Now Reading
[Video] Aksi Individu Beri Makan Kepada Anjing Jalanan Raih Pujian

[Video] Aksi Individu Beri Makan Kepada Anjing Jalanan Raih Pujian

Ketika pemilik video ini mahu beredar selepas memberikan makanan, anjing berkenaan dikatakan mengekorinya dari belakang sebelum mula dilihat berada di sisi motosikal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun pelbagai kes jenayah yang kita dengar sejak kebelakangan ini, tetapi masih wujud individu yang baik hati dalam kalangan Malaysia.

Sebagai contoh mereka yang menggemari haiwan pastinya tidak akan kedekut untuk berkongsi rezeki dengan ciptaan Tuhan tersebut iaitu dengan memberikan makanan.

Sebagai manusia yang prihatin, tak salah untuk kita beri makan kepada haiwan terutamanya binatang terbiar ini, betul tak?

Baca Artikel Berkaitan: 2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kenal Orang Baik” – Lelaki Kongsi Rezeki Dengan Anjing Raih Pujian Ramai

Lelaki Beri Makanan Kepada Anjing, Siap Katanya Nak Ikut Balik

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@abangmetakaren), aksi seorang lelaki ini yang memberi makanan kepada anjing terbiar ketika dijumpainya di tepi jalan telah menarik perhatian ramai.

Difahamkan individu berkenaan yang menaiki motosikal itu sedang menjalankan tugasnya sebagai pembaca meter sebelum terlihat anjing terbaring di sisi jalan.

Nak dijadikan cerita, dia juga membawa bersama sebungkus makanan haiwan yang dipanggil ‘kibble’ pada motosikalnya itu. Jadi apabila terjumpa anjing ini, dia tanpa berfikir panjang terus menuangkan ‘kibble’ berkenaan di atas jalan.

Sumber: TikTok (@abangmetakaren)

Tetapi ketika pemilik video ini mahu beredar, anjing berkenaan dikatakan mengekorinya dari belakang sebelum mula dilihat berada di sisi motosikal.

Apabila tiba di penghujung jalan, anjing berkenaan haiwan berkenaan dan mula memperlahankan pergerakannya.

Sumber: TikTok (@abangmetakaren)

Memetik laporan WeirdKaya, pemilik video bernama Saif Yusoff itu terjumpa anjing jalanan itu buat pertama kali di Taman Wesley in Sungai Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Namun layanan yang diberikan oleh haiwan tersebut kepada dirinya membuatkan dia juga terharu.

Video berkenaan telah meraih 446,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@abangmetakaren

aku ingt dia cacat…tertipu jgkla diri ni…nnti hbs mknan ni..sya bli hat xdk wrna pnya..saya pon xtaw yg wrna pnya xelok…#abangmetakaren #trendingvideo #fypシ゚viral #fypシ゚

♬ Musik Sedih – Nopa Sobarna

Orang Ramai Puji Kebaikan Pekerja Ini Sedekah Makanan Kepada Anjing

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat memberi pujian kepada pekerja tersebut kerana melakukan perkara yang mulia terhadap anjing berkenaan.

Netizen turut berpendapat bahawa anjing juga makhluk ciptaan Tuhan yang perlu dijaga dengan baik meskipun masyarakat beragama Islam tidak boleh memegangnya.

“Selagi makhluk Allah ni bernyawa, selagi tu dia perlukan makan dan minum macam manusia juga,” kata pengguna media sosial.

Pada masa yang sama, mereka turut menganggap aksi anjing itu yang mengekori lelaki berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan kerana memberikan makanan kepadanya.

“Anjing ni sekali kita bagi dia makan, dia akan setia pada kita,” ujar netizen.

Sumber: TikTok (@abangmetakaren)

Makanan Yang Berbahaya Untuk Anjing

Apabila terlihat anjing jalanan yang terbiar dalam keadaan lemah di tepi jalan, rasa macam tak sampai hati pula tengok mereka.

Sumber: Pexels

Sesetengah individu akan mengambil inisiatif untuk memberikan makanan kepada mereka.

Tetapi hati-hati ya, kerana ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan oleh haiwan tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan kesihatan.

Antaranya:

  • Coklat
    • Kandungan kafein dan theobromine pada coklat boleh mengakibatkan sakit peraut, muntah, dehidrasi, kejang dah suhu badan anjing meningkat.
  • Susu sapi
    • Boleh menyebabkan anjing muntah, diarrhea dan masalah pencernaan kerana tidak memiliki enzim untuk mengurai gula dalam susu.
  • Kacang Macademia
    • Boleh mengakibatkan anjing kelemahan dan lumpuh terutamanya di bahagian kaki belakang.
  • Avokado
    • Kandungan persin dalam buah, daun, biji, serta kulit avokado boleh menyebabkan anjing mengalami sakit perut dan sukar untuk bernafas.
  • Keju
    • Keju mengandungi gula dan lemak yang ada pada susu yang tidak dapat dicerna oleh anjing.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd