[Video] Anak Kecil Order 8 Bungkus Ayam Goreng Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa Bikin Ramai Geli Hati
Menurut si bapa, anak lelakinya itu telah membeli lapan bungkus set ayam goreng tanpa pengetahuannya menggunakan akaun foodpanda si isteri.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, kanak-kanak yang sedang meningkat usia memang mempunyai pelbagai kerenah dan perangai tersendiri.
Kadangkala ibu bapa pun tidak senang duduk nak biarkan mereka bersendirian kerana risau sesuatu terjadi. Bak kata orang, kalau anak-anak sedang senyap itu maksudnya ada perkara yang dilakukan oleh mereka.
Seperti sebelum ini, seorang ibu terkejut dan terhibur apabila melihat anak nombor tiganya dengan selamba menaburkan bedak talkum pada muka si abang yang sedang tidur. Diam-diam dia buat kerja.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kanak-kanak Selamba Tabur Bedak Ketika Abang Tidur Cuit Hati [Video]
Suami Pelik Rider Hantar Makanan Tanpa Dipesan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@toyosan70) menyaksikan seorang bapa dikenali sebagai Acap sedang mengambil pesanan makanan daripada seorang rider penghantar makanan foodpanda.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, kelihatan penunggang motosikal sedang menghulurkan bungkusan makanan kepada Acap menerusi pagar rumah. Menurut rider berkenaan, makanan tersebut dipesan bawah nama Seri Rahayu iaitu isteri kepada Acap.
Tidak lama selepas itu, si isteri yang berada di dalam rumah berkata dia tidak memesan apa-apa makanan dari aplikasi terbabit. Perkara iyu membuatkan Acap dan si rider berasa pelik dan tertanya-tanya.
Acap kemudian memulangkan bungkusan makanan dan meminta rider berkenaan mencari tuannya.
“Ambik balik la bang takut orang yang order tertunggu-tunggu,” ujarnya.
Bapa Terkedu Anak Usia 6 Tahun Pesan Makanan Senyap-senyap
Tidak lama selepas itu, rider terbabit kembali ke rumah yang sama sekaligus berkata alamat tertera pada aplikasi adalah tepat.
Situasi yang menjadi tanda tanya itu akhirnya terjawab selepas Acap menyedari si anak yang telah membuat pesanan tanpa pengetahuannya dan isteri.
“Minta maaf bang. Anak saya yang order. Kami berdua tak tahu apa-apa. Dia pesan senyap-senyap,” kata si ayah.
Menurut lelaki tersebut, si anak telah melakukan pembayaran melalui aplikasi foodpanda itu. Difahamkan, pasangan suami isteri berkenaan telah berkongsi lapan bungkus set ayam goreng itu dengan jiran-jiran.
@toyosan70 Bdk 6 tahun senyap² order foodpanda…😅🤣 #KongsiRezeki #Alhamdulillah ♬ original sound – Acap70
Ramai Terhibur & Tak Sangka Si Kecil Bijak Lakukan Pembayaran
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa terhibur dengan telatah kanak-kanak yang memesan makanan tanpa memberitahu ibu bapa.
“Pandai adik ni. Nak masak tak reti. Order je senang untuk bagi papa dan mama dia makan 😂,” ujar seorang lelaki.
Malah segelintir juga tidak sangka si kecil pandai melakukan pembayaran pesanan secara sendiri.
“Budak-budak lebih advance dari kita yang umur 20 ke 30-an ni,” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga individu berkongsi kisah anak-anak yang membeli menerusi akaun media sosial ibu bapa tanpa pengetahuan.
“Baru-baru ni anak aku lapan tahun dia order barang dekat TikTok sampai RM500 lebih. Dah la siap bayar. Nak nangis campur marah rasa 🤣. Mujur yang RM2,000 sempat cancel,” kata seorang ibu.












Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Allah Sembuhkan” – Gelagat Anak Bermain Jadi Doktor Dengan Ayah Bikin Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram