaan Ibu Bapa Jika Anak Tantrum Di Tempat Awam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi mengenai hantaran itu. Segelintir individu dilihat bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Zetty.

“Setuju. Yang single tu lebih baik jangan kritik sebab kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.

“Dulu saya bujang, nampak kanak-kanak tantrum dekat tempat awam saya cuba untuk memahaminya. Bila dah ada anak, baru faham macam mana perasaan ibu bapa tu,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok (@motherlyzz)

Ramai Nasihat Ibu Bapa Didik Anak Sejak Di Rumah

Pun begitu, ramai juga berpandangan bahawa ibu bapa sepatutnya menegur anak sebelum orang tidak dikenali datang memarahi mereka.

“Saya rasa ibu bapa perlu mula ajar anak sebelum orang lain ajar mereka. Jangan jadikan masalah anak sebagai masalah pihak lain juga,” kata seorang wanita.

Malah ramai juga berpendapat bahawa didikan di rumah ada penting bagi membentuk kelakukan si kecil ketika dibawa berjalan.

“Saya anak empat orang. Sebelum orang jegil mata dekat anak atau saya sendiri, lebih baik saya jegil dekat anak saya dulu. Anak tu kita yang kawal, bermula dari rumah. Bukan kita tunggu dekat luar baru nak ajar anak,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ada juga yang berkongsi kisah kanak-kanak tercedera apabila ibu bapa menghiraukan kenakalan anak.

“Pernah ada budak main lari jerit-jerit aku dah cakap dah tegur jangan lari tapi dihiraunya. Mak bapa asyik main telefon. Sekali budak tu jatuh depan aku, tersembam muka dekat lantai,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@motherlyzz)

Tips Elak Anak Meragam & Tantrum

Di sini kongsikan beberapa tips bagi mengelakkan anak kuat tantrum dan meragam tidak kira di rumah atau di luar. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Beri anak ruang dan masa sebelum minta mereka berhenti melakukan sesuatu aktiviti
  • Mengiyakan permintaan mereka tetapi dengan menetapkan syarat
  • Memberi pilihan kepada mereka untuk menentukan barangan sendiri sebagai contoh corak pakaian
  • Alihkan perhatian mereka dengan sesuatu yang diminati bagi elak tantrum
  • Beri perhatian dengan mengucapkan terima kasih selepas mereka membantu dalam sesuatu perkara

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting

Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd